Saya merupakan seorang penulis, penterjemah dan web designer. Pada masa ini saya bertugas di PTS Media Group sebagai Eksekutif Ebook yang menguruskan anak syarikat baru PTS yang fokus kepada ebook sahaja.

Tujuan sunting

Selepas bertemu Tuan Izham Alias atau nama di Wikipedianya IzhamWong, saya berasa amat berminat untuk menyumbang di Wikipedia berdasarkan dunia buku yang saya tahu.

Di PTS sahaja kita sudah ada hampir 2000 judul buku, belum masuk syarikat-syarikat lain lagi. DBP saya anggarkan mungkin lebih belasan ribu judul buku lama mereka.

Saya juga berminat menambah maklumat penulis di Malaysia. Sehingga sekarang kita belum ada direktori penulis Malaysia yang lengkap.