Jika anda pergi ke Wikipedia bahasa Inggeris dan lihat di bahagian bawah laman tersebut, anda akan nampak satu ruangan yang bertajuk Wikipedia languages. Di situ, anda akan dapati bahawa Wikipedia Bahasa Melayu tersenarai di bawah kumpulan Wikipedia yang mengandungi lebih daripada 250,000 rencana. Impian saya adalah untuk melihat Wikipedia Bahasa Melayu tersenarai di bawah kumpulan Wikipedia yang mengandungi lebih daripada 1,000,000 rencana. Diharapkan warga Malaysia dapat membantu merealisasikan impian ini. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Pengguna ini menyumbang kepada Bulan Asia Wikipedia.