Pengguna:SNN95/Kotak pasir/Senarai Alatan Magik dalam Fairy Tail

Alatan Magik (魔法アイテム Mahō aitemu) adalah objek yang mempunyai sifat ajaib yang terdapat dalam siri Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Penggunaan sunting

Disebabkan Magik disimpan dalam sesuatu alat, mereka boleh menggunakan alatan ini walaupun bukan Ahli Sihir.

Pengelasan sunting

Alatan Magik boleh dikelasifikasikan mengikut tujuan atau penggunaannya.

  • Objek Seharian: Alatan Magik yang digunakan dalam kehidupan seharian.
  • Senjata: Alatan Magik yang digunakan untuk pertempuran atau pertahan.
  • Pakaian Berperisai: Alatan Magik yang dipakai oleh pengguna. Alat Magik ini mempunyai sifat ajaibnya tersendiri yang memberikan kelebihan kepada si pengguna.

Objek Seharian sunting

Earth Land sunting

Penjara Anti-Magik sunting

Sebuah penjara kristal lutsinar bersisi 12 yang tergantung di udara dan tiap satunya memuatkan seorang banduan. Ia diletakkan dalam sebuah bilik yang besar di Ibu Pejabat Majis Magik.[1] Penjara ini diperhatikan oleh Lakrima Pemerhati yang memenuhi dinding bilik penjara itu.[2] Penjara ini memansuhkan kuasa Magik banduan.[1] Hanya bantuan atau kuasa dari luar sahaja boleh menembus penjara ini.[1]

Magik Warna sunting

Sebuah peranti biasa yang popular dikalangan wanita yang boleh mengubah warna pakaian dengan hanya meluncurkan jari pada permukan seperti cermin pada peranti tesebut.[3]

Cermin Mata Paksa Pembacaan sunting

Sebuah peranti yang membolehkan pengguna membaca dengan kadar yang sangat pantas.[4]

Lakrima sunting

  • Pengecas Magik: Membolehkan pengguna mengecas elemen magik mereka kedalam lakrima seperti yang dilakukan oleh Laxus Dreyar dengan mengecas Magik Kilat kedalam Lakrima untur membuat Istana Kilat.[5]
  • Kristal Lakrima Komunikasi: Lakrima yang bias digunakan yang berbentuk kristal bulat untuk komunikasi.[6]
  • Lakrima Naga: Lakrima yang jarang didapati dan sangat mahal yang membolehkan seseorang menggunakan kuasa Pembunuh Naga buatan jika ditanam didalam badan.[7]
  • Lakrima Penjemur: Sebuah Lakrima yang digunakan oleh Ren Akatsuki untuk menjadikan sebagai jemuran matahari. Digunakan selama limat minit dengan penetapan bernombor dari 61 sehingga 65.[8]
  • Lakrima Wayang: Membolehkan pengguna melihat wayang di udara.[9]
  • Lakrima Pemerhati: Sebuah Lakrima seperti kamera pengawasan yang boleh merekod video untuk tujuan keselamatan. Lakrima ini mesti ditukar dengan yang baru jika kapasiti telah penuh.[10]
  • Mata-mata Lakrima: Sebuah Lakrima terapung segi empat yang memaparkan sesuatu lokasi.[11]

Pen Cahaya sunting

Membolehkan pengguna menulis atau melukis diudara dan disertakan dengan 72 warna dakwat.[12]

Fon Kepala Ajaib sunting

Gajet ini membolehkan pengguna mendengar lagu atau muzik yang digemari dengan hanya membuat permintaan. Lagu atau muzik akan dimainkan berdasarkan Data Magik yang sedia ada. Setakat ini pengguna yang diketahui menggunakan fon kepala ialah Laxus Dreyar dan Mirajane Strauss. Ada dua jenis fon kepala setakat ini iaitu:

Pod Bunyi
Lagu tersimpan dalam Data Magik yang perlu disambung menggunakan wayar fon kepala tersebut. Gajet ini dipakai oleh Laxus. Masih tidak diketahui kenapa ianya melekat ditelinga Laxus.[13]
Model Lakrima
Sebuah fon kepala tanpa wayar yang dikeluarkan oleh Syarikat Mitchia. Lakrima diletakkan berhampiran dengan dua-dua belah pembesar suara dijadikan sebagai penyimpan data yang boleh menyimpan 10,000 buah lagu. Lakrima Penambahbaikan Bunyi dijual berasingan untuk menambahkan lagi kejelasan bunyi. Lakrima ini dikatakan berharga 36,000 Templat:Jewel. Fon kepala jenis ini dipakai oleh Mirajane Strauss.[14]

Surat Ajaib sunting

Sekali pandang seperti surat biasa yang dimenterai dengan cop lilin. Tetapi sebaik sahaja pementeraian dibuka, muncul hologram penghantar sambil memberitahu pesanan. Alat ini tidak memerlukan gajet lain iuntuk membaca isi kandungan surat itu. Surat ini sangat mudah dan selesa digunakan.[15]

Pengukur Magik sunting

Magic Power Finder (Jepun: 魔力測定器, マジックパワーファインダー, Hepburn: Majikku Pāwā Faindā) atau singkatannya MPF (dalam Bahasa Melayu, Pengukur Magik) digunakan semasa Grand Magic Games Tahun X791. Alat ini digunakan untuk mengukur kekuatan kuasa Magik pengguna dalam bentuk nilai nombor.[16] Tahap maksimun nilai pengukur adalah 9999 sebelum ia rosak.[17]

Pengecop Magik sunting

Kelihatan seperti pengecop biasa tetapi membolehkan pengguna mengecop tatu dalam pelbagai bentuk persatuan dan warna tanpa rasa sakit.

Kenderaan Ajaib sunting

Sebuah kenderaan yang menggunakan kuasa Magik sendiri (Self-Energy plug atau SE-plug) yang dipasang dipergelangan tangan untuk menggerakkannya. Kelajuan berdasarkan kuasa Magik yang dikerah.[18] Terdapat tiga jenis kenderaan iaitu:

Pacuan Empat Roda
Jenis kenderaan yang lebih laju daripada kereta tarik. Rupa dan fungsinya berlainan jika dibandingkan di Earth Land dengan Edolas.
Motosikal Ajaib
Kenderaan yang dicipta oleh Racer menggunakan Magik Kenderaan.[19] Gray Fullbuster juga boleh menggunakannya walaupun Magik ini bukan unsur ais.[20]
Bot Magik
Kenderaan yang membolehkan untuk mengharungi jalan air.[21]

Bebola X sunting

Bebola X adalah pil merah yang disimpan didalam botol kecil. Pada asalnya penggunaannya meluas dikalang Ahli Fairy Tail semasa di Edolas untuk mengaktifkan kuasa magik mereka. Penggunaanya juga biasa di Earth Land untuk merentasi ruang selari ke dunia Edolas yang dikatakan mustahil untuk berbuat demikian. Mystogan merupakan watak pertama yang muncul dengan bebola ini.

Buku Memory Days sunting

Buku ini menyebabkan seseorang untuk kembali ke masa yang mereka tidak mahu ingat. Walau bagaimanapun, jika orang lain menyentuh orang itu, mereka juga akan dihantar ke masa lalu. Kesannya buku berlangsung selama enam jam, dan selepas enam jam berlalu, orang itu akan dibawa kembali ke masa kini. Jika orang-orang yang menyentuh orang yang dihantar asal tidak menyentuh mereka sebelum perjalanan pulang ke masa kini, mereka akan dipaksa untuk tinggal di masa lalu.

Edolas sunting

Kotak Transformasi Lengkap sunting

Kotak ini sangat menyerupai seperti keranda. Kebolehan Kotak Transformasi Lengkap membolehkan seseorang untuk menukar pakaian mereka serta-merta dengan hanya memulas dail pada kotak. Pakaian yang semua berbeza dalam penampilan, dari pakaian penari gaya Arab hingga yukata Jepun. Peralatan seperti pengapungan air, boleh penambahan tersedia. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakaian yang di dalam kotak yang kelihatan sesuai untuk wanita dan bukannya lelaki.[22]

Lakrima sunting

Kenderaan Ajaib sunting

Jarang menggunakan SE-plug. Setiap kenderaan menggunakan Lakrima (sebelum Edolas kehabisan kuasa Magik)[24] yang dipenuhi dengan kuasa Magik yang dijadikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan yang dipandu. Kaedah ini sangat berteknologi tinggi berbanding di Earth Land yag agak tradisional.[23] Setakat ini, terdapat satu sahaja jenis kenderaan iaitu:

Pacuan Empat Roda
Jenis kenderaan yang lebih laju daripada kereta tarik. Rupa dan fungsinya berlainan jika dibandingkan di Earth Land dengan Edolas.

