Pengguna:Reena93/Kotak pasir

Sekolah Perusahawan Antarabangsa (International Business School IBS BFSU)Sunting

Pengenalan

Sekolah Perusahawan Antarabangsa Universiti Pengajian Asing Beijing International Business School of Beijing Foreign Studies University (IBS BFSU) (Cina: 北京外国语大学国际商学院 or 北外国商; pinyin: Běijīng Wàiguóyǔ Dàxué Guójì shāngxuéyuàn atau BěWài Guóshāng) yang ditubuhkan pada 2001, adalah sekolah terbesar di BFSU dari segi skala pengajaran. IBS BFSU menawarkan pelbagai program termasuk Sarjana Muda Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Sarjana Perusahawaan Antarabangsa dan program-program kursus bukan sarjana untuk pelajar-pelajar negara China dan antarabangsa. Sehingga 2017, pelajar sepenuh masa yang mendaftar di IBS telah mencapai 2,000, dan antara 400 daripadanya adalah pelajar-pelajar antarabangsa dari 60 negara.

Visi dan Misi

Visi: Menjadi Sekolah Perusahawan Antarabangsa yang menjembatani China ke seluruh dunia dengan menyediakan platform pembelajaran untuk para pemimpin dan pengamal perniagaan masa depan melalui pemahaman bersama tentang amalan perniagaan, budaya dan bahasa global.

Misi: Berusaha untuk diiktiraf sebagai Sekolah Perusahawan Antarabangsa di China yang memaparkan kepelbagaian bahasa, budaya dan wilayah, sambil memupuk bakat perusahawaan masa depan dengan wawasan global dan tanggungjawab sosial.

Akademik

Kemasukan

IBS BFSU menerima pelajar-pelajar Cina dan pelajar-pelajar antarabangsa untuk program Ijazah Muda. Kami menerima 15% daripada pemohon-pemohon Cina mengikut kedudukan skor GAOKAO manakala untuk pemohon-pemohon antarabangsa, mereka sepatutnya telah menamatkan pelajaran menengah atas atau bersamaan Tahun 12 dengan bukti kecekapan bahasa Inggeris, TOEFL (IBT) 79 / IELTS 6.0 / TOEIC 750 yang diperlukan. Program Sarjana Muda untuk pelajar-pelajar Cina bermula pada bulan September manakala untuk program pelajar-pelajar antarabangsa, ia bermula pada bulan Mac dan bulan September.

IBS BFSU menerima pelajar-pelajar Cina dan pelajar-pelajar antarabangsa untuk Program Pasca Siswazah. Hanya 10% daripada pemohon-pemohon Cina yang akan diterima manakala untuk pemohon-pemohon antarabangsa, mereka sepatutnya telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf. Di samping itu, dokumen bukti penguasaan Bahasa Inggeris, TOEFL (IBT) 88 / IELTS 6.5 / TOEIC 800 diperlukan. Pendaftaran untuk Program Siswazah ialah pada bulan September setiap tahun.

Program

Program-program Ijazah Sarjana Muda:

Perusahawan Antarabangsa
Kewangan Antarabangsa
Pemasaran Antarabangsa
Pengajian Perusahawan Cina
Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

Program Pasca Siswazah

Perusahawan Antarabangsa
Kewangan

Program tempoh pendek

Pengajian Perusahawan Cina