Pengeboman kedutaan Australia di Jakarta (2004)
Peristiwa pengeboman kedutaan Australia berlaku pada 10:30 pagi (03:30 UTC), 9 September 2004. Para saksi berkata sebuah van meletup d hadapan kedutaan Australia di daerah Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia. Sebuah trak polis dan sebuah teksi di depan kedutaan itu turut musnah akibat letupan itu. Selain itu, letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kereta dan motosikal di tepi jalan, selain memecahkan jendela di pusat membeli-belah berhampiran.[1]
Dalam peristiwa pengeboman itu yang dipercayai ditujukan kepada kedutaan Australia di Kuningan, Jakarta Selatan mengakibatkan 9 sehingga 11 orang terbunuh dan hampir 170 orang yang lainnya tercedera.
Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri yang ketika itu berada di Brunei sempena majlis perkahwinan Diraja Putera Mahkota Brunei, bergegas pulang dan melawat tempat kejadian dengan dikawal ketat oleh anggota polis.
Peristiwa pengeboman ini dipercayai berkait dengan pilihan raya Indonesia yang bakal diadakan pada 20 September 2004 atau pilihan raya persekutuan Australia yang bakal dilangsungkan pada 9 Oktober 2004.[2]
Ketua Polis Indonesia, Jeneral Da'i Bachtiar, berkata beliau mengesyaki serangan itu dibantu pakar bom JI, seorang rakyat Malaysia bernama Dr Azahari Husin, Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya itu. Kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), sering dipersalahkan di atas sejumlah serangan bom di seluruh Indonesia sebelum ini. Mereka kemudian mengaku bertanggungjawab.[3]
Jeneral Bachtiar turut mengesahkan laporan bahawa polis telah menjumpai sisa bahan letupan TNT dan sulfur nitrat di sebuah rumah dekat Jakarta yang dipercayai disewa kumpulan militan sebagai persediaan untuk melakukan serangan tersebut. Pengeboman itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati dengan menggunakan van mini jenis Daihatsu berwarna hijau.
Pada 1 Oktober 2004, pihak berkuasa mengenal pasti pengebom tersebut sebagai Heri Golun, berdasarkan ujian DNA yang dibuat di tapak kejadian.[4]
Pengeboman ini adalah serangan bom ketiga yang disasarkan terhadap kepentingan atau rakyat Australia di Indonesia setelah pengeboman Bali 2002 dan pengeboman JW Marriott 2003.
Nota
sunting- ^ Paul Dillon (9 September 2004). "Blast rocks Jakarta near Australian Embassy". USA Today. Dicapai pada 21 Mac 2009.
- ^ Rich Bowden (13 September 2004). "Jakarta Embassy Bombing Re-Focuses Election Campaigns". World Press Review. Dicapai pada 21 Mac 2009.
- ^ Maria Ressa (9 September 2004). "JI 'claims Jakarta car bombing'". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-30. Dicapai pada 3 Jun 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Jemaah Islamiya (JI) attacked Diplomatic target". CNN. 9 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-25. Dicapai pada 21 Mac 2009.