Senjata sunting

Earth Land sunting

Kunci Pintu Gerbang Semangat Cakerawala sunting

Kunci Pintu Gerbang Semangat Cakerawala adalah kunci ajaib yang boleh digunakan untuk memanggil Semangat Cakerawala, makhluk dari dimensi lain yang boleh digunakan untuk melawan pihak lawan yang memanggil mereka, untuk melakukan kerja-kerja atau hanya untuk berjalanan bersama. Terdapat dua jenis Kunci Pintu Gerbang Semangat Cakerawala: Kunci Perak dan Kunci Emas. Kunci Perak adalah kunci biasa yang boleh dibeli dari kedai-kedai manakala Kunci Emas adalah kunci sangat jarang dijumpai yang boleh digunakan untuk memanggil Semangat Zodiak.[25] Menurut Yukino, dia berkata bahawa apabila kesemua 12 Kunci Zodiak dikumpulkan, seseorang mampu "membuka pintu untuk mengubah dunia".[26]

Senarai Kunci sunting
Jenis Kunci Nama Kunci Tujuan Pengguna
Emas Kunci Pintu Gerbang Pembendung Air Kunci ini digunakan untuk memanggil Pembendung Air, Aquarius Layla Heartfilia (bekas pengguna)
Lucy Heartfilia
Kunci Pintu Gerbang Ketam Gergasi Kunci ini digunakan untuk memanggil Ketam Gergasi, Cancer
Kunci Pintu Gerbang Kambing Kunci ini digunakan untuk memanggil Kambing, Capricorn
Kunci Pintu Gerbang Dayang Kunci ini digunakan untuk memanggil Dayang, Virgo Lucy Heartfilia
Kunci Pintu Gerbang Lembu Emas Kunci ini digunakan untuk memanggil Lembu Emas, Taurus
Kunci Pintu Gerbang Pemanah Kunci ini digunakan untuk memanggil Pemanah, Sagittarius
Kunci Pintu Gerbang Singa Kunci ini digunakan untuk memanggil Singa, Leo
Kunci Pintu Gerbang Si Kembar Kunci ini digunakan untuk memanggil Si Kembar, Gemini
Kunci Pintu Gerbang Biri-biri Kunci ini digunakan untuk memanggil Biri-biri, Aries
Kunci Pintu Gerbang Kala Jengking Kunci ini digunakan untuk memanggil Kala Jengking, Scorpio
Kunci Pintu Gerbang Pasangan Ikan Kunci ini digunakan untuk memanggil Pasangan Ikan, Pisces Yukino Aguria
Kunci Pintu Gerbang Timbangan Kayangan Kunci ini digunakan untuk memanggil Timbangan Kayangan, Libra
Perak Kunci Pintu Gerbang Salib Selatan Kunci ini digunakan untuk memanggil Salib Selatan, Crux Lucy Heartfilia
Kunci Pintu Gerbang Jam Kunci ini digunakan untuk memanggil Jam, Horologium
Kunci Pintu Gerbang Gambus Kunci ini digunakan untuk memanggil Gambus, Lyra
Kunci Pintu Gerbang Kompas Kunci ini digunakan untuk memanggil Kompas, Pyxis
Kunci Pintu Gerbang Anjing Kecil Kunci ini digunakan untuk memanggil Anjing Kecil, Nikora Lucy Heartfilia
Katja (Bekas pengguna)
Daichi Shinagawa (Sementara)
Kunci Pintu Gerbang Pahat Kunci ini digunakan untuk memanggil Pahat, Caelum Angel
Katja (Bekas pengguna)
Pengguna Tanpa Nama (Bekas pengguna)
Tidak Diketahui Kunci Pintu Gerbang Penjinak Ular Kunci ini digunakan untuk memanggil Penjinak Ular, Ophiuchus Yukino Aguria

Etherion sunting

Pusat Satelit: Etherion (Jepun: 衛星魔法陣・エーテリオン, Hepburn: Eisei Mahōjin : Ēterion) adalah sebuah satelit yang memancarkan sinaran pemusnah yang sangat kuat kepada sasaran,[27] mampu mengancurkan sebuah bandar besar hingga menjadi habuk.[28] Pernah digunakan untuk menghancurkan Menara Kayangan atas desakan Seigrain[27] tetapi sebalik menara itu menyerap kuasa tembakan menukarkan menara itu menjadi Lakrima yang besar dipanggil Sistem R[29] dikatakan untuk menghidupkan Zeref.[30] Natsu pernah memakan Lakrima ini untuk meningkatkan semula kuasanya dan Natsu mencapai keadaan Tujahan Naga yang menyebabkan dia sakit selama beberapa hari selepas kejadian itu.[31]

