Pengepungan Lisbon

Pengepungan Lisbon, terjadi pada 1 Julai sehingga 25 Oktober, 1147, adalah satu tindakan ketenteraan yang berlaku di kota Lisbon yang mana akhirnya berjaya ditakluk oleh Portugis dan pengusiran penguasa Moor dari tanah ini. Pengepungan Lisbon merupakan salah satu kemenangan pihak Kristian dalam Perang Salib Kedua—di mana ia juga "merupakan satu-satunya operasi universal yang diketuai oleh tentera Salibi," dalam Perang Salib Kedua, berdasarkan sejarawan hampir sezamannya iaitu Helmold,[1] meskipun yang lain mempersoalkan sama ada ianya benar-benar sebahagian daripada perang salib.[2] Ia dilihat sebagai pertempuran penting dalam kempen yang lebih besar dalam Reconquista.

Siege of Lisbon
Sebahagian daripada Reconquista Portugal
dan Perang Salib Kedua

Lukisan Penaklukan Lisbon oleh Alfredo Roque Gameiro (1917)
Tarikh1 Julai – 25 Oktober, 1147
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Portugal-Salibi
Pihak yang terlibat
Portugal
Salibi
Taifa Badajoz
Komandan dan pemimpin
Afonso I dari Portugal
Hervey de Glanvill
Arnold III dari Aerschot
Christian dari Ghistelles
Simon dari Dover
Andrew dari London
Saher dari Archelle
Tidak diketahui
Kekuatan

20,000

  • 7,000 Portugal
  • 6,000 England
  • 5,000 Jerman
  • 2,000 Flander
~15,000

Kejatuhan Edessa pada tahun 1144 mencetus kepada perang salib baru yang diseru oleh Paus Eugene III pada tahun 1145 dan 1146. Pada musim bunga tahun 1147, Paus meluluskan perang salib di Semenanjung Iberia. Beliau juga membenarkan Alfonso VII dari León dan Castile untuk mengaitkan kempen beliau menentang orang-orang Moor dengan Perang Salib Kedua. Pada Mei 1147, satu kontigen tentera Salib bertolak dari Dartmouth di England. Mereka ingin berlayar terus ke Tanah Suci, tetapi cuaca memaksa kapal-kapal untuk berhenti di pantai Portugal, utara kota Porto pada 16 Jun, 1147. Di mana mereka dipengaruhi untuk berjumpa dengan Raja Afonso I dari Portugal.

Tentera Salib bersetuju untuk membantu Raja menyerang Lisbon, dengan persetujuan bahawa para salibi akan ditawarkan untuk menjarah barangan kota dan wang tebusan daripada tawanan. Pengepungan bermula pada 1 Julai. Selepas empat bulan, para pemerintah Moor bersetuju untuk menyerah diri pada 24 Oktober, di sebabkan kelaparan di dalam kota yang dikepung. Kebanyakan tentera salib menetap di dalam kota yang baru ditawan, dan beberapa daripada mereka meneruskan pelayaran ke Tanah Suci. Lisbon akhirnya menjadi ibu kota baru bagi Kerajaan Beraja Portugal pada tahun 1255.

Rujukan sunting

  1. ^ C. W. David, "The Authorship of the De Expugnatione Lyxbonensi", Speculum, 7:1 (1932), 50, citing Helmold's Chronica Slavorum in MGH, Scriptores, 11, 58: Hoc solum prospere cessit de universo opere, quod peregrinus patravit exercitus.
  2. ^ West, 2013

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.