Alat sunting

Pautan yang berguna sebagai rujukan:


Pautan yang berguna untuk para editor Wiki:


Bahasa Melayu sunting

Peribahasa
Hilang bahasa lenyap bangsa.
Takrif
Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hilang+bahasa+lenyap+bangsa&d=11


Soalan
'Bahasa Melayu' atau 'bahasa Melayu'. Mengapa?
Jawapan
Kedua-dua ejaan tersebut adalah betul cuma penggunaannya berbeza. Bahasa Melayu untuk nama mata pelajaran dan bahasa Melayu merujuk bahasa itu sendiri sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Jenis soalan
Tatabahasa
Tarikh soalan
27.07.2011
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+melayu&d=10


Soalan
bahasa kebangsaan yang digunapakai sekarang disebut /digelar Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu?
Jawapan
Di dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, perkataan bahasa Melayu lebih tepat digunakan.
Jenis soalan
Lain-lain
Tarikh soalan
04.05.2012
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+melayu+digunapakai


Soalan
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu yang betul dan rasmi digunapakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta DBP?
Jawapan
Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.
Jenis soalan
Lain-lain
Tarikh soalan
05.05.2009
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+melayu+digunapakai


Soalan
apakah perbezaan antara "ialah" , "adalah" dan "merupakan"? Bagaimana menggunakan ketiga-tiga perkataan tersebut?
Jawapan
Kata 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan' ialah kata pemeri.
'Ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Merupakan' pula berfungsi seperti kata 'ialah' dan digunakan juga di hadapan kata kerja.
Contoh:
Anak ialah anugerah Allah SWT;
Kursus ini adalah untuk pegawai atasan;
Program ini merupakan usaha yang berterusan ...
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.
Jenis soalan
Tatabahasa
Tarikh
18.07.2010
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ialah+adalah+merupakan&d=10


Nama sunting

Soalan
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.)
Jawapan
1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
Jenis soalan
Istilah
Tarikh
22.08.2011
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mohd+noktah&d=10


Soalan
nama orang bin @ Bin
Jawapan
bin dan binti huruf kecil
Jenis soalan
Ejaan
Tarikh
23.12.2008
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=binti+huruf+kecil&d=10


Soalan
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang?
Jawapan
Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya).
Jenis soalan
Ejaan
Tarikh
29.07.2012
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bt+titik&d=10


Lain-lain sunting

Lihat aktiviti saya di Wiki Bahasa Melayu di sini:


Saya pengguna Wikipedia Bahasa Inggeris yang sudah pencen. Profilnya di sini: