Pusat Kesenian & Warisan

20 Ogos 2019 telah menyertai


Pusat Kesenian dan Warisan (PKW), UniSZA

Pengenalan

 
Studio Gamelan PKW UniSZA

Pusat Kesenian dan Warisan atau singkatannya PKW mula beroperasi pada 1 Januari 2008. dan ditempatkan di bawah Canselori  UniSZA. Walaubagaimanapun bermula 1 Mei 2013 pusat ini telah dipindahkan di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA. Penubuhan PKW ini bertujuan memperkasakan lagi UniSZA dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan. Sumbangan aktif PKW di peringkat Universiti Awam (UA) sepanjang tahun 2008 hingga 2010 telah berjaya mengangkat nama UniSZA dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAKUM UA (Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia) sesi 2011/2012 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi MAKUM bagi sesi 2013/2014.

 
Dewan Resital Seni PKW UniSZA

Sehingga kini PKW ini telah berupaya menarik minat mahasiswa mahasiswi dan kakitangan Universiti ini untuk mengembangkan lagi bakat seni yang ada dengan menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna, sekaligus dapat melahirkan graduan UniSZA dan kakitangan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek serta multi-skill. Pusat ini juga telah membantu memberi nilai tambahan dan menghidupkan suasana kampus yang lebih ceria. Adalah diharapkan sumbangan PKW melalui bidang kesenian, kebudayaan dan warisan akan menjadi pelengkap kearah memperkasakan lagi nama Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi lebih kompetetif dan cemerlang.

Visi

Menjadi sebuat Pusat Kesenian dan Warisan yang proaktif, inovatif, prihatin dan cemerlang untuk memulihara kesenian dan warisan Terengganu.

 
Angklung PKW UniSZA
 
Koleksi gitar PKW UniSZA

Misi

Melahirkan graduan berilmu dan terdidik yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan bakat dalam ilmu kesenian dan kebudayaan.

Objektif

Dengan bermulanya operasi Pusat Kesenian dan Warisan di dalam UniSZA, ianya akan berperanan membantu UniSZA;

  • Untuk memulakan supporting activities dan soft-skill dalam bidang kesenian dan kebudayaan di kalangan mahasiswa dan kakitangan UniSZA.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan dan bantuan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di kampus UniSZA.
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada semua pelajar UniSZA yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti kelab-kelab kesenian seperti;

a) Kelab Muzik Gamelan

b) Kelab Muzik Moden

c) Kelab Tarian Pesonatari

d) Kelab Gurindam Kerisz.

e) Kelab Koir

f) Kelab Dikir Barat

g)Kelab Nasyid.

h)Kelab Teater Anjung Kreatif.

i) Kelab Qasidah Hadi Ar-Rukhban

j) Kelab Media Seni.

k)Kelab Pengurusan Seni dan Teknikal.

  • Untuk membantu meningkatkan nilai apresiasi seni kepada masyarakat terhadap hasil kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu.
  • Memulakan jaringan kerjasama inter-displin dengan semua pihak di dalam dan luar universiti.
  • Memulakan aktiviti penyelidikan dan persidangan dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Fungsi Kesenian

  • Menguruskan aktiviti persembahan kesenian dan kebudayaan oleh pelajar dan kakitangan di dalam universiti.
  • Mewujudkan kumpulan-kumpulan kesenian di dalam universiti.
  • Menguruskan kumpulan-kumpulan kesenian universiti ini ke seminar / bengkel / pertandingan di peringkat univerisiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Memberi bimbingan secara individu atau secara berkumpulan kepada kelab-kelab kesenian dan kebudayaan di dalam universiti.


Fungsi Warisan

  • Menghasilkan penyelidikan-penyelidikan berkaitan kesenian, kebudayaan dan warisan.
  • Mengadakan kolaborasi penyelidikan dengan semua pihak di dalam dan di luar universiti.
  • Menghasilkan penerbitan ilmiah dan pendokumentasian dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi masa depan.
  • Mengadakan khidmat konsultansi / perundingan dengan pihak industri, agensi kerajaan yang berkaitan, memberi taklimat, syarahan, ceramah dan bimbingan.


5 Tiang Seri PKW

PKW merupakan sebuah pusat yang menyediakan platform kepada pelajar dan kakitangan UniSZA dalam berkarya. Pusat ini juga merupakan sumber maklumat berkaitan seni dan budaya yang terdapat di negeri Terengganu. PKW secara jelasnya memberi penekanan kepada 5 Tiang Seri / Tunjang / Teras utama iaitu:


1.     UNIVERSITI ENGAGEMENT (UE)

Universiti Engagement ini adalah aktiviti yang melibatkan program dalaman universiti sahaja dan tidak melibatkan pihak luar. Antaranya seperti Majlis Konvokesyen, Minggu Mesra Siswa(MMS) kemasukan diploma dan ijazah, Program Raya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Merdeka, Maulidur Rasul, Bulan Bahasa dan lain-lain.

2.     COMMUNITY ENGAGEMENT (CE)

Program atau aktiviti yang melibatkan masyarakat luar seperti Cakra dan Monsoon Camp adalah merupakan program yang berbentuk ilmiah di mana pihak Universiti cuba memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada masyarakat dalam setiap pengisian yang dibawa seperti bengkel dan seminar. Bengkel seperti teknik permainan/tarian Gamelan Melayu Istana dan bengkel Guitar / Ukulele adalah merupakan pengisian utama dalam program ini. Di dalam program ini, setiap peserta akan diberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang mengendalikan bengkel tersebut. Selain dari mendapat ilmu, setiap peserta yang berjaya mengikuti  bengkel atau seminar  ini hingga tamat  juga akan diberi sijil penyertaan dan penghargaan.


3.     SIGNATURE EVENT (SE)

Signature Event adalah merupakan program  teras pusat yang berkala seperti Adiwarna, Konsert Tahunan dan juga Cakra. Program yang melibatkan semua kelab di bawah kendalian PKW ini adalah merupakan platform utama kepada pelajar untuk mengembangkan lagi bakat seni mereka dan menggunakan masa senggang mereka dengan lebih bermakna, sekaligus dapat mendidik dan melahirkan pelajar yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek serta multi-skill dalam berkarya dan menunjukkan bakat masing-masing.


4.     NATIONAL ENGAGEMENT (NE)

Program seperti MAKUM dan UNESCO adalah merupakan program di peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun yang diketuai oleh Sekretariat MAKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memartabatkan seni dan budaya di peringkat yang lebih tinggi sekaligus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat  betapa perlunya memulihara seni dan budaya yang terdapat di Malaysia agar terus terpelihara. Ianya juga merupakan satu wadah dalam menggabungkan kesemua elemen seni dan budaya dan kepelbagaian kaum dalam satu program.


5.     INTERNATIONAL ENGAGEMENT (IE)

Program kesenian bertaraf antarabangsa yang melibatkan usahasama antara universiti dengan pihak/negara luar seperti World Gamelan Festival, Bengkel Adiguru, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) dan National University Of Indonesia(NUI) adalah merupakan program yang bersifat  International Engagement. Program yang berskala tinggi ini amat diberi keutamaan di mana ianya dapat mempromosi dan memperkenalkan universiti di peringkat antarabangsa.


PENCAPAIAN PKW 2019

BIL. PENCAPAIAN TARIKH PERINGKAT
1. PERSEMBAHAN KHAS MUZIK GAMELAN DI SHENZHEN, CHINA


9 Jan - 13 Jan 2019 ANTARABANGSA
2. PERSEMBAHAN MUZIK GAMELAN


-ANJURAN KELAB KAKITANGAN KARDIOLOGI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, K. TRG

30 Jan 2019 KOMUNITI
3. PEMENTASAN TEATER ‘HUKUM’


-ANJURAN KELAB ANJUNG KREATIF PKW DENGAN KERJASAMA JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR DAN KUMPULAN TEATER ASYIK TERENGGANU

