Pengkalkaan

(Dilencongkan dari Pengapuran)

Pengapuran adalah aplikasi meletakkan bahan kaya dengan kalsium dan magnesium pada tanah, dengan pelbagai bentuk termasuklah napal, kapur, batu kapur, atau kapu terhidrat. Ini meneutralkan keasidan tanah dan meningkatkan aktiviti bakteria tanah. Walaupun begitu, terlebih pengapuran boleh memberi kesan buruk kepada tumbuhan. Kapur adalah bahan kimia bes, kesannya membuatkan tanah lebih bes seterusnya menjadikan tanah berasid kepada neutral.

Tahap pengapuran yang diberikan bergantung kepada kapur per jumlah unit tanah akan meningkatkan pH tanah bergantung kepada kadar pertukaran kation (KPK). Tanah dengan KPK rendah akan memberi kenaikan pH yang banyak berbanding tanah yang tinggi KPK. Tetapi tanah rendah-KPK akan mudah melarut bes yang ditambah, dan juga kembali kepada keadaan asid asalnya, melainkan pengapuran lebih dilakukan.

Rujukan sunting