Pengekodan video (video coding) adalah satu bidang dalam sains komputer dan kejuruteraan elektrik yang membicarakan cara mencari format pengekodan dan algoritma yang berkesan bagi video digital.

Data video biasanya tidak hanya mempunyai maklumat gambar tetapi juga audio. Dengan itu, ia sering kali dirujuk sebagai multimedia. Piawaian pengekodan video moden turut merangkumi data multimedia lain seperti grafik komputer buatan, teks dan maklumat meta bagi pencarian/melayar dan pengurusan hak digital. Ia turut memberikan mekanisma bagi interaksi pengguna.

Bagaimanapun, bahagian paling intensif dalam data video dari segi saiz data (keperluan ingatan, lebar jalur pemancar) kekal (gambar) video dan data (bunyi) audio. Bahagian ini perlu dimampatkan. Malangnya ini tidak dapat dilakukan tanpa penurunan kualiti (pemampatan hehilangan (lossy compression)), disebabkan saiz besar aliran video tak hilang. Terdapat dua bidang penyelidikan khas yang menangani mampatan multimedia: mampatan video dan mampatan audio.

Pengekodan video mempunyai dua matlamat utama: menyimpan dan memancar data video. Kedua-dua matlamat ini mempunyai banyak persamaan umum. Dengan itu, format fail video biasanya mempunyai struktur yang sama seperti format aliran video dengan sedikit tambahan maklumat kepala.

Aturcara komputer yang mengekod dan menyahkod data video dikenali sebagai codec video. (Bahagian yang hanya mengendali data bunyi dikenali sebagai codec audio.)

Hampir keseluruhan teknik yang dimajukan bagi pengekodan video telah dimasukkan dalam piawian MPEG. Dengan itu, piawaian MPEG mewakili asas pengetahuan lengkap bagi pengekodan video. Kebanyakan piwaian pengekodan video dan format perdagangan merupakan pengubahsuaian MPEG.

Lihat juga sunting