Pengeboman kereta berani mati Aleppo 2017

Pengeboman kereta berani mati berlaku pada 15 April 2017 berdekatan dengan konvoi bas-bas pemindahan keluar orang awam di perjiranan Al-Rashideen, di bahgaian barat Aleppo, Syria.[2] Bas-bas yang membawa penumpang tempatan dari wilayah Al-Fu'ah dan Kafriya. Pihak kerajaan mengawal wilayah Al-Fu'ah manakala wilayah Kafriya dikawal oleh kumpulan pemberontak.[3] Letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126[4] including at least 80 children.[5]

Pengeboman kereta berani mati di Aleppo 2017
Sebahagian daripada Perang saudara di Syria
Map
LokasiDaerah Al-Rashideen, barat Aleppo, Syria
Koordinat36°10′10″N 37°03′24″E / 36.16944°N 37.05667°E / 36.16944; 37.05667Koordinat: 36°10′10″N 37°03′24″E / 36.16944°N 37.05667°E / 36.16944; 37.05667
Tarikh15 April 2017
SenjataBom kereta
KematianSekurang-kurangnya seramai 126 orang [perlu rujukan][1]
Tercedera55 orang [perlu rujukan]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bas pemindahan orang awam ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan Syria, Iran, dan Qatar serta dilaksanakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Syria. Di bawah syarat-syarat perjanjian pemindahan tersebut, penduduk masyarakat Syiah di Al-Fu'ah dan Kafriya, yang menyokong kerajaan Syria dan dikawal selia oleh pihak tentera, akan dipindah masuk ke Aleppo. Sebagai balasan, penduduk Sunni di Madaya dan Al-Zabadani, yang menyokong pihak pembangkang, akan dipindahkan ke wilayah Idlib.[6][7][8][6]

Serangan sunting

Serangan itu berlaku di daerah Al-Rasyideen, di pinggir barat bandar Aleppo, pada kira-kira jam 15:30 waktu tempatan. Menurut wartawan, bom itu diletakkan di dalam kereta dan mula mengedarkan makanan ringan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Kereta tersebut diletakkan berhampiran dengan konvoi bas yang berhenti di pusat pemeriksaan pemindahan penduduk pelarian. Laporan awal menunjukkan bahawa beberapa dozen orang telah terbunuh, tetapi jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada 126 orang mangsa pada hari berikutnya, menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia. Ahli pemerhati berkata, seramai 109 orang yang terkorban adalah pelarian, termasuk 68 orang kanak-kanak, dengan pejuang baki pemberontak dan pekerja bantuan, walaupun jurucakap kumpulan pemberontak Ahrar Al-Sham berkata kira-kira 30 orang anggotanya terbunuh. Menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets, seramai 55 orang cedera. Pengeboman ini mengakibatkan penggantungan pemindahan selama beberapa hari. Mereka menyambung semula proses pemindahan pada 19 April 2017 dengan keselamatan yang lebih ketat di pusat pemeriksaan Al-Rasyideen itu. Tiga hari selepas pengeboman, seorang jurucakap PBB berkata bahawa pengeboman itu adalah "mungkin bermotifkan jenayah perang" berdasarkan penyiasatan daripada rakaman sebelum pengeboman berlaku.

Reaksi awam sunting

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres meminta agar semua pelarian perlu menunggu selama dua ke tiga hari untuk dipindahkan semula. Pope Francis mengutuk pengeboman tersebut, beliau menyifatkan satu "serangan keji pada penyerang yang melarikan diri terhadap pelarian yang terkorban". Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassem menyelar serangan tersebut adalah "perbuatan jenayah yang memalukan oleh pengganas Takfiri". Manakala Kementerian Luar Turki berkata, serangan itu "telah menunjukkan sekali lagi keperluan untuk mengukuhkan perjanjian gencatan senjata". Robert Fisk, menulis secara bebas, mengkritik kerajaan Amerika Syarikat yang pilih kasih mengenai serangan itu, dengan tindakan berdiam diri ke atas pengeboman dengan tindak balas kepada serangan kimia di Khan Shaykhun awal bulan lalu. Beliau juga berkata "selepas pengeboman bunuh diri hujung minggu ini Rumah Putih tidak berkata apa-apa dan hanya menyifatkan sebagai pembunuhan mangsa yang tidak bersalah."

Rujukan sunting

  1. ^ "Syria evacuees bomb attack death toll rises to 112: monitor". AFP. 16 April 2017.
  2. ^ "Dozens killed after bomb explodes near Aleppo evacuation bus convoy". CBC News. 15 April 2017.
  3. ^ "Syria war: Huge bomb kills dozens of evacuees in Syria". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2017. Dicapai pada 15 April 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Death toll from Aleppo bus convoy bomb attack at least 126: Observatory". Reuters. 2017-04-16. Dicapai pada 2017-04-16.
  5. ^ "'A new horror': 80 children among those slaughtered in suicide attack on refugee convoy". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-17. Dicapai pada 2017-04-18.
  6. ^ a b "More Than 7,000 People Evacuated From 4 Besieged Syrian Towns". The New York Times. 14 April 2017. Dicapai pada 16 April 2017.
  7. ^ al-Kurdi, Anas. "Syrian regime forces 'lost stomach to retake Idlib'". alaraby.co.uk. Dicapai pada 17 April 2017.
  8. ^ Lizzie Dearden (12 January 2016). "Madaya: The two other Syrian villages where 20,000 people have been starving under rebel siege". The Independent. Foua and Kefraya have been surrounded by Jaysh al-Fatah (Army of Conquest), led by al-Qaeda affiliate Jabhat al-Musra and Islamists Ahrar ash-Sham since March last year.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.