Faezil
— Ahli Wikipedia  —
Faezil Aidil Jamian.png
NamaFaezil Aidil Jamian
BahasaBahasa Melayu
Tempat lahirBatu Pahat, Johor
BangsaMelayu
Keluarga dan rakan
Status perkahwinanBerkahwin
Pendidikan dan pekerjaan
PekerjaanEksekutif Kanan IT
MajikanPIJ Holdings Sdn Bhd
PendidikanIjazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat (Pengajian Multimedia)
UniversitiUniversiti Kebangsaan Malaysia
Sekolah menengahSekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara (1993 - 1995) Sekolah Menengah Sains Johor (1996 - 1997)
Hobi, kegemaran, dan fahaman
AgamaIslam

Faezil Aidil Jamian dilahirkan pada 28 Ogos 1980 merupakan seorang Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat PIJ Holdings Sdn Bhd. Sebelum itu pernah menjadi web developer di sebuah syarikat swasta dan pernah menjadi jurulatih IT mengendalikan kursus Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat untuk guru-guru di Mersing.

Latar BelakangSunting

Merupakan anak sulung kepada Haji Jamian Giman dan Hajah Saerah Yasar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA dan Sekolah Kebangsaan Bandar UDA (2), Johor Bahru dan kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara dan Sekolah Menengah Sains Johor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 2004. Memulakan kerjaya sebagai Jurulatih IT di syarikat Prestariang Technology Sdn. Bhd. dan kemudian dengan BossHouse Group sebagai pengaturcara web.

Telah bertunang dengan Khairun Najwa pada 15 Disember 2018 dan bernikah pada 22 Mac 2019.

Bidang KomputerSunting

1989 - 1995 : Mengenali KomputerSunting

Mula mengenali komputer seawal usia 9 tahun apabila pihak sekolah mengadakan kelas komputer untuk para pelajar. Minat terhadap komputer mula bertambah apabila ayahnya membelikan komputer di rumah pada tahun 1990. Ketika menggunakan komputer, secara tidak sengaja terjumpa perisian QBASIC yang menjadi titik permulaan beliau kepada dunia pengaturcaraan.

Tertarik dengan QBASIC kerana boleh mencipta program sendiri, Faezil terus meneroka ilmu pengaturcaraan dan membina aturcara asas seperti permainan meneka nombor. Beliau pernah membina aturcara permainan berkonsepkan seperti Anugerah Juara lagu, permainan meneka ayat berkonsepkan seperti More Jutaria atau pada masa kini dikenali sebagai Who Want to be a Millionaire atau Wheel Of Fortune.

Mempelajari komputer secara rasmi dengan menghadiri kelas komputer anjuran pihak sekolah, beliau mula didedahkan dengan pelbagai perisian seperti Wordstar, Lotus 123, dBase, Microsoft Excel dll. Pembelajaran komputer ini terhenti apabila beliau berhijrah ke sekolah berasrama penuh.

2000 - 2004 : Pendidikan Formal Teknologi MaklumatSunting

Melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengajian Multimedia) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sini beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu formal dan dididik bukan sahaja sebagai pengguna IT, bahkan untuk menjadi IT Profesional.

2004 - 2007 : Jurulatih ITSunting

Selepas tamat belajar, memulakan kerjaya sebagai Jurulatih IT di syarikat Prestariang Technology Sdn. Bhd. Syarikat ini mendapat kontrak selama 3 tahun daripada kerajaan Malaysia untuk melatih guru-guru di seluruh Malaysia menggunakan Teknologu Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Faezil Aidil ditugaskan untuk mengendalikan kursus tersebut di pusat latihan di Mersing, Johor. Setiap satu sesi kursus selama 2 minggu dihadiri oleh 25 peserta.

