LoveFromBJM
[[]]{| class="wikitable"
|
![]() | Pengguna ini merupakan ahli WikiProjek Filem. |
|}'''''
Cara untuk meletakkan pautanSunting
Tanpa penjelasan: https://instagram.com/instagram/
Dengan penjelasan: instagram instagram
Untuk nota kaki: [1]
Penggunaan tanda baca yang betulSunting
- Untuk tanda petikan: ' "
Format bahagian "Lihat juga" dan "Topik berkaitan"Sunting
Bahagian "Lihat juga" harus diletakkan sebelum bahagian "Pautan luar".
Contoh:Sunting
1) Lihak juga: Audrey Hepburn Topik berkaitan: Audrey Hepburn
2)
Lihat jugaSunting
Topik berkaitanSunting
Format TarikhSunting
Gunakan format tarikh yang tekal dalam seluruh rencana, kecuali terdapat alasan yang baik untuk membuat penyimpangan.
- Jangan menggunakan akhiran ordinal:
- Salah: "14hb Februari"
- Betul: "14 Februari"
- Jangan menggunakan koma di antara bulan dan tahun:
- Salah: "Disember, 1945"
- Betul: "Disember 1945"
Satu pengecualian yang penting ialah bahawa petikan-petikan teks tertulis harus mengikut gaya yang asal dan harus tidak ditukarkan.
Tarikh kelahiran dan kematianSunting
Contoh:Sunting
Charles Darwin (12 Februari 1809–19 April 1882) atau (12 Februari 1809 – 19 April 1882)
- Salah: (12 Februari 1809 di Shrewsbury, Shropshire, England – 19 April 1882 di Downe, Kent, England)
Lokasi tidak perlu ditulis dalam tarikh lahir dan kematian, sebaliknya harus dimasukkan dalam isi rencana biografi
- Betul: (12 Februari 1809 – 19 April 1882) ... Beliau dilahirkan di Shrewsbury, Shropshire, England ... Beliau mati di Downe, Kent.
Format MasaSunting
Penggunaan 12-jam atau 24-jam tergantung kepada konteksnya. 00:00 merujuk kepada tengah malam; 12:00 merujuk kepada tengah hari.
Contoh:Sunting
12-jam | 24-jam | ||
---|---|---|---|
Cara betul | Bukan | Cara betul | Bukan |
2 petang | 2 ptg / 2 PTG | 14:00 | 14.00 / 1400 |
2:34 petang | 2.34 ptg / 2.34 PTG | 14:34 | 14.34 / 1434 |
12:04:38 pagi | 12.04 38″ pagi | 00:04:38 / 0:04:38 | 00.04.38 |
12 tengah hari | 12:00 tengah hari | 12:00 | 12:00:00 |
Zon waktuSunting
Sewaktu menulis tarikh, pertimbangkan dahulu di mana peristiwa itu berlaku dan menggunakan zon waktu di situ. Umpamanya, tarikh untuk Serangan Pearl Harbor ialah 7 Disember 1941 (masa/tarikh Hawaii).
Jika terdapat kesulitan untuk menentukan tempatnya, pertimbangkanlah apa yang penting. Umpamanya, jia terdapat penggodam komputer yang menggodamkan komputer Pentagon, gunakanlah zon waktu untuk Pentagon.
Jika tahu akan waktu dan tarikh UTC (Waktu Semesta Berkoordinat) bagi peristiwa yang ditulis dalam rencana, berikanlah maklumat tersebut dalam rencana dan nyatalah bahawa ia merupakan waktu dan tarikh UTC.
Format NomborSunting
PeratusSunting
Format untuk kata angka dan peratus harus sepadan. Umpamanya, pasang 7 dengan % dan tujuh dengan peratus.
