Pengepungan Baitulmaqdis (637 M)

Pengepungan Baitulmaqdis merupakan sebahagian daripada persengketaan antara Empayar Byzantine (juga dikenali sebagai Rum) dan Kekhalifahan al-Rasyidin yang berlangsung pada tahun 637 M. Ia bermula apabila tentera al-Rasyidin, di bawah perintah Abu Ubaidah bin al-Jarrah, mengepung Baitulmaqdis,Kota Lama Baitulmaqdis (Jerusalem) pada bulan November 636. Selepas enam bulan, Patriarch (bapa) Sophronius bersetuju untuk menyerah kalah dengan syarat beliau hanya akan menyerah diri kepada khalifah al-Rasyidin. Pada bulan April 637, Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri pergi ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan kalah kota tersebut.

Pengepungan Baitulmaqdis (637 M)
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim
(Perang Arab-Byzantine)
Imej Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis ialah satu daripada tempat suci bagi umat Islam.
TarikhNovember 636 – April 637 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan al-Rasyidin
Perubahan
wilayah
Baitulmaqdis ditawan Kekhalifahan al-Rasyidin
Pihak yang terlibat
Kekhalifahan al-Rasyidin Empayar Byzantine
Komandan dan pemimpin
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Khalid bin al-Walid
Yazid bin Abu Sufyan
Amr bin al-A'as
Syurahbil bin Hasanah
Patriarch Sophronius
Kekuatan
Tidak diketahui

Penaklukan kota Baitulmaqdis oleh Muslim penguasaan Arab terhadap Palestin; penguasaan yang tidak dicabar sehinggalah Perang Badar pada lewat abad ke-11 M. Baitulmaqdis merupakan tanah suci bagi penganut-penganut agama Islam, dan penklukan ini menstabilkan Palestina Prima, satu wilayah Empayar Byzantine di Palestin. Pemberontakan Yahudi menentang maharaja Heraclius yang bermula pada tahaun 613 berakhir dengan penaklukan Baitulmaqdis oleh angkatan tentera Parsi Empayar Sasan bersama-sama tentera Yahudi dan penubuhan daerah autonomi Yahudi. Pemberontakan dan kuasa autonomi selama 15 tahun itu berakhir apabila pihak Parsi meninggalkan Palestina dan berlakunya pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Yunani Byzantine pada tahun 629.

Berikutan penaklukan Baitulmaqdis oleh Muslim, orang Yahudi dibenarkan tinggal semula di kota itu dan mengamalkan agama mereka dengan lebih kebebasan, lapan tahun selepas mereka disembelih oleh orang Byzantine, dan hampir 500 tahun selepas mereka diusir dari Judea oleh Empayar Rom.[1]

Permulaan sunting

Baitulmaqdis merupakan kota penting di wilayah Byzantine yang dikenali sebagai Palestina Prima. Pada tahun 614 M, hanya 23 tahun sebelum penaklukannya oleh tentera Islam, kota ini jatuh ke tangan tentera Empayar Sasan di bawah pemerintahan Shahrbaraz. Orang Parsi menjarah kota itu dan dikatakan telah menyembelih 90,000 orang penduduk Kristiannya. Gereja Makam Jesus Christ (Church of the Holy Sepulchre) musnah dan True Cross (Salib Sebenar) dirampas dan dibawa ke Ctesiphon sebagai relik rampasan perang. Salib kemudiannya dipulangkan ke Baitulmaqdis oleh Maharaja Heraclius selepas kemenangan muktamadnya terhadap orang Parsi pada tahun 628. Dipercayai bahawa orang Yahudi, yang ditindas oleh Byzantine, membantu orang Parsi.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632, kepimpinan orang Islan turun kepada Sayidina Abu Bakar al-Siddiq. Khalifah Abu Bakar memulakan penaklukan wilayah pada arah timur Semenanjung Arab, mula-mula dengan serangan terhadap Iraq, yang pada itu merupakan wilayah Empayar Sasan Parsi. Sementara di barisan barat pula, tentera al-Rasyidin menyerang Empayar Byzantine.[2]

