Pengecas bateri berfungsi mengisi tenaga ke dalam sel sekunder atau bateri boleh dicas semula dengan melalukan arus elektrik ke dalam sel. Voltan dan jumlah arus yang dapat diisi semula bergantung kepada saiz dan jenis bateri yang diisi.

Jenis sunting

Dalam telefon bimbit sunting

Pengecas yang berfungsi mengisi tenaga telefon bimbit bersifat membekalkan kuasa ke dalam sumber tenaga penyuai berarus ulang-alik.

Pada awalnya, rekaan pencucuh telefon datang dalam pelbagai bentuk mengikut model dan jenama tersendiri. Pada 22 Oktober 2009, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa mengumumkan perincian rasmi yang sejagat dalam perekaan pengecas telefon bimbit di mana Mikro-USB ditetapkan sebagai piawai palam mengecas.[1]

Dalam kenderaan elektrik sunting

Stesen pengecasan kenderaan elektrik awam menyediakan 6 kW (kuasa hos 208 hingga 240 VAC dari litar 40 amp) kuasa yang mampu mengecas EV kira-kira 6 kali lebih cepat daripada 1kW tenaga yang diisi semalaman.

Rujukan sunting

  1. ^ Oct 22, 2009, ITU press release Universal charger for mobile phone handsets