Pengangkutan di Kelantan

Di bawah ialah pengangkutan yang terdapat di Kelantan:

Pengangkutan Darat - Dalam Negeri Kelantan sunting

  • Pengangkutan melalui bas ekspres yang dikenali sebagai Bas Cepat. Bas Cepat menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Kelantan. Ia dikendali oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).
  • Pengangkutan dalam bandar dengan menggunakan bas mini. Kenderaan ini juga dikendalikan oleh Syarikat kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).
  • Pengangkutan melalui rel, dari Wakaf Bharu ke Gua Musang.

Pengangkutan Darat - Keluar Negeri Kelantan sunting

Destinasi Perjalanan Keretapi

  • Tumpat - Kuala Lumpur (ekspres) - dua hala
  • Tumpat - Kuala Lumpur (henti-henti) dua hala
  • Tumpat - Singapura (ekspres) dua hala

Pengangkutan Udara sunting

Lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota Bharu merupakan pintu masuk ke Kelantan melalui udara. Lapangan terbang ini telah beberapa kali diperbesarkan dan yang terakhir ialah pada tahun 2005. Lapangan Terbang ini mengendalikan 28 penerbangan sehari iaitu masing-masing 14 penerbangan keluar Kelantan dan 14 penerbangan masuk. 8 penerbangan dikendalikan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 10 penerbangan oleh Firefly dan 10 lagi oleh Air Asia.

Pelabuhan sunting

Pelabuhan yang terdapat di Kelantan :

  • Pelabuhan Geting: terletak di Tumpat.
  • Pelabuhan Tok Bali: terletak di Pasir Putih
  • Pelabuhan Pengkalan Petah: terletak di Bachok

Lihat juga sunting