Khalifah Abu Bakar meninggal pada tahun 634 dan baginda digantikan oleh Khalifah Umar yang meneruskan penaklukan. Pada bulan Mei 636, Maharaja Heraclius melancarkan ekspedisi besar bagi menawan semula wilayah yang telah hilang akan tetapi tenteranya mengalami kekalahan muktamad dalam Pertempuran Yarmuk pada bulan Ogos tahun yang sama. Pada awal bulan Oktober 636, Abu Ubaidah, panglima tertinggi tentera al-Rasyidin di Syria (Syam), mengadakan perbincangan tentang perancangan masa depan. Pendapat tentang objektif-objektif kempen berbeza—antara Caesarea, sebuah kota pesisiran, dengan Baitulmaqdis. . Abu Ubaidah nampak yang kedua-dua kota ini, yang bertahan dan menentang penaklukan Muslim, penting. Beliau tidak dapat membuat keputusan dan menulis surat kepada Khalifah Umar untuk mendapatkan arahan lanjut. Dalam jawapannya baginda memerintahkan agar tentera al-Rasyidin menawan Baitulmaqdis. Bersesuaian dengan perintah Khalifah Umar, Abu Ubaidah bergerak menuju ke Baitulmaqdis dari Jabiya, dengan didahului Khalid bin al-Walid bersama-sama pasukan mudah geraknya. Tentera Muslim tiba di Baitulmaqdis pada awal November 636, dan pasukan pertahanan Byzantine pun berundur ke dalam kota yang diperkukuh.[3]

Pengepungan sunting

Walaupun perincian pengepungan tidak dicatatkan, kelihatan bahawa ia tidak melibatkan tumpahan darah. Garison Byzantine tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan Heraclius yang baharu dikalahkan tentera Islam. Selepas pengepungan selama empat bulan, Sophronius menawar untuk menyerahkan kota dan membayar jizyah, dengan syarat khalifah datang ke Baitulmaqdis untuk menandatangan perjanjian dan menerima penyerahan diri orang Byzantine. Dikatakan bahawa apabila syarat-syarat Sophronius diketahui orang Islam, seorang daripada panglima Muslim, Syurahbil bin Hassana, mencadangkan supaya daripada menunggu khalifah datang dari Madinah, Khalid bin al-Walid seharusnya dihantar sebagai khalifah memandangkan rupa beliau mirip rupa Khalifah Umar. Helah ini gagal; berkemungkinan Khalid terlalu masyhur di Syria ataupun ada penduduk Kristian Arab yang pernah pergi ke Madinah dan pernah melihat kedua-dua Khalid dan Khalifah Umar, dan masih ingat akan perbezaan antara mereka. Berikutan peristiwa ini, Patriarch Baitulmaqdis enggan berunding dan apabila Khalid pulang dan melaporkan kegagalan misinya, Abu Ubaidah mengutus surat kepada Khalifah Umar tentang keadaan di Baitulmaqdis dan mempelawa baginda datang ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan kalah kota.

Penyerahan kalah sunting

 
Bangunan Gereja Makam Jesus Christ, di mana Sophronius menjemput Khalifah Umar al-Khattab untuk menunaikan Solat.

Khalifah Umar tiba di Palestin pada awal April 637 dan beliau mula-mula pergi ke Jabiya, di mana Abu Ubaidah, Khalid dan Yazid, menunggu ketibaan beliau. Amr tinggal di Baitulmaqdis sebagai panglima tentera al-Rasyidin.[4]

Sebuah perjanjian, disebut Perjanjian Umar, dimeterai sebaik sahaja Khalifah Umar tiba di Baitulmaqdis. Perjanjian ini menyerahkan kota Baitulmaqdis kepada khalifah dan menjamin hak-hak awam serta kebebasan orang Kristian untuk mengamal agama mereka sebagai balasan pembayaran jizyah. Ia ditandatnagni Khalifah Umar bagi pihak Muslim, dan disaksikan oleh Khalid, Amr, Abdul Rahman bin Auf, dan Muawiyah bin Abu Sufyan. Pada lewat April 637, Baitulmaqdis diserahkan kepada Khalifah Umar secara rasmi,[5] dan buat pertama kalinya selepas hampir 500 tahun pemerintahan keras Romawi, orang Yahudi dibenarkan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka di dalam kota Baitulmaqdis.[1]

Tercatat dalam riwayat-riwayat orang Islam bahawa pada waktu Zohor, Sophronius mempelawa Khalifah Umar untuk menunaikan solat di dalam bangunan Gereja Makan Jesus Christ yang telah dibina semula. Namun Khalifah Umar menolak pelawaan tersebut kerana khuatir pelawaan tersebut akan menggugat kedudukan Gereja sebagai tempat ibadat Kristian, dan orang Islam mungkin akan melanggar perjanjian mereka dan menjadikan gereja sebagai sebuah masjid.[6] Khalifah Umar pulang ke Madinah selepas tinggal di Baitulmaqdis selama 10 hari.[7]

Kesan sunting

 
Kubah Al-Sakhrah, yang dibina khalifah Umayyah, Khalifah Abdul Malik pada tahun 691 M.

