Apa khabar! Saya orang Australia. Saya duduk Kuala Lumpur sudah enam belas bulan. Saya kerja sebagai tukang animasi untuk syarikat yang membuat animasi mutu saaaaangat rendah untuk RTM TV.

Mungkin tak lama lagi aku nak balik ke tanahairku. Saya memang suka Malaysia. Makanan lebih sedap (walaupun kurang sihat), perempuan lebih cantik (awek saya yang paling cantik, dia sebab saya datang malaysia dahulu), cuaca lebih menarik, budaya ada lebih kedalaman dan keindahan kawasan sekeliling yang tidak terkata. Tetapi saya rindu kepada Ibu, Bapa dan adik berdua saya. Lagipun di Malaysia ini susah nak cari makan kecuali mempunyai syarikat sendiri. Kalau berkerja untuk majikan tentu tak akan untung. Di Australia beza sangat. Kalau saya kerja sebagai tukang animasi dalam Sydney, saya boleh minta (dan berjaya mendapat) gaji mungkin AU$1000 seminggu. Itu lebih kurang 6 kali lebih besar dari gaji saya dapat sekarang.

Tetapi saya akan terus kenal orang Malaysia dengan laman macam Wikipedia. Selepas membaca ini, para pembaca sudah tentu menyedar saya tak pandai sangat dengan Bahasa Melayu. Seperti saya sudah menulis, saya baru duduk Malaysia, jadi bahasa saya belum lancar. Tapi saya rasa, tentang Wikipedia, perkara yang sangat penting, mungkin paling penting, Wikipedia patut layan orang dari seluruh dunia. Kalau wikipedia ada rencana Inggeris saja macam mana kita nak lindungi semua macam-macam budaya dalam dunia ni.

Akan menulis lebih sini apabila tentukan apa patut menulis! :) Jumpa lagi!