Pengangkutan di Vietnam

Kebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.

Udara sunting

 
Vietnam Airlines Airbus A350
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh

Vietnam mengendalikan 21 buah lapangan udara awam utama, termasuklah tiga gerbang antarabangsa utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang di Da Nang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh. Tan Son Nhat ialah lapangan terbang terbesar di negara, mengurus 75% trafik penumpang antarabangsa.

Vietnam Airlines merupakan syarikat penerbangan milik negara. Juga terdapat beberapa buah syarikat penerbangan swasta, termasuk Air Mekong, Jetstar Pacific Airlines, VASCO dan VietJet Air.

Jalan raya sunting

 
Lebuhraya Utara–Selatan dari Cầu Giẽ ke Ninh Bình

Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.

Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.[1] Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.

 
Batu tanda jalan Jalan Negara 4E
 
Batu tanda jalan Jalan Wilayah Yên Bái 163

Sistem jalan raya Vietnam dikelaskan mengikut tata tingkat pentadbiran. Setiap kelas diberi warna batu tanda jalan dan singkatan.

  • Jalan negara (quốc lộ, QL) ditadbir oleh kerajaan pusat. Batu tanda jalan putih berhulu merah.[2][3] Penanda putih bertulis hitam pada papan tanda arah jalan.[4][5]
    • Lebuh raya ekspres (đường cao tốc, CT) Penanda kuning bertulis hitam pada papan tanda arah jalan. Papan tanda panduan sepanjang lebuh raya adalah hijau, daripada warna biru bagi jalan tempatan.[4][5]
  • Jalan wilayah (tỉnh lộ atau đường tỉnh, TL atau ĐT) diuruskan oleh wilayah. Batu tanda jalan putih berhulu biru atau hijau.[2] Penanda putih bertulis hitam pada papan tanda arah jalan.[4][5]
  • Jalan daerah (hương lộ atau đường huyện, HL atau ĐH) diuruskan oleh daerah luar bandar. Batu tanda jalan putih berhulu coklat.[2]
  • Jalan komun (đường xã, ĐX) diuruskan oleh komun.
  • Jalan bandar (đường đô thị, ĐĐT) diuruskan oleh bandar.
  • Sesetengah jalan servis (đường chuyên dùng, ĐCD) berbatu tanda jalan putih berhulu kuning.[2]

Kereta api sunting

 
Lintasan kereta api berdekatan Mỹ Sơn

Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah Reunification Express yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke Thái Nguyên, dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.

Pada 2009, Vietnam dan Jepun memeterai urus janji untuk membina sistem kereta api kelajuan tinggi dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km[6] melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan Thu Thiem di Bandaraya Ho Chi Minh.[7] Dengan berbekalkan teknologi Shinkansen dari Jepun,[8] landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju 360 kilometer (220 bt) sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke Vinh, Nha Trang dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara Lào Cai dan Lạng Sơn.

Jalan air sunting

Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk Cam Ranh, Da Nang, Hai Phong, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Gai, Qui Nhơn, Vũng Tàu, Cua Lo dan Nha Trang. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih 17,700 kilometer (11,000 bt) jalan air yang boleh dilalui oleh feri, baj dan teksi air.[9][10]

Selain daripada itu, Delta Mekong dan Delta Sungai Merah penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di Laut China Selatan, Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai Kepulauan Spratly yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Social and economic situation, 8 months of 2011. General Statistics Office of Vietnam. Retrieved 1 September 2011.
  2. ^ a b c d 41:2016/BGTVT, m/s. 195–200, appendix I.
  3. ^ "Các loại biển báo giao thông" [Types of traffic signs] (dalam bahasa Vietnam). Vietnam Expressway Services Engineering Joint Stock Company. 27 May 2014. Dicapai pada 18 April 2018.
  4. ^ a b c 41:2016/BGTVT, m/s. 331–334, appendix O.
  5. ^ a b c 83:2015/BGTVT, appendix 4.
  6. ^ "High-speed train planned for Vietnam – Business – International Herald Tribune". The New York Times. 6 February 2007. Dicapai pada 9 July 2010.
  7. ^ "Vietnam to build high-speed rail". The Sydney Morning Herald. 13 November 2009. Dicapai pada 9 July 2010.
  8. ^ "Vietnam will adopt Japan's bullet-train technology for $56 billion rail link". eTravel Blackboard. 14 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2011. Dicapai pada 9 July 2010.
  9. ^ Index Mundi. January 2012. Retrieved 25 April 2012.
  10. ^ "Water taxi in Ca Mau city, Vietnam". TravelBlog. 27 January 2010. Retrieved 25 April 2012.
  11. ^ "Territorial claims in the Spratly and Paracel Islands". GlobalSecurity.org. 2011. Retrieved 3 February 2013.

Bacaan lanjut sunting