Pengguna:HPTPagoh/Kotak pasir

Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi
هاب ڤنديديقن تيڠڬي ڤاڬوه
Coat of arms of Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk
  • Tahun 2011
  • Secara PFI (Project Fund Initiative)
JenisKerajaan
StatusMula beroperasi pada tahun 2017
Ibu pejabatPutrajaya
Kakitangan41
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • 1. Tuan Haji Khairil Anuar bin Karim, Pengarah SPKHPTP (2020-sehingga kini)
  • 2. Hajah Noraida binti Attan, Pengarah SPKHPTP (2011-2019)
Laman sesawang
www.hptp.edu.my
Peta
Pagoh, Muar, Johor

PENDAHULUAN sunting

Kemudahan Gunasama (Shared Fasilities) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) adalah di bawah pengurusan Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi. Ia disediakan bagi kegunaan warga Universiti Awam/ Politeknik dan komuniti setempat.

SEJARAH PENUBUHAN sunting

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang merupakan sebahagian dari Bandar Universiti Pagoh dan satu-satunya kawasan hab pendidikan awam yang terbesar di Malaysia bermula daripada cetusan idea Y.A.B. Tan Sri Dato’ Dr. Muhyiddin Muhammad Yassin semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Beliau berhasrat membangunkan Bandar Universiti Pagoh dan sebuah hab pendidikan bersepadu yang pertama dan berskala besar, dengan bermodelkan Qatar Education City and the Science and Technology Park (Qatar Education City)[7] dan menjangkakan pengoperasian HPTP pada pertengahan tahun 2016[8] [9] [10].

Pembangunan HPTP bermula pada 24 Jun 2011 setelah mendapat persetujuan prinsip daripada Majlis Jemaah Menteri untuk dilaksanakan secara PFI-BLMT (Private Fund Initiative) oleh Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. (SDPS).. Majlis Pecah Tanah bagi projek pembangunan ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Dr. Muhyiddin Muhammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Ladang Lanadron, Panchor, Muar, Johor pada 15 September 2011.

Tanggal 7 November 2011 merupakan tarikh bersejarah apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Konsesi bersama Syarikat SDPS.

Pelan Induk Pembangunan Universiti (PIPU) bagi pembinaan HPTP ini telah dirangka khas untuk menyokong objektif Universiti Awam/ Politeknik yang terlibat dengan mengambil kira perkembangan dan unjuran bagi tempoh 10 hingga 20 tahun ke hadapan[11].

HPTP terletak kurang daripada 2 km daripada susur keluar Plaza TOL Pagoh dan berkeluasan lebih 200 hektar. Di HPTP terdapat empat institusi pendidikan iaitu tiga universiti awam dan sebuah politeknik.[12] [13]

Kepelbagaian teras pengajian yang ditawarkan Universiti Awam/ Politeknik di HPTP dengan anggaran jumlah terkini pelajar seramai 7,500 orang telah merancakkan sosioekonomi di kawasan sekitar. [14] [15] [16]

VISI sunting

Pendidikan Tinggi Berkualiti, Insan Cemerlang, Negara Sejahtera

MISI sunting

Melestarikan Ekosistem Pendidikan Tinggi Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

RUJUKAN sunting

  1. ^ Pagoh dan Permatang Pauh, www.malaysiakini.com/my
  2. ^ Majlis Pecah Tanah Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh, [Khamis, 15 September 2011]
  3. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Bukan 'Cerita Bohong' - TPM, [Jumaat, 23 November 2012]
  4. ^ Imperial College London rancang cawangan di Hab Pendidikan Pagoh, [Rabu, 20 Mei 2015, www.bharian.com.my]
  5. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Beroperasi Pertengahan 2016, [Rabu, 20 Mei 2015, www.mstar.com.my]
  6. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Hampir Siap Hab Pendidikan Tinggi Pagoh hampir siap, [Rabu, 28 Jun 2017, mymalaynews.blogspot.com]
  7. ^ Qatar Science & Technology Park.
  8. ^ Muhyiddin : Pagoh higher education hub to operate by mid-2016, www.thesundaily.my
  9. ^ Lawatan Kerja Delegasi MCMC ke HAB Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh
  10. ^ KPM MEMPELAWA UNIVERSITI SWASTA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA MEMBUKA KAMPUS CAWANGAN DI HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, [Ahad, 11 November 2018, www.moe.gov.my]
  11. ^ Pagoh Education Hub Welcomes First Batch of 5,000 Students, Sime Darby Property
  12. ^ KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP, [Ahad, 11 November 2018, www.ikim.my]
  13. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, bukti visi PM bangunkan sektor pendidikan, [Isnin, 2 Mac 2020]
  14. ^ Majlis lawatan ke Hab pendidikan tinggi Pagoh-bersama YB Dato Dr. Noraini Ahmad - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, [Khamis, 5 November 2020, kesatuiium.blogspot.com]
  15. ^ 40 peserta SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sertai World #QuranHour, [Khamis, 6 Mei 2021, www.sinarharian.com.my]
  16. ^ Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) sedia platform pendidikan TVET bagi lepasan SPM, [Jun 2021]

LIHAT JUGA sunting

  1. Pagoh
  2. Muar