Pengguna:Pakcik Pingu/Kotak pasir

Utama · Ruang Perbincangan · Kotak Pasir

Hhhhhhmmmmmmmmm PASIIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

Sekolah Agama Islam (Draf Artikel) sunting

Sekolah Agama Islam merupakan salah satu jenis institusi pendidikan yang memberi fokus kepada pendidikan berteraskan agama Islam secara fizikal atau secara dalam talian.[1] Di Malaysia secara umum, terdapat dua jenis Sekolah Agama Islam iaitu Sekolah Agama Kerajaan (Ditadbir sama ada oleh Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Bahagian Pendidikan Islam atau diurus oleh Jabatan Agama Islam Negeri) dan Sekolah Agama Bukan Kerajaan (Sekolah Pondok, Madrasah yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri). Sekolah jenis ini juga turut mempunyai peringkat pendidikan tadika, rendah, menengah dan juga menengah tinggi. Terdapat juga Sekolah Agama Islam yang terbuka kepada orang awam tanpa mengira peringkat umur seperti Sekolah Pondok atau Madrasah.

Peringkat pendidikan tadika sunting

Secara umum Sekolah Agama Islam Tadika (Secara ringkas dikenali sebagai Tadika Islam) merupakan sekolah tadika atau prasekolah yang menekankan penerapan moraliti mengikut ajaran agama Islam dan mengajarkan murid mengenai asas-asas sebagai seorang penganut agama Islam seperti kaedah melaksana ibadah solat, cara berwuduk dan lain-lain asas yang dianggap penting untuk dipelajari diperingkat kanak-kanak. Terdapat dua jenis Sekolah Agama Islam Tadika iaitu tadika kerajaan (diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri atau Bahagian Pendidikan Islam bagi Jabatan Agama Islam Negeri) dan tadika swasta atau bukan kerajaan.[2]

Peringkat pendidikan rendah sunting

Di peringkat pendidikan rendah, secara umum terdapat tiga jenis Sekolah Agama Islam peringkat pendidikan rendah iaitu Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Mahaad Tahfiz Rendah. Masing-masing diurus atau dibiayai sama ada oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri atau penduduk setempat (Rakyat). Tedapat juga Sekolah Rendah Agama Swasta yang juga merupakan institusi pendidikan swasta.

Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) sunting

Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) merupakan sekolah rendah agama yang didirikan oleh Kerajaan Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri dan ditadbir urus di bawah Jabatan Agama Negeri. Sekolah ini menjalankan Kurikulum Kebangsaan daripada Kementerian Pendidikan (hanya untuk SRAN Sepenuh Masa) dan kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) atau dan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri. Kerajaan Negeri turut menyalurkan sepenuhnya peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur. Sekolah ini tidak dimiliki atau diurus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.[2] Terdapat dua kategori SRAN iaitu SRAN Sepenuh Masa (lebih kerap dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama) dan SRAN Bukan Sepenuh Masa (kebiasaannya dikenali sebagai Sekolah KAFA[3]).[2]

SRAN Sepenuh Masa sunting

SRAN sepenuh masa adalah merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri yang menggabungkan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri atau/dan KAFA dan Kurikulum Kebangsaan (dwikurikulum). Sekolah ini beroperasi satu atau dua sesi (pagi atau petang) dan muridnya tidak belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM berikutan ketersediaan Kurikulum Kebangsaan.[2]

SRAN Bukan Sepenuh Masa sunting

SRAN bukan sepenuh masa adalah merupakan sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang hanya melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri atau/dan KAFA sahaja. Sama seperti SRAN sepenuh masa, sekolah ini beroperasi satu atau dua sesi dan muridnya belajar Sekolah Kebangsaan milik KPM bagi mengikuti Kurikulum Kebangsaan.

Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) sunting

Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) hampir serupa dengan SRAN. Antara perbezaan utama yang membezakan sekolah agama Islam SRAN dengan sekolah agama SRAR adalah kewangan bagi SRAR dibiayai oleh orang awam (penduduk tempatan). Walaupun dibiayai orang awam, sekolah agama Islam SRAR masih mendapat bantuan kewangan sama ada daripada Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Agama Islam Negeri. Sama juga seperti sekolah agama Islam SRAN, terdapat dua jenis sekolah SRAR iaitu SRAR Sepenuh Masa (lebih kerap dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama) dan SRAR Bukan Sepenuh Masa (kebiasaannya dikenali sebagai Sekolah KAFA[3]).[2]

SRAR Sepenuh Masa sunting

Sama seperti SRAN, SRAR sepenuh masa adalah merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri yang menggabungkan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri atau/dan KAFA dan Kurikulum Kebangsaan (dwikurikulum). Sekolah ini beroperasi satu atau dua sesi (pagi atau petang) dan muridnya tidak belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM berikutan ketersediaan Kurikulum Kebangsaan.[2]

SRAR Bukan Sepenuh Masa sunting

Sama seperti SRAN, SRAR bukan sepenuh masa adalah merupakan sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang hanya melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri atau/dan KAFA sahaja. Sama seperti SRAN sepenuh masa, sekolah ini beroperasi satu atau dua sesi dan muridnya belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM bagi mengikuti Kurikulum Kebangsaan.

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sunting

Sekolah ini merupakan sekolah yang melaksanakan kurikulam KAFA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kebanyakkan kelas KAFA juga turut melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam Rendah Negeri masing-masing berikutan penumpuan silibus KAFA pada asas agama Islam yang dilihat tidak cukup meluas.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sekolah Agama". JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dicapai pada 5 Mac 2021 – melalui islam.gov.my.
  2. ^ a b c d e f Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. "Definisi Variabel Sekolah Agama (Sistem Maklumat Pendidikan Islam)" (PDF). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI). m/s. 1-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 April 2018. Dicapai pada 5 Mac 2021 – melalui simpeni.islam.gov.my.
  3. ^ a b Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM Malaysia https://www.islam.gov.my/ms/pendidikan/kafa