Busy desk.svg Pengguna ini sedang sibuk dalam kehidupan sebenar dan berkemungkinan tidak membalas sebarang perhubungan dengan pantas.


User admin.svg

一Pada awalnya saya telah melakukan sumbangan secara tidak langsung dalam Wikipedia Bahasa Melayu melalui pelbagai akaun kerana saya tidak begitu serius dan tidak mengetahui selok-belok Wikipedia pada waktu tersebut. Namun pada suatu hari, saya cuba mempromosikan diri sendiri (menggunakan akaun lain) dan bermula di situlah saya belajar cara-cara penulisan dalam Wikipedia sehinggalah menjumpai pelbagai perkara yang tersembunyi di sebalik Wikipedia yang tidak diketahui oleh orang awam. Seterusnya saya mula mengetahui bahawa tindakan saya untuk mempromosikan diri adalah suatu perbuatan yang salah sama sekali. Sejak waktu tersebut, saya mula tertarik untuk menyumbang kepada Wikipedia.

Walaupun sudah 1020 hari saya menyertai Wikipedia Bahasa Melayu, saya mendapati masih terlalu banyak kekurangan dari segi kewujudan rencana-rencana di sini. Melalui penglibatan saya dalam Wikipedia, ia telah memberi kesan kepada kehidupan realiti saya iaitu saya menjadi agak sensitif dalam kesalahan penggunaan Bahasa Melayu oleh penutur-penutur bahasa ini dan yang utamanya ia turut menjadi platform pembelajaran secara interaktif serta menambahkan pengetahuan kepada saya sendiri. Jadi kenapa tidak anda turut sama menyumbang sedangkan Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia bebas untuk semua orang?


TH1RTEEN R3ASONS WHY

13 Reason Why cast at MTV Awards.jpg

13 Reasons Why adalah sebuah siri televisyen web drama remaja misteri Amerika Syarikat yang berdasarkan pada novel 2007, Thirteen Reasons Why oleh Jay Asher dan diadaptasikan oleh Brian Yorkey untuk Netflix. Siri ini berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah tinggi, Clay Jensen dan rakannya Hannah Baker, yang telah membunuh diri selepas melalui siri keadaan yang tidak menyenangkan oleh beberapa individu di sekolahnya. Satu kotak yang dipenuhi dengan pita kaset yang dirakamkan oleh Hannah sebelum membunuh diri menceritakan 13 sebab mengapa dia menamatkan hayatnya.

Al-Zahrawi

Albucasis blistering a patient in the hospital at Cordova. Wellcome L0015000.jpg

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi), seorang doktor pakar perubatan dan saintis Andalusia-Arab yang berkhidmat di pinggiran Zahra di Córdoba, sangat berpengaruh. Al-Zahrawi mempelopori teknik bedah saraf dan diagnosis neurologi, merawat kecederaan kepala, keretakan tengkorak, kecederaan spina, hidrosefalus, efusi subdural dan sakit kepala. Gambaran klinikal pertama mengenai prosedur pembedahan hidrosefalus diberikan oleh Al-Zahrawi, yang secara jelas menerangkan mengenai pengosongan bendalirintrakranial dangkal pada kanak-kanak hidrosefalik. Al-Zahrawi mencipta beberapa alat pembedahan untuk tujuan seperti pemeriksaan bahagian dalam uretra dan untuk mengeluarkan badan asing dari kerongkong, telinga, dan organ badan yang lain.

Bakteria

SalmonellaNIAID.jpg

Bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkan eubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Bakteria pertama dicerapkan oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1674 melalui penggunaan mikroskop kanta tunggal yang direka bentuk sendiri. Nama bakteria diperkenalkan lebih lewat oleh Ehrenberg pada tahun 1828 daripada perkataan Greek βακτηριον yang bermaksud "kayu kecil". Disebabkan kesusahan untuk memerihalkan bakteria secara berasingan, serta kepentingan penemuan bakteria untuk bidang-bidang seperti perubatan, biokimia, dan geokimia, sejarah bakteria telah diperihalkan secara amnya sebagai sejarah mikrobiologi.

14 Februari 2019

Sekurang-kurangnya 46 anggota keselamatan terbunuh dalam serangan pengeboman bunuh diri dekat Pulwama di Kashmir, India.


10 Mac 2019

17 Mac 2019

Di Iran, banjir yang meluas sejak akhir Mac mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 orang maut (banjir di Wilayah Golestan).


06 Mei 2019

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam pertikaian di sempadan Gaza–Israel bermula dengan kecederaan dua orang tentera Israel yang disebabkan tembakan oleh penembak tepat daripada arah Genting Gaza.

Canterbury Mosque 12 June 2006 (adjusted levels).jpg

Masjid Christchurch yanng menjadi saksi penembakan beramai-ramai oleh pengganas orang putih Arbcom ru editing.svg

Tahukah anda?
Tahukah anda bahawa James Blunt menulis "Monsters (lagu)" untuk menyatakan perasaannya terhadap ayahnya dan penyakit ayahnya?
Tahukah anda?
Tahukah anda bahawa saintis nuklear Clarice Phelps telah diakui sebagai wanita Afrika-Amerika pertama yang terlibat dengan penemuan unsur kimia?
Tahukah anda?
Tahukah anda bahawa sebagai pelajar undang-undang, Burkhard Driest telah merompak bank simpanan sejurus sebelum peperiksaan, dan kemudian menulis buku dan skrip filem mengenai pengalamannya?
Tahukah anda?
Filem manakah yang diarahkan oleh Yeon Song-Ho, adalah filem yang mempunyai kesinambungan plot dengan persembahan "Train to Busan"? Penggambaran filem ini bermula sejak 24 Jun 2019.



100 rencana baru
150 suntingan dari pengguna tanpa log masuk
Senarai singkatan:
D
Sunting Wikidata
B
Suntingan ini mencipta laman baru (lihat juga senarai laman baru)
k
Ini ialah suntingan kecil
b
Suntingan ini dilakukan oleh bot
(±123)
Saiz laman telah berubah sebanyak jumlah bait ini
Temporarily watched page

9 Mac 2021

Perubahan terkini oleh pengguna
Senarai singkatan:
D
Sunting Wikidata
B
Suntingan ini mencipta laman baru (lihat juga senarai laman baru)
k
Ini ialah suntingan kecil
b
Suntingan ini dilakukan oleh bot
(±123)
Saiz laman telah berubah sebanyak jumlah bait ini
Temporarily watched page

9 Mac 2021


Sesiapa pun boleh menulis untuk Wikipedia!
Taipkan satu tajuk:
dan klik "Ciptakan rencana baru"


Dainsyng.gif