Pengeboman Delhi 2011

Pengeboman Delhi 2011 berlaku apabila sebuah beg bimbit meletup di Mahkamah Tinggi Delhi di Delhi, India pada 7 September 2011, membunuh 11 orang dan mencederakan 76 orang. Letupan ini adalah yang ke-30 di Delhi dan kedua tahun ini. Letupan berlaku di luar pintu pagar 5, jam 10:15 pagi.[2]

Pengeboman Delhi 2011
Ralat Lua pada baris 143 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/India" does not exist.
Lokasi pengeboman Delhi 2011
Map
LokasiJalan Sher Shah, New Delhi, Delhi, India
Koordinat28°22′N 77°08′E / 28.36°N 77.14°E / 28.36; 77.14 (2011 Delhi bombing)Koordinat: 28°22′N 77°08′E / 28.36°N 77.14°E / 28.36; 77.14 (2011 Delhi bombing)
Tarikh7 September 2011
10:14 IST (UTC+5:30)
Jenis serangan
Pengeboman
SenjataBahan letupan diubah suai daripada NH4NO3, Neogel-90
Kematian11[1]
Tercedera76[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pintu Gate 5 menjadi sasaran ampuh kerana tidak adanya kamera CCTV. Pengimbas besi juga tidak berfungsi. Mereka yang cedera dan terbunuh dibawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), Ram Manohar Lohia Hospital, Safdarjung Hospital and Lok Nayak Jay Prakash Narayan (LNJP) Hospital.

Televisyen India mengesyaki kumpulan militan Harkat-ul-Jihad al-Islami (HuJI) bertanggungjawab. Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat telah menyenaraikan HuJi sebagai kumpulan pengganas, dikaitkan dengan al-Qaeda. Pemimpinnya Ilyas Kashmiri berjaya ditembak mati oleh pasukan tentera marin Amerika Syarikat di selatan Pakistan pada Jun 2011. E-mel daripada HuJI menyatakan mereka membalas terhadap kematian rakyat Kashmir, Mohammed Afzal Guru pada 2004 kerana dikaitkan dengan Serangan Parlimen India 2001 pada Disember 2001.[3]

Pada 5 September 2011, Persidangan Hurriyat yang diadakan di Srinagar,Kashmir meragui keadilan Mahkamah India yang telah menghukum gantung Afzal Guru. Wikileaks mendedahkan laporan kabel diplomatik AS yang mendakwa Afzal Guru tidak mendapat keadilan / pembelaan yang mencukupi.[4] Afzal Guru pernah menulis surat memohon penangguhan dan pengampunan daripada Presiden Pratibha Patil.

Serangan itu berlaku semasa Perdana Menteri India, Manmohan Singh melawat Bangladesh selama dua hari bagi membincangkan Hubungan Bangladesh-India.

Sebelum ini, serangan berlaku di Delhi pada 13 September 2008 yang membunuh 25 orang dan 150 cedera. Tiga letupan / serangan berlaku serentak di tiga tempat di Delhi iaitu di Karol Bagh, Connaught Place and Greater Kailash.[5]

Reaksi sunting

Presiden India, Pratibha Patil mengutuk letupan itu. Perdana Menteri Manmohan Singh ketika berada di Dhaka, menyatakan ini adalah perbuatan pengecut yang bersifat pengganas. Kita akan menangani. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan keganasan.

Antarabangsa sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Black Wednesday: Blast at Delhi high court kills 11, injures 76". Times of India. 7 September 2011. Dicapai pada 7 September 2011.
  2. ^ Roundup: Deadly bomb blast at India's high court Global Public Square - CNN.com Blogs. 7 September 2011.
  3. ^ Another Deadly Bomb Blast in New Delhi Global Spin - TIME.com
  4. ^ Wikileaks: Hurriyat (M) faours to hang Afzal Guru[pautan mati kekal]
  5. ^ "Terror strikes Delhi again, 11 dead in HC blast". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-17. Dicapai pada 2011-09-07.