Pengguna:The Emperah/Sandbox

Sejarah sunting

 
Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak (kiri) dan Sungai Klang (kanan) pada tahun 2014

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah,[1] mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar.[2] Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.[2] Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.[2] Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.[3] Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.[4]

Pembinaan semula sunting

 
Kapitan Yap Ah Loy pengasas dan pemacu kota Kuala Lumpur moden.[5]

Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.[4]

Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.

Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa. [6]Beliau juga menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun 1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat. [7]

  1. ^ "Kuala Lumpur History". Dicapai pada 2009-09-15.
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan virtual tidak disediakan
  3. ^ "Sejarah Malaysia". Dicapai pada 2007-12-15.
  4. ^ a b "Kuala Lumpur". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2007-12-06.
  5. ^ "Yap Ah Loy memang pengasas Kuala Lumpur".
  6. ^ "Yap Ah Loy". Dicapai pada 6 Oktober 2011.
  7. ^ "The Federated Malay States (1896)". Nation History. Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 2007-12-06.