Pengeboman Arab Saudi 2016

pengeboman bunuh diri Daesh di Jeddah, Madinah dan Qatif, Arab Saudi pada 29 Ramadan 1437 H

Pada 4 Julai 2016, empat bom bunuh diri telah meletup di tiga lokasi di Arab Saudi. Salah satu daripadanya telah meletup dalam tempat letak kereta Masjid al-Nabawi,[1][2] mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.[3] Pengebom bunuh diri kedua dan ketiga telah menyasarkan sebuah masjid Syiah di Qatif, tetapi gagal mencederakan sesiapa pun melaikan diri mereka sendiri.[4] Seorang militan keempat telah meletupkan dirinya setelah polis cuba menangkapnya berdekatan konsulat AS di Jeddah. Dua pegawai polis Arab Saudi telah tercedera.[5]

Pengeboman Arab Saudi 2016
LokasiMadinah, Jeddah dan Qatif
Tarikh4 Julai 2016
Jenis serangan
Pengeboman kereta, serangan berani mati
Kematian4 (+4)
Tercedera7
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Serangan Arab Saudi ini merupakan cubaan keempat pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh gabungan Daesh yang disyaki sejak kebelakangan ini, berikutan serangan 28 Jun di Istanbul, Turki, serangan 1 Julai di Dhaka, Bangladesh dan pengeboman 3 Julai Baghdad, Iraq.[6]

Pada tahun 2015, Arab Saudi telah diserang oleh sebilangan penyerang didakwa oleh Negara Islam Iraq dan Syam. Serangan termasuk pengeboman masjid Qatif dan Dammam pada 22 dan 29 Mei 2015, 26 mangsa telah terkorban dan 106 lagi tercedera dan pengeboman masjid Abha 2015 pada 6 Ogos 2015, meragut nyawa 15 orang mangsa. Daesh masih belum mendakwa serangan ini.

Serangan sunting

Menurut sebuah akhbar oleh Agensi Akhbar Saudi, agensi berita rasmi Arab Saudi, "Jurucakap keselamatan Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan bahawa sebelum solat Maghrib di Madinah pada hari Isnin 29 Ramadan 1437 H, pengawal keselamatan telah mengesyaki seorang lelaki apabila dia menuju ke Masjid al-Nabawi melalui ruang kosong tanah yang digunakan sebagai ruang letak kereta bagi kereta pelawat. Apabila mereka memintasinya, dia meletupkandirinya dengan sebuah tali pinggang letupan, yang mengakibatkan dirinya meninggal dunia, syahid 4 pegawai keselamatan dan cedera 5 orang lagi pegawai keselamatan. Pada waktu petang pada hari yang sama di sebuah masjid berdekatan dengan pasar Mias di Qatif, sebuah pengeboman bunuh diri berlaku. Mayat tiga orang mangsa telah dijumpai dan kini dalam proses pengecaman diri. Agensi-agensi keselamatan masih menyiasat dua jenayah ini."

Pesalah laku sunting

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab namun Daesh yang paling disyaki.[7]

Kementerian dalam negeri Arab Saudi mendakwa Abdullah Gulzar Khan telah menjalankan pengeboman berkenaan berdekatan Konsulat AS di Jeddah. Menurut kementerian berkenaan, Khan telah menetap di bandar Laut Merah di Jeddah selama 12 tahun sebagai seorang pemandu pendatang asing. Dia tinggal bersama-sama dengan keluarga dan ibu bapanya di Jeddah, kementerian itu maklumkan.[8]

