Pengawal peribadi
Pengawal peribadi (atau pegawai perlindungan rapat)[1] adalah sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang terkenal, kaya, berpengaruh, atau dari segi politik merupakan tokoh penting seperti Yang di-Pertuan Agong,Perdana Menteri Malaysia,Sultan,Kerabat Diraja dan lain-lain daripada serangan, penculikan, pembunuhan, pengintipan, kehilangan maklumat rahsia, serangan pengganas atau ancaman-ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan kliennya.
Pekerjaan | |
---|---|
Nama | Pegawai perlindungan rapat |
Jenis | |
Sektor kegiatan | |
Penerangan | |
Kemahiran | Pemain berkumpulan, rahsia, pemerhati, sihat fizikal, tenang di bawah tekanan |
Pendikan yang diperlukan | |
Bidang pekerjaan | Berdekatan VIP |
Pekerjaan berkaitan | |
sunting |
Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara,VVIP, atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis (contohnya di Amerika Syarikat, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atau Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat). Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit khas atau Polis Khas.
Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Mereka akan diiringi dalam bentuk kumpulan, persendirian(seorang atau lebih daripada seorang). Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi. Mereka akan menggunakan perkhidmatan ini apabila berada di luar atau di dalam negara.