Seorang pengarah kreatif ialah seseorang yang membuat keputusan dalam perihal kreatif peringkat tinggi, dan dengan keputusan-keputusan dibuat, mengawasi penghasilan aset kreatif seperti iklan, produk, acara atau logo.[1] Jawatan pengarah kreatif sering dijumpai dalam industri-industri karya seperti reka bentuk grafik, karya hiburan dan permainan video, tetapi mungkin berguna dalam organisasi kreatif lain seperti pembangunan web serta perisian.

Seorang pengarah kreatif berperanan penting dalam semua industri seni dan hiburan, dan dapat dilihat sebagai satu elemen dalam setiap proses pengembangan produk. Tanggungjawab pengarah kreatif termasuk memimpin reka bentuk komunikasi serta interaktif, dan perihal konsep dalam setiap pekerjaan yang ditugaskan. Sebagai contoh, tanggungjawab ini sering dilihat dalam industri periklanan. Pengarah kreatif dikenali untuk membimbing pasukan pekerja dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan reka bentuk grafik, seni rupa, grafik gerakan dan bidang industri kreatif lain. Beberapa contoh karya boleh merangkumi susun atur visual, pencadangan dan penulisan iklan. Dalam memikul peranan selaku pengarah kreatif, seseorang mesti mempunyai satu set kemahiran dan kepakaran yang pelbagai. Selalunya, latar belakang para pengarah kreatif bermula dalam bidang yang berkaitan dengan grafik bergerak, periklanan dan penerbitan buku (atau majalah).

Rujukan sunting

  1. ^ Brooke, Eliza. "So... can anyone tell me what a creative director does". The Outline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-19.