23 Feb 2019 NEGERI
4. MENGANJURKAN BENGKEL MUZIK GAMELAN 2019


23 Mac 2019 KOMUNITI
5. MENGANJURKAN PROGRAM MALAM SEJUTA SELAWAT @ UniSZA


8 Mac 2019 KEBANGSAAN
6. ANUGERAH PEMUZIK TERBAIK PERTANDINGAN DIKIR BARAT PIALA MAKUM 2019


30 Mac 2019 KEBANGSAAN
7. KELAB MUZIK GAMELAN PKW TERPILIH UNTUK PROGRAM 1 PRODUK 1 IPT


-ANJURAN JABATAN KESENIAN & KEBUDAYAAN NEGARA UNTUK TAHUN KE-2

Mac - Mei 2019 NEGERI
8. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN SEMPENA JELAJAH WARISAN TERENGGANU 2019


5 April 2019 NEGERI
9. MENYERTAI THE GIANT POTS FESTIVAL DI THAILAND 17 Apr - 20 Apr 2019 ANTARABANGSA
10. PERSEMBAHAN BUSKING KARNIVAL USAHAWAN DESA


26 & 27 Apr 2019 KOMUNITI
11. JOHAN PERTANDINGAN NASYID TERBUKA 2019 ANJURAN UiTM, MACHANG


27 Apr 2019 NEGERI
12. PKW MENGANJURKAN SAYEMBARA PUISI PIALA NAIB CANSELOR UniSZA KALI KE-2/2019


27 Apr 2019 UNIVERSITI
13. PKW MENGANJURKAN BENGKEL ANGKLUNG 2019


16 Jun 2019 UNIVERSITI
14. MEWUJUDKAN SISTEM PENDAFTARAN KELAB PKW SECARA ATAS TALIAN KOD QR DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI COGNITO FORMS


Bermula Julai 2019 PUSAT
15. PERSEMBAHAN MUZIK GAMELAN SEMPENA PROGRAM MOBILITI PELAJAR INDONESIA


22 Julai 2019 ANTARABANGSA
16. MENGANJURKAN PROGRAM SANTAI SENI PKW- "SHOW ME YOUR TALENT"


25 Jul 2019 UNIVERSITI
17. NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN (TEATER)


23 Julai 2019 NEGERI
18. ANUGERAH PEMANTUN TERBAIK PERTANDINGAN TEMASYA PANTUN BUDI 2019


25 Julai 2019 KEBANGSAAN
19. PERSEMBAHAN MUZIK GAMELAN SEMPENA PROGRAM ‘SELAMAT MALAM MALAYSIA’


-DISIARKAN SECARA LANGSUNG SECARA ATAS TALIAN DI SALURAN @Myfreeview

25 Ogos 2019 KEBANGSAAN
20. MEWUJUDKAN WIKIPEDIA PUSAT KESENIAN & WARISAN, UniSZA


September 2019 KOMUNITI
21. MEWUJUDKAN BANK SAHABAT SENI UniSZA SECARA ATAS TALIAN DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI COGNITO FORMS


September 2019 KOMUNITI
22.


23.

MEWUJUDKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN MAJLIS TINDAKAN PEMBANGUNAN DAN PELANCONGAN KUALA NERUS MENERUSI BIDANG SENI DAN BUDAYA MELALUI LAMAN WEB RASMI MTPPKN ; kualanerustourism.my


Bermula Oktober 2019 NEGERI
24. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN SEMPENA LAWATAN AKADEMIK DELIGASI UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH (UMJ) INDONESIA: NYANYIAN SOLO (STAF) & PERSEMBAHAN MUZIK GAMELAN MELAYU.


21 Oktober 2019 ANTARABANGSA
25. MENGADAKAN KELAS VOKAL

KLIEN: JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM)  NEGERI TERENGGANU

2 Dis - 10 Dis 2019 KOMUNITI

 

selanjutnya , sila layari:

https://www.facebook.com/pusatkesenian.warisan.5
https://www.instagram.com/pkwunisza