Menara Kayangan sunting

Menara Kayangan (Jepun: 楽園の塔, Hepburn: Rakuen no Tō), juga dikenali sebagai Sistem R (Resurrection), adalah sebuah alatan Magik yang terlarang[32] yang boleh menghidupkan semula orang yang telah mati.[33] Bekas kawasan menara ini terletak di Kerajaan Caelum di selatan Fiore.[34]

Meriam Penumpu Ajaib - Jupiter sunting

Meriam Penumpu Ajaib - Jupiter (Jepun: 魔法集束砲 ジュピター, Hepburn: Mahō Shūsoku Hō: Jupitā) adalah sebuah meriam yang digunakan oleh Persatuan Phantom Lord[35] dan Grimoire Heart.[36] Meriam ini sangat ditakuti oleh semua dan pernah menghancurkan Baju Perisai Armadatin kepunyaan Erza Scarlet yang dikatakan mempunyai pertahanan yang sangat tinggi dan Persatuan Fairy Tail berserta kawasan sekelilingnya.[37]

Pengebom Magik - Christina sunting

http://images4.wikia.nocookie.net/__cb20130528214116/fairytail/images/c/c1/Christina%27s_ability.gif Christina telah dikenali sebagai Pengebom Magik (Jepun: 魔導爆撃艇, Hepburn: Madō Bakugekitei), sebuah kaal yang mampu mengebom sasaran dengan kuasa yang kuat bersama kelengkapan senjata Magik. Kuasa tembakannya seolah-olah satu yang luar biasa, kerana kapal udara itu sepatutnya untuk memusnahkan Oración Seis, salah satu Persatuan Gelap yang paling kuat di Perikatan Balam, dalam serangan tunggal. Kapal ini datang sepenuhnya dengan beberapa kelengkapan meriam yang dapat dilihat pada itu,[38] dan sebuah lagi, salah satu yang lebih besar seolah-olah mampu menebak dari bahagian bawah kapal ini, dengan lubang pembukaan ada secara nyata untuk itu. Letupan itu boleh digabungkan dengan Magik serangan dari orang-orang di atas kapal untuk mendapatkan kuasa yang lebih, seperti yang ditunjukkan dengan Magik Salji Eve Tearm; sesuatu yang telah dicapai dengan menggabungkan ia dengan "peluru Ajaib berat" Christina sendiri.[39]

Nirvana sunting

Nirvana (Jepun: ニルヴァーナ, Hepburn: Niruvāna), juga dikenali sebagai Magik Penarikbalikan, adalah sebuah Alatan Magik lagenda yang dicipta oleh Nirvit. Menurut Hibiki Lates, alat ini mempunyai kuasa untuk menukarkan kegelapan kepada cahaya dan sebaliknya. Ini berfungsi apabila orang ragu-ragu dalam emosi mereka dan memaksa rakyat untuk menukar penjajaran antara cahaya dan kegelapan.[40] Tetapi, jika banyak kegelapan yang ditukarkan kepada cahaya maka begitu juga jumlah cahaya yang ditukarkan kepada kegelapan.[41] Magik ini mempunyai beberapa peringkat tertentu.[42]

Lakrima sunting

  • Letupan Lakrima: Sejenis Lakrima letupan yang digunakan oleh Racer dalam cubaan membunuh Lyon.[43]

Serbuk Pelumpuh sunting

Satu bahan yang melistrikkan dan melumpuhkan sesiapa yang datang bersentuhan dengan. Toby menggunakannya bersama-sama dengan kuku panjang dan serangan dengan mereka.[44]

Pergerakan yang berkatian
Cakaran Pelumpuhan: Obor-obor Mega
Cakaran Pelumpuhan Super: Obor-obor Mega Mega

Mugetsu-Ryu sunting

Mugetsu-Ryu adalah teknik pedang yang digunakan untuk membelah sasaran dengan kelajuan yang tinggi menggunakan Magik Pedang . Disebabkan oleh kekuatan pembelahan pedang itu, Ikaruga menyatakan tiada apa yang tidak boleh dibelah dengan pedang ini dan Erza juga merasakan seperti begitu[45] dan ini dibuktikan dengan hampir tiga baju perisai Erza dihancurkan oleh Ikaruga.[46]

Klodoa sunting

Pada asalnya ia bebentuk sebagai sebatang tongkat yang boleh bercakap dan terapung diudara. Selepas kekalahan Oración Sies, ia berubah menjadi sebagai patung beruang mesin slot yang dikenali sebagai Jackpot semasa dalam persatuan Reborn Oración Sies. Dalam Fairy Tail x RAVE ia dikenali sebagai Jackpot Mk. II.