Yazid bergerak ke Caesarea untuk melaksanakan perintah Khalifah dan sekali lagi mengepung kota pelabuhan itu. Amr dan Syurahbil pula bergerak untuk menakluki Palestin sepenuhnya dan berjaya melakukan penaklukan tersebut pada penghujung tahun. Walau bagaimanapun, Caesarea tidak dapat ditawan sehinggalah garisonnya menyerah diri kepada Muawiyah I, pada masa itu gabenur Syria, pada tahun 640. Abu Ubaidah dan Khalid pula bergerak dari Baitulmaqdis dengan kekuatan tentera seramai 17,000 orang untuk menawan wilayah utara Syria. Ekspedisi ini berakhir dengan penaklukan Antioch pada lewat tahun 637.[8] Orang Islam menawan Mesir pada tahun 639.

Semasa Khalifah Umar berada di Baitulmaqdis, beliau telah dibawa Sophronius untuk melawat beberapa tempat suci, termasuk Masjid al-Aqsa; dan melihat kedaifan bekas tempat letaknya Kuil Suci (al-Quds), Khalifah Umar memerintahkan agar kawasan tersebut dibersihkan sebelum mendirikan masjid kayu. Periwatan terawal tentang binaan tersebut dibuat oleh Arculf, seorang uskup Gaul, yang melawat Baitulmaqdis antara tahun 679 dan 682. Riwayat ini memerikan sebuah rumah solat primitif, diperbuat daripada rasuk, alang dan dinding kayu di atas runtuhan bangunan, dan yang hanya dapat menampung seramai 3,000 jemaah.[9]

Lebih setengah abad kemudian, yakni pada tahun 691, khalifah Umayyah, Abdul Malik bin Marwan, memerintahkan pembinaan Kubah Al-Sakhrah di atas bonjolan batuan pada perkarangan Masjid al-Aqsa. Al-Muqaddasi, seorang sejarawan abad ke-10, menulis bahawa bangunan itu dibina bagi menandingi gereja-gereja Kristian yang dibina tersergam di kota Baitulmaqdis. Apapun niatnya, keindahan yang mengagumkan serta skalanya membantu mengukuhkan hubungan Baitulmaqdis dengan Islam awal.[10]

Kepentingan Baitulmaqdis menurun dalam tempoh 400 tahun seterusnya ekoran perebutan kuasa antara kuasa-kuasa Islam di wilayah itu. Baitulmaqdis kekal dalam penguasaan Muslim sehinggalah kota itu ditawan tentera Salibi sewaktu Perang Badar.

Lihat Juga sunting

Nota sunting

^ a: Dikatakan pihak al-Rasyidin kehilangan seramai 4,000 orang dalam Pertempuran Yarmuk yang berlaku hanya dua bulan sebelum pengepungan Baitulmaqdis.

^ b: Para sejarawan Muslim berselisih pendapat tentang tahun pengepungan dilakukan; sementara al-Tabari berkata ia berlaku pada tahun 636, al-Baladhuri pula menyatakan penyerahan kalah berlaku pada tahun 638 (Futuh II.XI or atau ms. 139; p. 214 dalam terjemahan Hitti). Agha I. Akram mempercayai bahawa berkemungkinan besar penyerahan kalah berlaku pada tahun 636–637.

Rujukan sunting

Khalifah Islam

Petikan sunting

Sumber sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ a b Penaklukan oleh Muslim.
  2. ^ Khalifah islam.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Akram431 tidak disediakan
  4. ^ .
  5. ^ Gil 1997, halaman 54
  6. ^ Gibbon 1862, Volume 6, p. 321.
  7. ^ al-Waqidi. Futuh al-Sham, Volume 1, p. 169.
  8. ^ Akram 2004, halaman 438.
  9. ^ Elad 1999, halaman 33.
  10. ^ .