Pengaturcaraan imperatif
Dalam sains komputer, pengaturcaraan imperatif ialah sejenis paradigma pengaturcaraan yang memerihalkan pengiraan dalam istilah kenyataan yang mengubah keadaan sesebuah atur cara. Dalam cara yang sangat serupa sepertimana modus imperatif dalam bahasa sejadi mengungkap arahan untuk membuat tindakan, atur cara imperatif mentakrifkan jujukan arahan untuk dilakukan oleh komputer.
Istilah ini adalah berlawanan dengan pengaturcaraan pengisytiharan, yang mengungkapkan apa yang perlu sesebuah atur cara sempurnakan tanpa memberi tahu terlebih dahulu bagaimana caranya, dari segi jujukan tindakan untuk diambil.