Goreng

(Dilencongkan dari Penggorengan)

Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, mentega, garam atau pasir.[1] Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang SEDIKIT dikatakan digoreng secara tohor. Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak. Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

Menggoreng latkes.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ editor, Prosper Montagné ; American; Escoffier, Charlotte Turgeon ; pref. by Robert J. Courtine ; original preface by Auguste; Hunter, Philéas Gilbert ; text translated from the French by Marion (1977). The New Larousse Gastronomique : The Encyclopedia of Food, Wine & Cookery. New York: Crown Publishers. m/s. 299, 307. ISBN 0-517-53137-2.CS1 maint: extra text: authors list (link)