Pengeboman MacDonald House

serangan oleh komando Indonesia di Singapura ketika Konfrontasi
(Dilencongkan dari Pengeboman Rumah MacDonald)
Pengeboman MacDonald House
Sebahagian daripada Konfrontasi
Bangunan MacDonald House tahun 2018
Map
LokasiSingapura, Malaysia
Koordinat1°17′57.11″N 103°50′45.73″E / 1.2991972°N 103.8460361°E / 1.2991972; 103.8460361Koordinat: 1°17′57.11″N 103°50′45.73″E / 1.2991972°N 103.8460361°E / 1.2991972; 103.8460361
Tarikh10 Mac 1965 (1965-03-10)
3:07 petang (UTC+08:00)
SasaranMacDonald House
Jenis serangan
pengeboman
Senjatabom
Kematian3
Tercedera33
MangsaElizabeth Suzie Choo
Juliet Goh
Mohammed Yasin Kesit
PelakuAngkatan Laut Indonesia
PenyerangHarun Said
usman Janatin
Gani bin Arup
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengeboman MacDonald House berlaku pada 10 Mac 1965 di sebuah bangunan Hong Kong And Shanghai Bank (yang kini dikenali sebagai MacDonald House) di Orchard Road, Singapura, yang semasa itu merupakan sebahagian daripada Malaysia. Bom masa janaan nitrogliserin ditanam oleh dua orang askar Tentara Nasional Indonesia menganggotai Korps Komando Operasi iaitu Harun Thohir dan Usman Janatin dalam misi pemusnahan sembunyi (sabotaj atau sabotase) semasa berlangsungnya Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia.

Letupan itu membunuh tiga orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 33 orang lain. Ia merupakan serangan pengganasan paling berdarah di negeri Singapura ketika ia menganggotai Persekutuan Malaysia.

Latar belakang sunting

Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia tidak senang dengan perkembangan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia baharu; gabungan tersebut dilihat Sukarno bentuk baru imperialisme yang berpotensi mengancam kedaulatan Indonesia lagi-lagi dengan selisihnya kawasan tersebut mendekati wilayah Kalimantan di pulau Borneo, malah Sukarno berkeras menganggap persekutuan Tanah Melayu sebagai negara boneka United Kingdom.[1] Gerakan Ganyang Malaysia segera dilancarkan Sukarno.

Terdapat sejumlah 37 pengeboman dari 1963 hingga 1966. Mereka dilatih untuk menyerang pemasangan ketenteraan dan kemudahan awam. Walau bagaimanapun, apabila para pelaku musnah diam (sabotaj atau sabotase) gagal dalam percubaan mereka untuk menyerang pemasangan-pemasangan yang sangat dijaga, mereka meletupkan bom secara rawak untuk membuat panik dan kacau bilau di pulau itu. Menjelang 1964, letupan bom semakin kerap. Untuk membantu pihak polis dan tentera mempertahankan Singapura daripada serangan-serangan ini, pasukan sukarela ditubuhkan. Lebih daripada 10,000 orang mendaftar sebagai sukarelawan.

Pusat-pusat komuniti berkhidmat sebagai pangkalan untuk sukarelawan untuk meronda kejiranan mereka. Di sekolah, pelajar menjalani latihan bom. Kerajaan juga memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya tidak mengendalikan sebarang bungkusan yang mencurigakan di bangunan atau di sepanjang jalan. Walaupun diusahakan sebaik mungkin oleh pihak British, kumpulan kecil pensabotaj berjaya menyeludup bom ke pulau itu dan melancarkan serangan. Menjelang Mac 1965, sejumlah 29 bom telah diletupkan di Singapura.