Pedang Musica sunting

Pedang ini sangat mahal yang dibuat oleh seorang ahli Grimoire Heart dan dicuri oleh Pantherlily. Pedang ini mempunyai kebolehan untuk berubah saiz. Panterlily mengatakan pedang ini sangat serupa dengan Pedang Bustermarmnya. Dengan pedang berciri-cirikan seperti ini memudahkannya untuk membawa pedang ini kemana sahaja tidak kira dalam bentuk asalnya atau kecil. Dia ditunjukkan dengan membawa pedang itu dibelakang badannya yang diikat dengan tali yang melintasi dadanya.[47][48]

Mesingan Kembar Ajaib sunting

Bisca yang boleh menggunakan Kelengkapan mengeluarkan dua mesingan yang besar, menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk mengawal. Mesingan ini sangat menyerupai submesingan Thompson, pemegang dihadapan dan kelonsong peluru bulat. Setiap satu mempunyai lakrima berwarna ungu yang besar diatasnya dan dihiasi motif pintalan yang dijadikan sebagai “feeder” untuk peluru Magik.[49]

Mantera yang berkaitan
Ribut Peluru

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Fairy Tail Manga: Bab 237, M/s 2-5
  2. ^ Fairy Tail Anime: Episod 140
  3. ^ Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 8
  4. ^ Fairy Tail Manga: Bab 7, M/s 19
  5. ^ Fairy Tail Manga: Bab 113, M/s 11-14
  6. ^ Fairy Tail Manga: Bab 51, M/s 11
  7. ^ Fairy Tail Manga: Bab 128, M/s 18-20
  8. ^ Fairy Tail Manga: Bab 142, Muka depan
  9. ^ Fairy Tail Manga: Bab 82, M/s 7-8
  10. ^ Fairy Tail Anime: Episod 140
  11. ^ Fairy Tail Manga: Bab 276, M/s 3
  12. ^ Fairy Tail Manga: Bab 10, M/s 3
  13. ^ Fairy Tail Manga: Bab 69, Muka depan
  14. ^ Fairy Tail Manga: Bab 141, Muka depan
  15. ^ Fairy Tail Manga: Bab 15, M/s 3
  16. ^ Fairy Tail Manga: Bab 285, M/s 5
  17. ^ Fairy Tail Manga: Bab 285, M/s 23
  18. ^ Fairy Tail Manga: Bab 13, M/s 6
  19. ^ Fairy Tail Manga: Bab 139, M/s 7
  20. ^ Fairy Tail Manga: Bab 184, M/s 19
  21. ^ Fairy Tail Anime: Episod 34
  22. ^ Fairy Tail Manga: Bab 183, M/s 6-9
  23. ^ a b Fairy Tail Manga: Bab 174, M/s 3
  24. ^ Fairy Tail Manga: Bab 197, M/s 12-20
  25. ^ Fairy Tail Manga: Bab 4, M/s 7
  26. ^ Fairy Tail Manga: Bab 282, M/s 5
  27. ^ a b Fairy Tail Manga: Bab 93, M/s 12-20
  28. ^ Fairy Tail Manga: Bab 94, M/s 2
  29. ^ Fairy Tail Manga: Bab 94, M/s 8-11
  30. ^ Fairy Tail Manga: Bab 88, M/s 8
  31. ^ Fairy Tail Manga: Bab 105, M/s 12
  32. ^ Fairy Tail Manga: Bab 78, M/s 4
  33. ^ Fairy Tail Manga: Bab 88, M/s 7-8
  34. ^ Fairy Tail Manga: Bab 78, M/s 3
  35. ^ Fairy Tail Manga: Bab 51, M/s 19-20
  36. ^ Fairy Tail Manga: Bab 215, M/s 4
  37. ^ Fairy Tail Manga: Bab 52, M/s 2-7
  38. ^ Fairy Tail Manga: Bab 133, M/s 12
  39. ^ Fairy Tail Manga: Bab 157, M/s 7-11
  40. ^ Fairy Tail Manga: Bab 142, M/s 10-11
  41. ^ Fairy Tail Manga: Bab 164, M/s 10
  42. ^ Fairy Tail Manga: Bab 142, M/s 11
  43. ^ Fairy Tail Manga: Bab 128, M/s 16-17
  44. ^ Fairy Tail Manga: Bab 33, M/s 4-5
  45. ^ Fairy Tail Manga: Bab 90, M/s 14 & 16
  46. ^ Fairy Tail Manga: Bab 91, M/s 8-12
  47. ^ Fairy Tail Manga: Bab 247, M/s 3-4
  48. ^ Fairy Tail Manga: Bab 249, M/s 3
  49. ^ Fairy Tail Anime: Episod 23