Pengawal Swiss
Pengawal Swiss (Jawi: ڤڠاول سويسس; Latin: Custodes Helvetici; Itali: Guardie Svizzere) merupakan tentera upahan Swiss yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi, pasukan istiadat dan penjaga istana di berbagai kawasan di Eropah sejak abad ke-15. Selain daripada unit pengawal peribadi dan penjaga istana, tentera upahan Swiss juga berkhidmat sebagai tentera barisan hadapan terutamanya bagi Perancis, Sepanyol dan Naples hingga abad ke19. Pasukan ini mempunyai reputasi sebagai pasukan yang sangat berdisiplin dan setia kepada pihak yang mengupah mereka dan pasukan ini pernah bertempur dengan beberapa teknik peperangan seperti medan tombak.
Unit pengawal Swiss yang terawal ditubuhkan secara tetap adalah Pengawal Seratus Swiss (Cent Suisses), yang berkhidmat kepada kerabat diraja Perancis dari 1490 sehingga 1817. Unit kecil ini menjadi lengkap pada 1567 oleh rejimen Pengawal Swiss. Pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19, beberapa unit Pengawal Swiss ditubuhkan bagi beberapa kerabat diraja Eropah.
Pengawal Swiss Paus (kini di Kota Vatikan) telah ditubuhkan pada 1506 dan ia merupakan satu-satunya pasukan Pengawal Swiss yang masih wujud sehingga ke hari ini, dimana ia adalah salah satu unit ketenteraan yang tertua di dunia. Pada abad ke-18 beberapa unit Pengawal Swiss yang lain juga dibentuk dan tinggal di pelbagai istana monarki Eropah.
Sejarah Pembentukan Pengawal Swiss Paus
suntingPengawal Swiss Paus (Bahasa Inggeris: The Corps of the Pontifical Swiss Guard) sebagai sebahagian daripada tentera Vatikan adalah pengecualian dari undang-undang Switzerland tahun 1874 dan 1927. Pasukan ini adalah sebuah unit kecil yang bertanggungjawab untuk keselamatan bangunan-bangunan di Vatikan, pintu masuk ke Bandar Vatikan dan keselamatan Paus. Bahasa rasmi mereka adalah bahasa Jerman.
Sejarah Pengawal Swiss di Vatikan bermula pada abad ke-15. Paus Sixtus IV (1471-1484) sebelumnya telah melakukan persekutuan dengan Konfederasi Swiss dan membangun banyak barak di Via Pellegrino setelah meramalkan kemungkinan menggunakan perkhidmatan tentera upahan Swiss. Perjanjian ini diperbaharui oleh Paus Innocent VIII (1484-1492) untuk menggunakan perkhidmatan mereka untuk melawan Duke of Milan. Paus Alexander VI (1492-1503) kemudian juga menggunakan jasa tentera upahan Swiss semasa mereka bersekutu dengan raja Perancis.
Semasa era Borgias, atau era di mana ahli Borgia menguasai kepemimpinan Gereja, perang di Itali mulai marak di mana tentera upahan Swiss menjadi barisan depan tetap bagi puak-puak yang berperang - kadang-kadang untuk Perancis dan kadang-kadang untuk Gereja atau Empayar Rom Suci. Tentara upahan ini bergabung ketika mereka mendengar bahawa Raja Charles VIII dari Perancis akan mengisytiharkan perang terhadap Naples. Di antara peserta dalam perang Franco-Naples adalah Kardinal Giuliano della Rovere (yang kemudian menjadi Paus Julius II 1503-1513), yang mempunyai hubungan baik dengan orang-orang Swiss setelah menjadi uskup Lausanne beberapa tahun sebelumnya. Percubaan untuk menggulingkan Naples gagal kerana,salah satunya, terdapat beberapa pakatan baru yang dibentuk oleh Paus Alexander VI untuk melawan pasukan Perancis.
