Pengguguran janin di Malaysia

Pengguguran di Malaysia kebanyakannya tidak sah kecuali apabila seorang doktor menganggap bahawa meneruskan kehamilan dapat mendatangkan bahaya bagi kehidupan si ibu, kesihatan fizikal, dan kesejahteraan mental. Pengguguran di Malaysia diatur di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312-316.[1] Akses kepada pengguguran janin telah terhalang oleh stigma agama, budaya, dan sosial terhadap pengguguran, kesedaran yang buruk mengenai perundangan pengguguran di kalangan profesyen kesihatan, dan tingginya kos perkhidmatan pengguguran di sektor kesihatan swasta.[2][3][4]

Perundangan dan peraturan sunting

Semasa era penjajahan British, pengguguran janin di Tanah Melayu (Malaysia) diatur oleh Kanun Keseksaan India 1871 Kerajaan British, yang telah melarang pengguguran janin dengan semua alasan. Undang-undang sejarah lain termasuk Undang-Undang Iklan dan Penjualan Ubat 1956, yang melarang penerbitan iklan pengguguran.[5]

Pengguguran di Malaysia kini diatur di bawah Kanun Keseksaan, Seksyen 312-316:

  • Seksyen 312 menyatakan bahawa mereka yang sengaja menyebabkan seorang wanita itu hamil kemudian gugur hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai tiga tahun ataupun denda atau kedua-duanya sekali; dan jika wanita itu mengandung anak yang telah bersifat hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun dan dibolehkan dikenakan denda.
  • Seksyen 313 menyatakan bahawa mereka yang menyebabkan pengguguran tanpa kerelaan seorang wanita (sama ada mengandung anak yang bersifat atau tidak) boleh dipenjara selama 20 tahun atau didenda.
  • Seksyen 314 menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan pengguguran tanpa sengaja yang menyebabkan kematian wanita itu boleh dipenjara selama sepuluh tahun atau didenda.
  • Seksyen 315 menyatakan bahawa barang siapa yang mencegah anaknya dilahirkan hidup-hidup atau menyebabkannya mati setelah dilahirkan boleh dipenjara selama sepuluh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali kecuali untuk tujuan menyelamatkan nyawa si ibu.
  • Seksyen 316 menyatakan bahawa mereka yang melakukan apa-apa dalam perbuatan sedemikian bahawa jika ia dengan jalan demikian itu menyebabkan kematian ia adalah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah dan perbuatan itu menyebabkan kematian seorang anak yang telah bersifat dan belum lahir boleh dipenjarakan selama tempoh 10 tahun dan dibolehkan denda.

Pada tahun 1971, Parlimen Malaysia telah mengubah Kanun Keseksaan Seksyen 312 untuk membenarkan pengguguran untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita. Pada tahun 1989, Seksyen 312 telah diubah lagi untuk membenarkan pengguguran untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal seorang wanita.[1][5][6]

Nota sunting

  1. ^ a b "Kanun Keseksaan Akta 574" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-18. Dicapai pada 2021-03-16.
  2. ^ Archer 2018, m/s. 3–4.
  3. ^ Low et al 2015, m/s. 34–35.
  4. ^ Abdullah 2009, m/s. 8–9.
  5. ^ a b Archer 2018, m/s. 2.
  6. ^ Low et al 2015, m/s. 34.

Rujukan sunting