Pengenalan kepada Ilmu Hadis (karya)

Kitab Pengenalan tentang Ilmu Hadis (Ibn al-Ṣalāḥ)
([ مقدمة ابن الصلاح في علوم الحديثMuqaddimah ibn al-Ṣalāḥ fī `Ulūm al-Ḥadīth] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah kitab karangan `Abd al-Raḥmān ibn `Uthmān al-Shahrazūrī, lebih dikenali sebagai Ibn al-Salah. Ia ditulis dalam abad ke-13, dan memerikan kajian dalam disiplin ilmu atau sains hadis, istilahnya, dan asas-asas penilaian riwayat perawi. Hadis ialah satu kenyataan yang dicatat, tindakan atau kebenaran Nabi Muhammad (SAW), yang menjadi sumber hukum-hakam dalam Syariat Islam. Ilmu hadis yang termaktub dalam kitab ini memerikan prinsip-prinsip yang digunakan pakar hadis bagi menilai kesahan setiap periwayatan.

Pengenalan kepada
Ilmu Hadis
Sampel teks lama bahasa Arab.
Umum
PengarangIbn al-Ṣalāḥ
Tajuk asal
Muqaddimah ibn al-Ṣalāḥ
NegaraSyria
BahasaArab
SiriKitab-kitab Agung Tamadun Islam
SubjekUlum hadis, Istilah hadis dan penilian perawi
Penerbitan
PenterjemahDr. Eerik Dickinson
PenerbitGarnet Publishing Limited
Tarikh penerbitan
1236 M/634 H
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
2006
Halaman356
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 1-85964-158-X Invalid ISBN

Pengenalan mengandungi 65 bab, setiap satu membincangkan suatu pemasalahan berkaitan hadis. Tiga puluh tiga bab yang pertama memerikan kesahan sesuatu hadis, atau penerimaannya sebagai asas hukum Fikah. Bab-bab berikutnya bersangkut paut dengan isnād (atau rantaian periwayatan). Kemudian terdapat siri bab berkaitan adab ahli hadis dan cara pentranskripsian. Bab-bab akhir memerikan pelbagai pemasalahan berkaitan perawi hadis termasuk resam penamaan.

Ibn al-Salah memulakan Pengenalan sebagai suatu siri syarahan yang diimlakkan kepada penuntutnya di Damsyik yang berakhir pada tahun 1233 M. Ia menerima perhatian daripada pengarang terkemudian yang menerang, meringkas dan mengolahkannya sebagai puisi. Ia menjadi contoh bagi kitab-kitab terkemudian yang sama genre dengannya. Pengenalan telah diterbitkan beberapa kali dalam bahasa Arab dan juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Tajuk sunting

Pengenalan tidak diberi judul oleh pengarangnya dan oleh sebab itu terdapat terkaan tentang judulnya, dan beberapa judul telah dikemukan. al-Zhahabi merujuk kepadanya sebagai `Ulūm al-Ḥadīth, Ilmu Hadis,[1] seperti juga Ibn Ḥajr[2] dan Muḥammad ibn Ja'far al-Kattani.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ al-Dhahabī, Siyar ʻAlām al-Nubalāʼ, Beirut: Muʼassah al-Risālah, 2001. 23:140–4.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan al-Mu'jam, pg. 400. tidak disediakan
  3. ^ al-Kattānī, Muḥammad ibn Jaʻfar (2007).   Al-Risālah al-Mustaṭrafah (ed. seventh). Dār al-Bashāʼir al-Islamiyyah. m/s. 214–5.