Pengeboman Bali 2002

Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya merupakan pelancong asing. Insiden serangan bom ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah pengganas di Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang diakibatkan daripada letupan bom - bom tersebut.[1][2]

Pengeboman Bali 2002
Lokasi Kuta, Bali
Sasaran Sari Club, Paddy's Pub, dan Pejabat Konsulat Amerika Syarikat.
Tarikh 12 Oktober 2002; 22 tahun yang lalu (2002-10-12)
23:05 - 23:15 WITA (UTC +8)
Jenis serangan Bom kereta, Bom bunuh diri
Kematian 202
Cedera 209
Pelaku Jemaah Islamiyah
Peringatan peristiwa pengeboman Bali

Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di atas peranan mereka dalam pengeboman tersebut, tetapi sebahagian daripada ahli yang bertanggungjawab masih belum dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan gerakan militan Islam bernama Jemaah Islamiyah yang bergiat aktif disekitar nusantara Asia Tenggara, termasuk Filipina dan Selatan Thailand. Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman mati dan beberapa pejuang yang lain samada telah ditangkap atau pun ditembak mati oleh pasukan polis Indonesia. Serangan termasuk ledakan tiga jenis bahan letupan; 8 biji bom paip yang disulam pada vest dan diletupkan oleh seorang pengebom berani mati, sebuah bom kenderaan yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan diluar kedutaan Amerika Syarikat di Denpasar, Bali. Bahan tersebut cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan ia dilaporkan padat dengan najis manusia. Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai mengandungi pesanan suara dari Syeikh Osama bin Laden menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah sebagai pembalasan langsung keatas sokongan Amerika Syarikat keatas 'War on Terror' serta peranan Australia dalam pemisahan Timor Timur dari Indonesia.

Monumen
Sari Club

Pada 9 November 2008, Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Huda bin Abdul Haq telah dijatuhi hukuman mati oleh skuad penembak di pusat tahanan kepulauan Nusakambangan, lebih kurang pukul 1215 waktu dinihari.

Pada 9 Mac 2008, Dulmatin yang diberi jolokan sebagai 'Genius' telah mati ditembak oleh pasukan polis Indonesia dalam satu siri pertempuran di Pamulang, Jakarta. Beliau dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab meledakkan salah satu bom di Bali menggunakan telefon bimbit.

Pengakuan Omar Al-Faruq, seorang agen Al-Qaeda di Asia Tenggara telah mengaitkan beberapa pengganas Melayu. Indonesia mula menerima hakikat akan wujudnya pertubuhan pengganas di republik itu. Sebelumnya Indonesia menyangkal akan maklumat risikan yang diberikan oleh negara-negara jirannya tentang keberadaan militan Islam.

Presiden Megawati Sukarnoputri terpaksa melupakan demokrasi apabila terpaksa meluluskan undang-undang anti keganasan yang memberi kuasa menangkap seseorang tanpa bicara sebagaimana Akta Patriot di Amerika Syarikat dan ISA di Malaysia.

Antara yang dikatakan terlibat ialah Abu Bakar Basyir, Hambali @ Riduan Isamuddin, Fathur Rahman Al-Ghozi, Agus Dwikarna, @ Dany dan Omar Al-Faruq.

Serangan

sunting

Pada 12 Oktober 2002 pukul 2305 waktu Indonesia, seorang pengebom syahid telah masuk kedalam Paddy's Pub dan meledakkan bom yang tersulam pada anak bajunya. Letupan tersebut menyebabkan para pelanngan, samada cedera ataupun tidak, untuk meluru keluar dari kelab tersebut dalam usaha menyelamatkan diri. Dua puluh saat kemudian, ketika orang ramai sedang berada dalam keadaan terpinga - pinga, sebuah bom yang lebih kuat yang disembunyikan didalam van Mitsubishi kemudian telah diletupkan oleh seorang lagi pengebom berani mati. Ledakan kedua inilah yang mengorbankan banyak nyawa diluar Sari Club. Bom yang berada didalam Mitsubishi L300 ini juga dilengkapkan dengan alat kawalan jauh sekiranya pemandu bertukar fikiran untuk tidak mati bersama - sama bom tersebut. Kesan kemusnahan hasil letupan bom kenderaan ini cukup dahsyat; beberapa buah bangunan disekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan teruk dan jendela - jendela infrastruktur berkejauhan ratusan meter turut pecah. Ledakan ini juga meninggalkan kawah sedalam satu meter.

Hospital setempat di Sanglah pada waktu itu dalam keadaan serba kekurangan untuk merawat para korban, terutamanya mereka yang mengalami kelecuran akibat terkena serpihan ledakan. Jumlah mereka yang tercedera sangat banyak hingga memaksa para sukarelawan untuk meletakkan mereka didalam kolam renang di hotel berdekatan bagi mengurangkan rasa sakit dari luka terbakar. Sebahagian pula terpaksa diterbangkan ke Perth dan Darwin bagi menjalani rawatan pakar.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Indonesia-Amerika Syarikat menggambarkan kejadian tersebut seperti berikut:

"Para penyiasat kini telah pun berjaya mencipta kembali aktivit para pengebom tersebut. Amrozi, Ali Imron dan Idris telah membeli sebuah motorsikal Yamaha setelah mereka bertanyakan harganya jika dijual semula selepas beberapa hari digunakan. Imron kemudianya menaiki motorsikal tersebut untuk meletakkan bom kecil diluar kedutaan Amerika Syarikat. Selanjutnya Idris menunggang motorsikal tersebut sementara Imron membawa dua orang pengebom berani mati didalam van Mitsubishi menuju ke kawasan hiburan di daerah Kuta. Dia berhenti diluar Sari Club, mengarahkan seorang pengebom berani mati untuk memakai anak bajunya dan menyuruh yang seorang lagi untuk menghidupkan bom van berkenaan. Pengebom pertama berjalan masuk ke dalam Paddy's Pub. Idris kemudianya meninggalkan pengebom kedua yang baru sahaja belajar memandu dalam garis lurus, untuk meneruskan perjalanan singkat menuju Sari Club. Idris lalu mengambil Imron menggunakan motorsikal Yamaha dan kembali ke Denpasar. Idris membuat panggilan pada telefon bimbit Nokia untuk meledakanya di Kedutaan. Kedua pengebom berani mati meledakkan peranti masing - masing. Idris dan Imron meletakkan motorsikal tersebut di satu tempat yang kemudianya menarik perhatian seorang penjaga."

Jumlah angka kematian terakhir adalah 202 orang terkorban, kebanyakanya yang berada di dalam atau berdekatan Paddy's Pub atau Sari Club adalah pelancong Barat dan mereka yang bercuti dalam lingkungan umur 20an hingga 30an, termasuk juga beberapa penduduk Bali Indonesia samada yang bertugas disekitar lokasi kejadian ataupun cuma melalui kawasan tersebut. Ratusan yang lainya mengalami luka bakar yang menggerunkan serta kecederaan berlainan. Sejumlah besar yang terkorban adalah para pelancong dari Australia dengan 88 orang terbunuh. Dua lagi mayat gagal dikenalpasti dan keduanya telah pun dibakar di Bali pada September 2003.

Anugerah

sunting

Ketika kejadian, beberapa individu telah tampil menghulurkan bantuan dalam apa yang dipanggil sebagai 'tindakan keperwiraan.'

Kusitino 'Kossy' Halemai, seorang warga Australia kelahiran Wallis dan Futuna yang ketika itu sedang menguruskan Bounty Hotel di Kuta pada waktu serangan berlaku, telah meneduhkan mereka yang terselamat dari ledakan. Dia telah terpilih untuk menerima kepujian the Medal of the Order of Australia (OAM) pada 13 Jun 2005.

Pasangan suami Richard dan isteri Gilana Poore, yang telah menyelenggarakan pusat rawatan sementara di kawasan penyambut tetamu Bounty Hotel, juga dianugerahkan dengan OAM.

James Parkinson, seorang jururawat kecemasan, telah berganding bahu dengan Doctor Hogg dari Wollongong di Denpasar Sanglah Hospital untuk mengendalikan pusat trauma bagi mangsa serang bom. Setelah menghilang di Afrika dan Eropah dalam tempoh tiga tahun, jabatan Governor General akhirnya berjaya menjejakinya sekaligus menganugerahkan Parkinson the Medal of the Order of Australia dalam tahun 2005.

Bom yang berada didalam van Mitsubishi L300 tersebut pada awalnya disyaki terdiri dari jenis C4, sejenis bahan letupan plastik bertaraf ketenteraan yang amat sukar diperolehi. Walaubagaimanapun, para penyiasat telah mendapati bahawa bom itu dibuat dari potassium chlorate, serbuk aluminum, dan belerang. Untuk bom Sari Club dengan van L300, para ahli militan telah memasang 12 bekas isian plastik padat dengan bahan letupan. Setiap satu laci kabinet tersebut masing - masing diisi dengan potassium chlorate, serbuk aluminum, bancuhan belerang bersama penggalak TNT, yang disambungkan melalui kabel peledak berisi PETN (pentaerythritol tetranitrate) sepanjang 150 meter (490 kaki). Sembilan puluh empat peletus RDX (cyclotrimethylene trinitramine) berkuasa elektrik telah dilengkapkan kedalam TNT tersebut. Jumlah berat keseluruhan bom van tersebut adalah 2,250 paun (1,020 kg). Kekuatan besar ledakan bersuhu tinggi yang terhasil dari campuran ini adalah serupa dengan bahan letupan udara panas, namun para militan mungkin tidak mengetahui akan hal ini.

Maklumat Tambahan

sunting
  • Insiden ini terjadi satu tahun, satu bulan dan satu hari selepas Serangan 11 September 2001.
  • Pelbagai andaian telah dibuat oleh para pengamat teori konspirasi bahawa serangan ini adalah hasil tangan 'orang dalam'. Tujuanya adalah bagi memudahkan Amerika Syarikat mengendalikan War on Terror di republik berkenaan. Omar Al-Faruq yang kononnya tampil membuat pengakuan mengenai penglibatanya dengan Al-Qaeda juga dikatakan telah dibiayai oleh CIA.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Bali death toll set at 202". BBC News. 19 February 2003. Dicapai pada 14 July 2010.
  2. ^ "The Sydney Morning Herald". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 24 November 2015.

Pautan luar

sunting