Ketika Kardinal della Rovere menjadi Paus Julius II pada tahun 1503, dia meminta Dewan Swiss untuk memberikan satu pasukan tetap yang terdiri dari 200 tentera upahan Swiss untuk dijadikan pengawalnya. Pada bulan September 1505, pasukan pertama dari 150 tentera memulakan perjalanan menuju Rom, di bawah komando Kaspar von Silenen. Mereka memasuki gerbang Vatikan pada 22 Januari 1506 - tarikh yang menandakan ulang tahun Pengawal Swiss Paus. Paus Julius II kemudian menganugerahkan Pengawal Swiss dengan gelaran "Pembela Kemerdekaan Gereja".
Keahlian Swiss Paus
suntingPara Pengawal Swiss ini mestilah lelaki Katolik, tidak berkahwin, mempunyai kewarganegaraan Swiss, telah menyelesaikan pendidikan ketenteraan asas dari Angkatan Bersenjata Swiss, dan dapat memperoleh sijil kelakuan yang baik. Calon pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya diploma profesional atau lulusan sekolah menengah, berumur antara 19 hingga 30 tahun, dan tinggi minimum 174 cm.
Semua calon yang mempunyai kelayakan ini mesti mendaftar untuk dipilih menjadi pasukan elit. Apabila dipilih, ahli baru akan dilantik pada setiap 6 Mei di San Damaso Square (Bahasa Itali: Cortile di San Damaso) di Vatican. 6 Mei adalah hari perigatan Kejatuhan Rom pada tahun 1527. Tempoh perkhidmatan untuk anggota Pengawal Swiss Paus adalah antara 2 hingga 25 tahun.
Pakaian Seragam Pengawal Swiss Paus
suntingPakaian seragam rasmi mereka berwarna biru, merah, oren dan kuning dengan gaya Renaissance yang sangat unik. Salah satu salah faham umum adalah seragam ini dirancang oleh Michelangelo. Sebenarnya, pereka pakaian seragam itu adalah Komandan Jules Repond (yang bertugas pada tahun 1910-1921) pada tahun 1914. Walaupun pakaian seragam Pengawal Swiss yang membawa Paus Julius II dalam tandu yang dilukis oleh Raphael sering disebut sebagai sumber inspirasi untuk pakaian seragam Pengawal Swiss yang sekarang, sebenarnya pakaian seragam itu adalah gaya biasa untuk pakaian seragam tentera semasa Renaissance.
Gambaran yang jelas mengenai seragam Pengawal Swiss moden dapat dilihat dalam lukisan karya Jacob Coppi pada tahun 1577 yang menggambarkan Ratu Eudoxia dalam perbincangan dengan Paus Sixtus III. Disana jelas terlihat pendahulu dari seragam tiga warna yang dilengkapi dengan penutup but, sarung tangan putih, kerah tinggi yang mengacak-acak, dan baret hitam atau morion (topi keledar tentera khas abad ke-16/17) berwarna hitam (berwarna perak berkilat untuk upacara khas). Sarjan mengenakan atasan hitam dan seluar berwarna merah bata, sementara pegawai selebihnya memakai seragam merah bata.
Warna asli biru dan kuning dirasmikan oleh Paus Julius II yang mengambil warna simbol keluarganya (Della Rovere). Paus Leo X menambahkan warna merah untuk menunjukkan warna simbol keluarganya (Medici).
Pengawal Swiss Paus Semasa
suntingBerikutan cubaan pembunuhan Paus John Paul II pada 13 Mei 1981 oleh Mehmet Ali Agca, perhatian lebih diberikan kepada peranan Pengawal Swiss selain menjadi anggota upacara. Perhatian ini ditunjukkan dengan mengadakan latihan tempur tanpa senjata, latihan pertempuran yang lebih mendalam, dan membenarkan penggunaan senjata api untuk menjalankan tugas mereka.
Pada 6 Mei 2003, Dhani Bachmann secara rasmi menjadi orang bukan kulit putih pertama yang menjadi ahli Pengawal Swiss Paus. Dhani adalah anak yatim daripada India yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Katolik Swiss yang berbahasa Jerman dari Lucerne.