JulatSunting
Nombor dan tarikh dinyatakan secara julat, umpamanya "4–7" untuk nombor antara 4 dan 7. Lebih baik menuliskannya dalam perkataan (contohnya, "4 sehingga 7" ataupun "empat sehingga tujuh") untuk mengelakkan kekeliruan dengan "empat tolak tujuh".
Format Mata WangSunting
PenukaranSunting
Penukaran ke jenis mata wang yang lebih dikenali oleh pembaca, seperti euro atau dolar Amerika Syarikat, boleh dibuat. Semua penukaran harus ditulis dalam tanda kurung selepas mata wang yang asal, bersama-sama dengan tahunnya sebagai rujukan yang kasar.
Umpamanya, seribu franc Swiss (lebih kurang AS$763, k.k. 2005), dengan menjadikan nombor bulat. Penukar mata wang boleh didapati dari Penukar FX dalam internet.
Contoh gaya yang disyorkanSunting
NZ$100,000
AU$100,000
US$100 juta
GBP 100,000
2000 Renminbi China
Dua ribu renminbi China
Contoh gaya burukSunting
$AS200
$190 — menimbulkan kekaburan tentang mana satu dolar yang dimaksudkan, tidak menentukan negara dan sukar dibaca.
100$ — Walaupun ia memang dibaca dengan cara ini, ini bukanlah cara piawai untuk menulisnya. Kekadangnya dolar ditulis dengan cara ini oleh penutur bahasa Perancis di Kanada sewaktu mengarang dalam bahasa Inggeris. Ini juga merupakan gaya untuk menulis eskudo Portugis sebelum euro diperkenalkan.
$200 (AS)
Gaya penulisan untuk rencana jenis biografiSunting
Nama-namaSunting
Sedangkan tajuk rencana harus merupakan nama orang yang sering dikenali, nama penuh orang tersebut harus diberikan dalam perenggan pimpin, jika diketahui. Banyak budaya mempunyai tradisi yang tidak menggunakan nama penuh dalam rujukan harian, tetapi rencana harus bermula dengan versi yang paling dikenali ramai. Umpamanya:
- (dari rencana Fidel Castro): Fidel Castro Ruz (lahir 13 Ogos, 1926) ...
- (dari rencana François Mitterrand: François Maurice Adrien Marie Mitterrand (26 Oktober, 1916 – 8 Januari, 1996) ...
Dalam beberapa kes, orang itu telah menukarkan nama pada suatu masa selepas dilahir. Dalam kes-kes tersebut, nama asal harus diberikan juga:
- (dari rencana Bill Clinton): William Jefferson Clinton (lahir William Jefferson Blythe III pada 19 Ogos,1946) ...
Nama samaran dan nama umumSunting
Bagi orang-orang yang lebih dikenali dengan nama samaran, nama asal mereka lazimnya ditulis dahulu pada permulaan rencana, diikuti rapat oleh nama samaran. Ikutlah amalan ini walaupun rencana tersebut dinamakan dengan nama samaran:
- Louis Bert Lindley, Jr. (29 Jun, 1929 – 8 Disember, 1983), lebih dikenali dengan nama pentas Slim Pickens...
Sebagai ganti, nama asal boleh ditulis selepas nama samaran seperti berikut:
- E. B. White (11 Julai, 1899 – 1 Oktober, 1985), dilahirkan Elwyn Brooks White, merupakan pengarang Amerika, penulis esei dan pengaya prosa yang terkenal...
Biasanya, tiada keperluannya untuk menjelaskan mengapa tajuk rencana dan perenggan pimpin mempunyai nama yang berbeza. Untuk nama yang biasa disingkat dalam penggunaan harian, umpamanya "Johnny" sebagai "John":
- "Johnny Reid "John" Edwards (lahir 10 Jun, 1953) ..."
adalah lebih baik daripada mengatakan:
- Johnny Edwards dilahirkan dengan nama "Johnny Reid Edwards".
Ini adalah kerana ayat kedua memberi tanggapan bahawa Johnny telah menukarkan namanya.