Pengenalan kepada virus

rencana garis kasar Wikimedia

Virus ialah agen berjangkit halus yang membiak di dalam sel perumah hidup. Apabila berjangkit, sel perumah dipaksa menghasilkan dengan pesat beribu-ribu salinan serupa virus yang asal. Tidak seperti kebanyakan benda hidup, virus tiada sel yang membelah; virus baru berhimpun dalam sel perumah yang terjangkit. Namun tidak seperti agen berjangkit yang lebih ringkas seperti prion, virus mengandungi gen, yang membenarkannya bermutasi dan berevolusi. Lebih 4,800 spesies virus telah ditemui.[1]

Asal usul virus tidak jelas: beberapa mungkin telah berevolusi daripada kepingan plasmid DNA yang boleh bergerak di antara sel—manakala yang lain mungkin telah berevolusi daripada bakteria. Suatu virus terdiri daripada dua atau tiga bahagian: gen, diperbuat daripada sama ada DNA atau RNA, molekul panjang yang membawa maklumat genetik; salut protein yang melindungi gen; dan dalam beberapa virus, sampul lemak yang mengelilingi salut protein (yang membuatkannya rentan dengan sabun) dan digunakan, bergabung dengan reseptor khusus, memasuki sel perumah baru. Virus berbeza-beza bentuknya daripada heliks ringkas dan ikosahedron hingga struktur yang lebih kompleks. Virus berbeza-beza saiznya daripada 20 hingga 300 nanometer; ia akan mengambil 33,000 hingga 500,000 virus, saling bertepian, untuk terbentang hingga 1 sentimeter (0.4 in).

Virus merebak dalam banyak cara. Hanya sebanyak sangat khusus dengan spesies perumah atau tisu yang diserang, setiap spesies virus bergantung pada kaedah tertentu untuk pembiakan. Virus tumbuhan kerap tersebar dari tumbuhan ke tumbuhan melalui serangga dan organisma lain, dikenali sebagai vektor. Beberapa virus manusia dan haiwan lain tersebar melalui pendedahan kepada bendalir badan. Virus seperti influenza tersebar melalui udara oleh titisan lembapan apabila orang batuk atau bersin. Virus seperti norovirus ditularkan melalui laluan tinja oral, yang melibatkan pencemaran tangan, makanan dan air. Rotavirus selalu tersebear melalui sentuhan langsung dengan kanak-kanak terjangkit. Virus kurang daya tahan manusia, HIV, ditularkan melalui bendalir badan dipindahkan semasa persetubuhan. Lain-lain, seperti virus denggi, tersebar melalui serangga menghisap darah.

Virus, terutamanya yang ada RNA, boleh bermutasi dengan pesat dan menimbulkan jenis baru menentang perumahnya mempunyai sedikit perlindungan. Virus influenza, contohnya, kerap berubah, sebab itulah vaksin baru diperlukan setiap tahun. Perubahan besar boleh menyebabkan pandemik seperti pada tahun 2009 apabila influenza babi tersebar ke kebanyakan negara. Selalunya mutasi ini berlaku apabila virus telah menjangkiti haiwan lain sepeerti kelawar bagi kes koronavirus, dan khinzir dan burung bagi influenza, sebelum tersebar kepada manusia.

Jangkitan virus boleh menyebabkan penyakit dalam manusia, haiwan dan tumbuhan. Dalam manusia dan haiwan, virus biasanya disingkirkan oleh sistem imun, memberikan keimunan seumur hidup kepada perumah bagi virus itu. Antibiotik mempunyai tiada kesan, tetapi ubat antivirus boleh merawat jangkitan yang meragut nyawa. Vaksin yang menghasilkan keimunan seumur hidup boleh mencegah beberapa jangkitan. Templat:Glosari virus

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

NotaSunting

  1. ^ King AM, Lefkowitz EJ, Mushegian AR, Adams MJ, Dutilh BE, Gorbalenya AE, Harrach B, Harrison RL, Junglen S, Knowles NJ, Kropinski AM, Krupovic M, Kuhn JH, Nibert ML, Rubino L, Sabanadzovic S, Sanfaçon H, Siddell SG, Simmonds P, Varsani A, Zerbini FM, Davison AJ (September 2018). "Changes to taxonomy and the International Code of Virus Classification and Nomenclature ratified by the International Committee Taxonomy of Viruses (2018)". Archives of Virology. 163 (9): 2601–31. doi:10.1007/s00705-018-3847-1. PMID 29754305.

BibliografiSunting

  • Collier, Leslie; Balows, Albert; Sussman Max, eds. (1998). Topley and Wilson's Microbiology and Microbial Infections. Volume 1, Virology (9th ed.). Arnold. ISBN 0-340-66316-2
  • Shors, Teri (2017). Understanding Viruses. Jones and Bartlett Publishers. ISBN 978-1284025927

Pautan luarSunting

Templat:Introductory science articles