Pada waktu ini juga, buat pertama kali Faezil melanggan domain dan hosting berbayar. Domain pertama yang dibelinya adalah faezilaidil.com. Beliau mula menjinakkan diri dengan penggunaan CMS seperti PHP-Nuke, phpBB, Joomla, WordPress dll

2007 - 2015 : Pengaturcara WebSunting

Selepas tamat kontrak, berkhidmat sebagai pengaturcara web di BossHouse Group Sdn. Bhd. Pada awalnya, beliau ditugaskan untuk membangunkan website para pelanggan di bawah anak syarikat Timenet Telecommunication dan kemudiannya beliau ditugaskan untuk membangunkan dan menyelia beberapa laman web milih BossHouse Group.

Pada tahun 2008, lahirlah faezil.net menggantikan faezilaidil.com

Pada tahun 2009, Faezil mula mengenali dan mempelajari CakePHP.

Pada tahun 2014, majikannya membuka syarikat baru, Wall Media Berhad dan melantik Faezil menjadi salah seorang pengarah. Namun begitu, selepas setahun, Faezil keluar daripada Wall Media Berhad dan kembali ke Johor Bahru.

2015 - kini : Eksekutif Kanan Teknologi MaklumatSunting

Berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat di PIJ Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat induk milik penuh Perbadanan Islam Johor. Di sini Faezil dipertanggungjawab untuk menyelenggara, menjaga, memantau infrastruktur dan pengurusan syarikat dalam bahagian Teknologi Maklumat dan seterusnya memajukan lagi penggunaan Teknologi Maklumat dalam syarikat.

Mula melangkah setapak menggunakan VPS atau Virtual Private Server dan Dedicated Server. Sanggup mengeluarkan sejumlah kos hanya untuk mempelajari bagaimana untuk mengurus dan menyelenggara Dedicated Server.

Pada masa inilah lahirnya faezil.com.my. Sebenarnya ini bukanlah domain ,my yang pertama dibelinya. Sebelum ini pernah membeli fte.com.my. Fte bermaksud Faezil Technology Enterprise, nama perniagaan yang pernah didaftarkan.

Perniagaan InternetSunting

Memulakan perniagaan Internet pertama dengan menjual koleksi template dan grafik di Internet. Koleksi ini dibeli daripada seorang pakar grafik dan Faezil memperolehi lesen Resell Right (Lesen Menjual Semula) untuk membolehkan beliau menjualkannya secara komersil

Setelah melihat kejayaan penjualan berasaskan RR ini, Faezil meneroka produk lain yang berasaskan RR. Antara produk RR lain yang pernah dijual adalah Sistem Affiliate Lite.

Aktif di Forum Usahawan Wangcyber.com sehinggalah pernah dilantik menjadi moderator forum berkenaan.

Faezil juga pernah bekerjasama dengan seorang rakan DJ radio Internet dengan membina sendiri radio Internet.

Walaupun perniagaan ebook pernah boom dan menjadi satu fenomena, Faezil tidak terlibat dalam perniagaan ebook kerana kurang berminat untuk menulis. Hanya sekadar menjadi ejen affiliate dan mempromosikan ebook rakan usahwan yang lain.

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan IT, Faezil juga mengorak langkah meneroka perniagaan web hosting dengan menjadi reseller.

Selain itu, Faezil juga pernah menjual produk di eBay menggunakan konsep Dropship. Tetapi tidak lama kerana masalah syarikat dropship tersebut. Melihat potensi konsep dropship ini, Faezil beralih kepada dunia percetakan. Pernah membuka perniagaan Ilham Cinta dengan kerjasama rakannya.

Bidang perniagaan ditinggalkan apabila Faezil berhijrah ke PIJ Holdings. Namun, ada perancangan masa depan untuk kembali semula.

  Pengguna ini berasal dari negeri Johor.
  Pengguna ini berkemampuan untuk mengaturcara Bahasa PHP.
السنة Pengguna ini beragama Islam dan berfahaman Sunnah.
 
Pengguna ini berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Pengguna ini beridentiti Melayu.
  Pengguna ini seorang lelaki.
  Pengguna ini bukan seorang perokok.