Susur kejadian sunting

Persediaan sunting

Tiga orang marinir dalam Korps Komando Operasi iaitu Harun Thohir, Usman Janatin dan Gani bin Arup tiba di Singapura dari Pulau Jawa pada pukul 11.00 pagi dengan berpakaian menyamar sebagai orang awam. Mereka juga beroperasi dengan nama samaran untuk melindungi diri: Harun Thohir diberi nama samaran "Harun Said" manakala Usman Janatin diberi nama samaran "Usman Hj Mohamed Ali". Ketiga-tiga mereka ditugaskan untuk melakukan suatu "sabotase" jauh di pusat bandar Singapura di mana mereka diarahkan mengebom sebuah pencawang tenaga elektrik menggunakan 12.5 kilogram (atau 28 oz) bahan peledak.

Ketiga-tiga mereka mengubah rancangan mereka di mana mereka menyasarkan sebuah bangunan komersil milik Hong Kong And Shanghai Bank yang dilihat strategik untuk misi mereka: bangunan 10 tingkat itu juga menempatkan Suruhanjaya Tinggi Australia dan Konsulat Jepun, dan terletak hanya 1.4 km dari Istana (yang kini menjadi kediaman rasmi Presiden Singapura).[2][3]

Bom meletup pada pukul 3:07 petang.

Penangkapan, pembicaraan dan penghukuman sunting

Ketika ketiga-tiga mereka melarikan diri, Usman dan Harun berpecah ke pantai sementara Gani memilih laluan yang berbeda. Usman dan Harun merampas perahu bermotor untuk cuba melarikan diri, namun perahu motor rosak; seberapa petugas dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri serta polis cawangan Singapura berjaya menangkap Harun dan Usman sementara Gani berjaya lolos. Pemeriksaan di bangunan itu pada beberapa hari yang berikutan turut mendapati bahawa ada bukti sekitar 20 hingga 25 paun (9 hingga 11 kg) bahan peledak nitrogliserin digunakan untuk menghidupkan bom itu.[4]

Memandangkan mereka tidak sahaja menyamar berpakaian awam malah juga menyasarkan bangunan awam, kedua-dua lelaki itu telah dibicarakan di Singapura atas pembunuhan tiga orang yang terkorban di dalam letupan itu. Mereka telah disabitkan kesalahan dan digantung sampai mati di Penjara Changi pada 17 Oktober 1968.[5][3][6]

Perangkaan mangsa yag terjejas sunting

Bom itu membunuh tiga orang:

  • Elizabeth Suzie Choo (36 tahun), seorang setiausaha di HSBC
  • Juliet Goh (23 tahun), seorang kerani HSBC
  • Mohammed Yasin Kesit (45 tahn), seorang pemandu; dia berada dalam keadaan koma selepas letupan itu dan meninggal dunia akibat luka dialami beberapa lama kemudian.[7][2]

33 orang lain cedera.

Rujukan sunting

  1. ^ Hellwig & Tagliacozzo, The Indonesia Reader: History, Culture, Politics, 2009:345
  2. ^ a b Jackie Sam; Philip Khoo; Cheong Yip Seng; Abul Fazil; Roderick Pestana; Gabriel Lee (11 Mac 1965). "Terror Bomb kills 2 Girls at Bank" (reprint). The Straits Times.
  3. ^ a b MacDonald House attack still strikes home in S'pore, The Jakarta Post, 13 February 2014
  4. ^ "TNI AL: Gani bin Arup Sudah Meninggal Dunia, Jejaknya Misterius". detiknews. Dicapai pada 26 September 2018.
  5. ^ Sudarmanto, J. B. (2007). Jejak-jejak pahlawan : perekat kesatuan bangsa Indonesia (ed. rev. 2nd). Jakarta: Gramedia Widiasarana Indonesia. m/s. 162, 164. ISBN 9789797597160. OCLC 200180907.
  6. ^ Singapore from Settlement to Nation Pre-1819 to 1971 (ed. 6). Singapura: Marshall Cavendish Education. m/s. 196–197.
  7. ^ Singapore, National Library Board,. "MacDonald House bomb explosion | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 26 September 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)