MUHAMMAD SAIFUL IZWAN BIN MOHD PUZI
Berbalut di kepala
Kelahiran1988
PekerjaanEksekutif Jualan
Tahun aktif2007
PasanganWHK
Ibu bapaMohd Puzi Bin Haji Hassan, Hajah Mazidah Binti Haji Ahmad
Laman web rasmi[1][2][3]

Pengenalan Diri sunting

Epool1988 atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Izwan Bin Mohd Puzi merupakan anak sulung dari empat beradik dalam keluarga. Dilahirkan pada 22 Oktober 1988 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, mendapat nama tersebut daripada arwah nenda beliau.

Bapa beliau, En. Mohd Puzi Bin Haji Hassan merupakan kakitangan badan beruniform dan berkhidmat dibawah Polis Diraja Malaysia selama lebih 25 tahun. Ibu beliau pula merupakan surirumah sepenuh masa dan bertanggungjawab menguruskan keperluan harian rumah. Adik kedua beliau merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah institut pendidikan kerajaan. Adik ketiga beliau pula merupakan penuntut diploma di Politeknik Port Dickson manakala adik bongsu pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [ SPM ] 2014.

Pendidikan sunting

Pendidikan awal beliau bermula pada tahun 1993 apabila dimasukkan ke Sekolah Tadika AL-ISLAH Pekan Meru, Klang, Selangor. Beliau menuntut selama dua tahun bagi pendidikan awal 5 dan 6 tahun.

Kemudian pada tahun 1995 beliau mendaftar di sekolah rendah dua sesi kebangsaan dan agama. Selama enam tahun, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Binjai dan juga Sekolah Rendah Agama Pekan Meru. Di sini, beliau telah cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA).

Seterusnya, pada 2001, beliau telah ditawar untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Klang yang terletak di Kg. Jawa, Klang, Selangor. Pada tahun 2003, beliau telah lulus dalam Penilaian Menengah Rendah [ PMR ] dan bertekad meneruskan pengajian di sekolah sama untuk tempoh dua tahun lagi. Pada tahun 2004, beliau sekali lagi lulus dalam Sijil Menengah Agama [ SMA ] dan kemudiannya Sijil Pelajaran Malaysia [ SPM ] pada 2005.

Kerjaya sunting

Setelah tamat pengajian pada tahun 2005, beliau tidak terus melanjutkan pelajaran sebaliknya menjalankan perniagaan burger di Pekan Meru bersama arwah abang sepupu beliau. Beliau telah berkhidmat dan bersama-sama mengembangkan perniagaan tersebut dengan nama 'Abean Burger' selama hampir setahun.

Pada tahun 2007, beliau telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta 'Carimin OG Resources'. Di sini, beliau telah dilatih sambil bekerja bagaimana untuk mengendalikan perniagaan secara komersial. Pada akhir 2007, atas dasar kepercayaan pengurus syarikat tersebut telah menubuhkan sebuah lagi syarikat rangkaian 'Kurnia Bekal Enterprise' dimana syarikat tersebut dibawah pengendalian beliau sendiri.

Namun impak daripada Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013, perniagaan yang dijalankan hampir lumpuh kerana pengurus syarikat tersebut telah melabur untuk perniagaan petroleum di Tawau, Sabah dan majoriti urusan perniagaan melibatkan kawasan perairan Sabah yang ditutup oleh pihak berkuasa. Beliau terpaksa menyerah diri dan berhenti sepenuhnya dari aktiviti perniagaan tersebut.

Demikian, beliau telah mendapat tawaran berkhidmat dengan sebuah syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia dan berkhidmat disana bermula pertengahan 2013.

Pengajian Tinggi sunting

Pada pertengahan tahun 2006, beliau pernah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Kebangsaan ( ASK ) atau kini dikenali sebagai ASWARA tetapi tidak berjaya. Selepas itu, beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus animasi di Universiti Kuala Lumpur di bawah pembiayaan MARA tetapi beliau menolak atas sebab tertentu. Selain itu, beliau juga pernah menghadiri temuduga untuk kursus Pengajian Komunikasi dan Media (MASSCOM) di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor tetapi tidak berjaya. Beliau juga pernah menolak tawaran ke Universiti Industri Selangor bagi pengajian Diploma Pengurusan disebabkan pilihan yang tidak tepat ketika itu.

Pada tahun 2008, beliau telah mendaftar untuk pengajian secara luar kampus di Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) untuk kursus Pengajian Perniagaan.