Pengawal Merah (红卫兵 紅衛兵, hóng wèibīng) merupakan suatu gerakan sosial pelajar separa tentera yang dikepalai Mao Zedong pada tahun 1966 dan 1967 semasa Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China.[1] Menurut seorang ketua salah satu kumpulan kelompok ini, pergerakan ini bertujuan seperti berikut:

Anggota Pengawal Merah berhimpun di Dataran Tiananmen, 1966

Pengerusi Mao mentakrifkan masa depan kami sebagai suatu pertubuhan revolusioner pemuda bersenjata...sekiranya Mao merupakan Panglima Tertinggi kami dan kamilah Pengawal Merahnya, siapa yang sanggup menghalang kami? Kami akan mula-mula menjadikan China berfahaman Maois dari dalam keluar dan kemudiannya membantu kelas pekerja negara-negara lain "memerahkan" dunia...[2]

Pergerakan ini disokong kuat oleh Mao yang mempergunakan mereka untuk tujuan memusnahkan peninggalan zaman pra-Komunis yang wujud di negara China serta membenarkan mereka menyerang orang yang dianggap menentang doktrinnya. Walau bagaimanapun, pergerakan ini semakin lama semakin hilang kawalan serta mula berpecah menjadi puak-puak dalaman dalam pergelutan ini.

Pembentukan sunting

Peranan dalam Revolusi Kebudayaan sunting

Atas arahan Kumpulan Revolusi Kebudayaan, Pengawal Merah diarahkan menyerang 'Empat Barang Lama' masyarakat Cina (adat, budaya, tabiat dan fahaman lama). Para Pengawal ini bergerak di seluruh China untuk membasmi 'barang-barang lama' ini; di mana buku-buku dan seni telah musnah, segala artifak muzium digeledah, malah jalan-jalan bandar dinamakan semula mengikut revolusi baru serta dihiasi dengan gambar dan kata-kata Mao.[3]Banyak kuil, tokong, dan tapak warisan lain di Beijing turut dirosakkan.[4]

Banyak kejadian penyeksaan, pembunuhan, dan penghinaan awam turut menjadi dilibatkan dalam pergerakan ini. Banyak orang yang telah disasarkan dalam 'perjuangan' tersebut membunuh diri tidak lama selepas menanggung hukuman mereka - sebanyak 1,772 orang yang dibunuh di Beijing sahaja pada bulan September 1966. Di Shanghai pula terdapat 704 kes bunuh diri serta 534 kematian yang berkaitan dengan Revolusi Budaya pada bulan yang sama manakala Wuhan dicatatkan dengan 62 kasus bunuh diri dan 32 kasus pembunuhan dalam tempoh yang sama.[5]

Para cendekiawan merupakan kelompok yang paling banyak menderita daripada serangan sebegini. Banyak daripada mereka dipecat dari jawatan rasmi mereka mengajar dan ditugaskan kerja buruh seperti "menyapu halaman, membina dinding dan membersihkan tandas dari 7 pagi hingga 5 petang setiap hari" yang dikatakan kononnya akan mendorong mereka untuk memikirkan "kesilapan" yang dilakukan pada masa lalu.[6] Sebuah laporan resmi bertarikh bulan Oktober 1966 melaporkan bahawa Pengawal Merah telah menangkap sebanyak 22,000 orang 'penentang revolusioner'.[7]

Pertelingkahan dengan pihak tentera sunting

Ahli-ahli kelompok ini tetap dilarang memasuki Zhongnanhai, Kota Larangan atau mana-mana markas tentera yang mnyimpan malumat sulit pemerintah. Sebarang percubaan yang dilakukan kelompok tersebut untuk menyerbu dan merampas maklumat tersebut digagalkan askar-askar Rejimen Khas 8341 yang berpangkalan di sana.[8]

Pengalakkan idea Tentera Pembebasan Rakyat perlu dihapuskan mendorong pelanggaran perintah menembak kelompok Pengawal ini oleh anggota tentera apabila golongan tersebut menyerang pangkalan serta berek-berek mereka. Para Kumpulan Revolusi Kebudayaan akhirnya berpendapat bahawa para Pengawal ini telah menjadi suatu beban politik yang berbahaya[8] akibat anarkisme serta cenderungan konservatif dalam kalangan puak pekerja sebagai tindak balas kepada tindakan Pengawal tersebut sehingga merumitkan perjuangan Kelompok.[9]

Penghukuman dan pendidikan semula sunting

Dari tahun 1962 sehingga 1979, 16-18 juta pemuda telah dihantar ke desa untuk menjalani pendidikan semula akibat kesan yang dibawa pergerakan Pengawal.[10][11] Banyak daripada pelajar menganggotai pergerakan ini telah dihukum selepas tahun 1969.[12] Pelajar-pelajar ini banyak tidak mampu menahan keadaan yang perit yang wujud daripada rancangan ini sehingga kebanyakan daripada mereka mati sepanjang proses pendidikan semula ini berlangsung.[13]

Nota sunting

  1. ^ Teiwes
  2. ^ Woei Lien Chong, China's great proletarian Cultural Revolution: master narratives and post-Mao counter narratives, page 105, published 2002
  3. ^ Meisner, p. 339
  4. ^ Esherick, Joseph, Paul Pickowicz, Andrew George Walder (2006). The Chinese cultural revolution as history. Stanford University Press. m/s. 92. ISBN 0-8047-5350-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ MacFarquhar & Schoenhals; m/s. 124
  6. ^ Howard, p. 169.
  7. ^ Karnow, p. 209
  8. ^ a b Meisner, m/s. 339-340
  9. ^ Meisner, p. 341
  10. ^ Riskin, Carl; United Nations Development Programme (2000), China human development report 1999: transition and the state, Oxford University Press, m/s. 37, ISBN 978-0-19-592586-9
  11. ^ Bramall, Chris. Industrialization of Rural China, m/s. 148. Oxford University Press (Oxford), 2007. ISBN 0199275939.
  12. ^ Shu Jiang Lu, When Huai Flowers Bloom, m/s 115 ISBN 978-0-7914-7231-6
  13. ^ "Up to the mountains, down to the villages (1968)". chineseposters.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-28. Dicapai pada 2017-02-13.

Rujukan sunting

  • Howard, R; "Red Guards are always right". New Society, 2 Februari 1967, m/s. 169–70.
  • Karnow, Stanley; 'Mao and China: Inside China's Cultural Revolution'; Penguin (1984)
  • Meisner, Maurice; 'Mao's China and After: A History of the People's Republic Since 1949'; Free Press (1986)
  • Teiwes, F; "Mao and His Followers". A Critical Introduction to Mao Zedong; Cambridge University Press (2010)