Panglima Pengawal Swiss Paus
sunting- Kaspar von Silenen, Uri (1506–1517)
- Markus Röist, Zürich (1518–1524)
- Kaspar Röist, Zürich (1524–1527)
- Jost von Meggen, Luzern (1548–1559)
- Kaspar Leo von Silenen, Luzern (1559–1564)
- Jost Segesser von Brunegg, Luzern (1566–1592)
- Stephan Alexander Segesser von Brunegg, Luzern (1592–1629)
- Nikolaus Fleckenstein, Luzern (1629–1640)
- Jost Fleckenstein, Luzern (1640–1652)
- Johann Rudolf Pfyffer von Altishofen, Luzern (1652–1657)
- Ludwig Pfyffer von Altishofen, Luzern (1658–1686)
- Franz Pfyffer von Altishofen, Luzern (1686–1696)
- Johann Kaspar Mayr von Baldegg, Luzern (1696–1704)
- Johann Konrad Pfyffer von Altishofen, Luzern (1712–1727)
- Franz Ludwig Pfyffer von Altishofen, Luzern (1727–1754)
- Jost Ignaz Pfyffer von Altishofen, Luzern (1754–1782)
- Franz Alois Pfyffer von Altishofen, Luzern (1783–1798)
- Karl Leodegar Pfyffer von Altishofen, Luzern (1800–1834)
- Martin Pfyffer von Altishofen, Luzern (1835–1847)
- Franz Xaver Leopold Meyer von Schauensee, Luzern (1847–1860)
- Alfred von Sonnenberg, Luzern (1860–1878)
- Louis-Martin de Courten, Valais (1878–1901)
- Leopold Meyer von Schauensee, Luzern (1901–1910)
- Jules Repond, Fribourg (1910–1921)
- Alois Hirschbühl, Graubünden (1921–1935)
- Georg von Sury d'Aspremont, Solothurn (1935–1942)
- Heinrich Pfyffer von Altishofen, Luzern (1942–1957)
- Robert Nünlis, Luzern (1957–1972)
- Franz Pfyffer von Altishofen, Luzern (1972–1982)
- Roland Buchs, Fribourg (1982–1997, 1998)
- Alois Estermann, Luzern (1998)
- Pius Segmüller, St. Gallen (1998–2002)
- Elmar Theodor Mäder, St. Gallen (2002–2008)
- Daniel Rudolf Anrig, St. Gallen (2008–2015)
- Christoph Graf, Luzern (sejak 2015)
Lihat juga
suntingBacaan lanjut
sunting- Alvarez, David. The Pope's Soldiers: A Military History of the Modern Vatican. University Press of Kansas, 2011.
- Richard, Christian-Roland Marcel. La Guardia Svizzera Pontificia nel corso dei secoli. Leonardo International, 2005.
- Royal, Robert. The Pope's Army: 500 Years of the Papal Swiss Guard. Crossroads Publishing Co, 2006.
- Roland Beck-von Büren: Päpstliche Schweizergarde dalam bahasa Itali, Jerman dan Perancis dalam Kamus Bersejarah Switzerland (dalam talian), 2005-08-29.
- Henry, P.: Gardes suisses dalam bahasa Itali, Jerman dan Perancis dalam Kamus Bersejarah Switzerland (dalam talian), 2005-06-08.
- Bodin, J.: Les Suisses au Service de la France; Edisi Albion Michael, 1988. ISBN 2-226-03334-3.
- Bertin, P.: Le Fantassin de France; Service Historique de L'Armee de Terre, 1988.
- Serrano, Antonio. Die Schweizergarde der Päpste. Verlagsanstalt, Bayerland, 1992.
- National Geographic: Inside the Vatican, 2001.
- Philip Mansel, Pillars of Monarchy: An Outline of the Political and Social History of Royal Guards 1400–1984, ISBN 0-7043-2424-5
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengawal Swiss |
- Laman sesawang rasmi dalam bahasa Inggeris Diarkibkan 2013-12-11 di Wayback Machine, Itali Diarkibkan 2013-12-12 di Wayback Machine, Jerman Diarkibkan 2011-03-17 di Wayback Machine dan Perancis Diarkibkan 2013-10-23 di Wayback Machine
- Sejarah Pengawal Swiss Paus