Pengecam Sumber Sejagat

Dalam bidang pengkomputan, pengecam sumber sejagat (URI-Uniform resource identifier) adalah sebuah rentetan aksara yang digunakan untuk mengenal pasti nama sesebuah sumber. Pengecaman membolehkan interaksi dengan rentasan perwakilan sumber tersebut dalam sesawang, tipikalnya, Jaringan Sejagat (WWW), dengan menggunakan protokol-protokol tertentu. Skema-skema yang menetapkan sintaks khusus dan protokol-protok berkaitan menentukan setiap URI. Bentuk URI yang paling sering digunakan ialah Pelokasi Sumber Seragam (URL), yang biasanya dirujuk sebagai alamat web. Bentuk yang jarang ditemui ialah Nama Sumber Seragam (URN), yang direka untuk membantu URL dengan menyediakan mekanisme buat pengecaman sumber-sumber dalam ruang nama tertentu.

Hubungan antara URI, URL, dan URNSunting

 
Sebuah Gambar rajah Euler menunjukkan yang URI boleh menjadi URL atau URN, ataupun kedua-duanya sekali.

Nama sumber seragam (URN) berfungsi sebagai nama seseorang itu, sementara sebuah pelokasi sumber seragam (URL) mirip alamat seseorang. Dalam kata lain, URN menetapkan identiti sesuatu sementara URL menyediakan cara untuk mencarinya.

RujukanSunting

Pautan luarSunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.