Pengguna ini berasal dari Malaysia.
Pengguna ini beragama Islam.
frames
frames
Pengguna ini beridentiti Melayu.
Pengguna ini berkemampuan untuk mengaturcara Bahasa PHP.

Pengenalan sunting

Di lahirkan di Maran, Pahang walaupun menetap di Selangor. Sangat berminat dengan kegiatan di alam maya dan bergiat juga dalam aktiviti-aktiviti riadah atau sosial di luar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Inas selama 2 tahun, sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara (1) untuk meneruskan pendidikan selama 2 tahun dan kemudian telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang sehingga tamat pengajian peringkat sekolah rendah. Kemudian telah melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah sehingga awal tingkatan 4 sebelum berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara Jasin.

Telah melanjutkan pengajian peringkat tinggi di INTEC,Shah Alam selama 2tahun setengah sebelum berpindah ke Jerman untuk meneruskan pengajian dalam bindang Kejuruteraan Mekatronik.Berkecimpung di dalam kegiatan alam maya sejak tahun 1999. Bergiat aktif dengan pembinaan laman web sejak tahun 2004.

Tujuan dan Matlamat sunting

Tujuan mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu ini adalah untuk menambah artikel-artikel yang akan berguna antara satu sama lain di samping berkongsi dan mempelajari isi kandungan di sini. Selama ini hanya membaca dan mengubahsuai artikel tanpa sebarang pendaftaran rasmi. Namun 19 Julai 2007 merupakan tarikh bersejarah bagi diri ini dengan mendaftarkan diri untuk menyertai komuniti yang berkongsi segala maklumat dalam bentuk rencana yang berguna.

Minat Hobi Kegemaran sunting

Sangat gemar untuk bermain permainan video di komputer selain melakukan aktiviti seperti rekaan Grafik, aturcara Bahasa komputer, rekaan tiga dimensi, rekaan laman web, menulis artikel di internet dan pelbagai lagi. Di masa lapang, gemar juga bermain Bowling, Ragbi, Snooker, Badminton dan beberapa lagi kegiatan riadah yang lain.

Kebolehan sunting

Bacaan Harian sunting


Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Slumbermann.

 
Wikimedia Foundation