Reaksi sunting

Negara sunting

  •   Indonesia - Presiden Indonesia Joko Widodo mengatakan keganasan tidak dapat dibenarkan dan menggesa masyarakat untuk tenang tetapi berwaspada.[9]
  •   Iran – Jurucakap Kementerian Luar Negeri Bahram Ghasemi menawarkan takziah kepada keluarga mangsa, berkata: "Acap kali dinyatakan oleh Republik Islam, keganasan dalam sebarang jua bentuk dan di sebarang tempat dunia dikutuk dan puncanya patut diberi perhatian dengan serius dan tegas oleh semua negara dengan semua sumbernya." Beliau menambah: "Keganasan tidak terkawal yang kita saksikan kini, terutamanya di Timur Tengah, telah menunjukkan peristiwa ini tidak mengetahui sebarang sempaadan atau kerakyatan dan tidak mempunyai penyelesaian tetapi mencipta sebuah kerjasama antarabangsa dan serantau menentangnya.[10]
  •   Jordan - Menteri Hal Ehwal Media Mohammad Al-Momani menyuarakan kutukan keras Jordan terhadap keganasan dan serangan "penakut" berkenaan."[11]
  •   Mesir – Kementerian Luar Negeri berkata serangan ketika bulan suci Islam Ramadan berdekatan dengan salah satu tempat tersuci Islam mengesahkan bahawa keganasan "tidak mengetahui sebarang agama atau kepercayaan atau sebarang makna kemanusiaan."[12]
  •   Pakistan - Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif pada hari Selasa mengutuk serangan pengganas di Arab Saudi dan telah memanggil maklum balas antipengganas antarabangsa. Perdana Menteri Nawaz sharif berkata: "Kerajaan dan rakyat Pakistan amat terkejut dan berduka atas serangan pengganas di tanah suci dan berkongsi kesakitan dan duka saudara-saudara Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan itu.[13]
  •   Qatar - Kementerian Luar Negeri telah mengutuk serangan di Arab Saudi sebagai "kesalahan jenayah" yang bertentangan dengan "semua nilai kemanusiaan, moral dan Islam."[14]
  •   Emiriah Arab Bersatu – Seorang pegawai Menteri Luar Negeri di UAE telah dipetik dalam agensi berita negeri WAM yang dikendalikan oleh negara mengatakan kestabilan Arab Saudi "merupakan tonggak utama kestabilan Emiriah Arab Bersatu dan semua rantau Teluk Arab."[12]

Pertubuhan antarabangsa sunting

  •   – Setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam 57 negara, yang beribu pejabat di Arab Saudi, berkata serangan ini merupakan sebuah cubaan untuk menyahstabilkan kerajaan ini. Iyad bin Amin Madani berkata keselamatan kerajaan ini merupakan asas keselamatan dan kestabilan di rantau dan dunia Islam."[12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Medina blast: Saudi city 'hit by suicide bomber' – BBC News" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-07-04.
  2. ^ "The Latest: Explosion near one of Islam's holiest sites". Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-05. Dicapai pada 2016-07-04.
  3. ^ CNN, Merieme Arif, Laura Koran and Essam al-Ghalib. "4 killed in suicide attack in Saudi Arabia". CNN.
  4. ^ "Saudi Arabia: Bombings target Medina and Qatif mosques".
  5. ^ "Blast outside US consulate service in Saudi Arabia as police stop suicide bomber – reports". rt.com. Russia Today. Dicapai pada 4 July 2016.
  6. ^ Hassan, Falih; Arango, Tim (3 July 2016). "Bombing Kills More Than 120 in Baghdad". The New York Times.
  7. ^ "Suicide bomber strikes near Prophet's Mosque in holy Saudi city of Medina. (VIDEO)". rt.com. Russia Today. Dicapai pada 4 Julai 2016. line feed character in |title= at position 75 (bantuan)
  8. ^ "Pakistani man blamed for suicide attack in Jeddah".
  9. ^ "Jokowi Sampaikan Duka Atas Bom Madinah ; Itu Tidak dapat Ditolerir" [Jokowi Sampaikan Duka Atas Bom Madinah; Itu Tidak dapat Ditolakansurkan] (dalam bahasa Indonesia). Harian Terbit. 5 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-06. Dicapai pada 5 Julai 2016.
  10. ^ "Iran slams Saudi attacks". 4 Julai 2016. Dicapai pada 4 Julai 2016 – melalui Tasnim.
  11. ^ "Jordan condemns terrorist attacks in Saudi Arabia" [Qatar mengutuk serangan pengganas di Arab Saudi] (dalam bahasa Inggeris). Petra. 4 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2016.
  12. ^ a b c "The Latest: 4 killed, 5 wounded in Saudi attack". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-20. Dicapai pada 2016-07-05.
  13. ^ "Pakistan strongly condemns terrorist attacks in Saudi Arabia". Kementerian Luar Negeri Kerajaan Pakistan. 4 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 2016-07-05.
  14. ^ "Qatar condemns suicide bombings in Saudi Arabia, including in Medina" [Qatar mengutuk pengeboman bunuh diri di Arab Saudi, termasuk di Madinah] (dalam bahasa Inggeris). Doha News. 5 Julai 2016. Dicapai pada 5 Julai 2016.