Warning to Himalaya Pig:> Remember, you could not log in here, you have to ................!!!!!!!!

WIKIPEDIA ARTICLES VARIOUS STYLE REVOLUTION [Version 11: 3.38pm 24.2.2017] {The Himalaya Pig - The Orange Uthank}

Editan in various title in one place style : first edit at 12.22 pm on Monday 6/2/2017:> The orange uthank - Himalaya Pig- various title at one web page- Start on Monday 6 february 2017:

First article Himalaya pig:-- ABOUT PHILOSOPHY:

APAKAH FALSAFAH? Ada kamus yang mentakrifkan falsafah ialah penyelidikan tentang sebab dan akibat. Saya mempunyai pendapat tersendiri yang mentakrifkan falsafah:

"Falsafah ialah ingatan dan pemikiran yang berkaitan sebab, akibat, musabab dan natijah serta apa sahaja yang lain yang boleh dan dapat digunakan untuk memikiri sesuatu sama ada kerana bertujuan mendapatkan kebenaran atau maklumat atau tujuan lain".

Justeru, tidak semua falsafah itu bernilai kerana ada falsafah yang mengandungi maklumat yang salah atau salah-faham atau falsafah sesat seperti falsafah orang yang jahil. Akal atau sains atau eksperimen sahaja tidak memadai untuk mengetahui hakikat sesuatu. Justeru, rasul diutuskan. Namun,falsafah luarbiasa boleh juga muncul dalam peristiwa yang luarbiasa dan unik seperti kisah Nabi Musa dan Khidir. Nabi Musa berfalsafah yang berdasarkan kesedaran Ilmu kitab Taurat tetapi dalam peristiwa ujian untuk nabi Musa itu,KHIDIR berfalsafah berdasarkan Rahsia Lauh Mahfuz.

Sesuatu falsafah mungkin datang dari usaha perintis yang merintis sesuatu penyelidikan, yang kemudiannya dinamakan sebagai ilmu yang berkaitan penyelidikan tersebut. Dalam perintisan itu, mungkin pelopor atau pengasas tidak menggunakan teori-teori yang telah ada dicipta oleh seseorang lain. Dia mungkin merintis konsep unik atau baru melalui kaedah dan peralatan yang dia cipta sendiri.

Untuk mencari dan mendapatkan kebenaran atau falsafah yang benar lagi halal, manusia memerlukan pencetus kesedaran yang betul,halal dan berkualiti supaya ia memandu ke arah kesedaran. Pencetus ini juga bertindak sebagai penderia kebenaran atau penderia falsafah. Sesuatu kesedaran yang telah diperolehi melalui penderia ini juga boleh menjadi "truth sensor".

Bolehkah anda beri contoh pencetus kesedaran? Lagi banyak anda memiliki pencetus kesedaran,mungkin anda akan lagi berkemampuan mendapatkan sesuatu jawapan dan perkara yang lebih benar dan lebih shahih. Jika anda dapat memperbaiki atau menambah kualiti pencetus itu, mungkin anda akan lagi berkemampuan menyelesaikan masalah atau sesuatu persoalan.

Contoh pencetus atau pembangkit kesedaran atau pendorong pemikiran yang lebih jauh, mendalam dan halus ialah Kaedah Penapisan dan Pemilihan sumber dan intipati sumber, teknik pengumpulan semua pendapat,Mempercayai bahawa pendapat terbanyak belum tentu mencerminkan kebenaran, Pengulangan kajian atau eksperimen atau penilaian semula dan tidak menyokong sesiapa sehingga datang petunjuk dari Tuhan.

Belum tentu pendapat orang yang dengki atau musuh, semuanya fitnah atau salah. Belum tentu pendapat sahabat semuanya betul. Mungkin dia puji sebab ada tujuan tersembunyi. Jadi, mengumpulkan semua pendapat dapat membantu kita mengesan maklumat yang benar dan boleh digunakan [halal]. Penilaian semula mungkin menemukan kesilapan penilaian sebelumnya.

Jika kita masih gagal menemui kebenaran atau fakta yang boleh digunakan, bersifatlah di tengah-tengah sehinggalah datang petunjuk dari Tuhan yang boleh digunakan sebagai "Truth Sensor". Kerana ada insiden yang tidak dapat dinilai sehingga datang insiden terbaru. Jadi, kesabaran kita [tidak menilai atau mengeluarkan sebarang pendapat atau kritikan, misalnya], dengan bertindak di tengah-tengah [tidak menyokong mana-mana pihak] menjadi seperti Sensor of The Truth.

Untuk versi lebih lengkap tentang artikel falsafah saya, sila klik pautan di bawah:

[1]Versi lebih lengkap artikel falsafah the himalaya pig

The Orange Uthank - the end at 11.41 am On Thursday 29 December In 2016The Orange Uthank (bincang) 03:40, 29 Disember 2016 (UTC)

Second Article the Orange Uthank:-

BIDAAH SESAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI SELURUH DUNIA

___________________________________________________________

Date Jumaat 3 Februari 2017. Diedit pada Jumaat 24 Feb 2017:

Kebebasan memberikan pendapat adalah juga kerana tiada jaminan setiap orang sentiasa bebas dari melakukan kesilapan. Mungkin ada keyakinan yang dipertahankan selama suku abad akhirnya didapati tidak benar dan perlu dihapuskan keyakinan itu. Jika seseorang menghalang pandangan atau pemikiran seseorang dengan memberikan sebab yang tidak dijelaskan atau tiada perincian, bagaimanakah dapat yang dihalang memberikan penjelasan? Bukankah ini seperti tindakan pengecut? Ada yang beri sebab halangan ialah penulisan atau pendapat seseorang itu adalah vandalisme mengarut. Apakah vandalisme mengarut itu pun tidak dijelaskan. Ia seperti istilah persendirian yang direkanya sendiri. Tidak pula dijelaskan satu-persatu, tiada pula dalil atau petunjuk untuk menyokong dakwaannya. Adilkah ini? Bukankah ini juga satu tindakan mengarut?

Kalau dalam perkhidmatan awam, ada tindakan budaya menghalang seperti ini, bukankah ia juga boleh dianggap sesat? Bagaimana seseorang kafir akan percaya Islam sebelum ia cuba melawan atau menentang hujah-hujah yang Islam yang kemudiannya baru dia tahu pendapatnya salah dan Islam itulah yang benar bersama bukti yang kuat dan menang? Justeru membenarkan orang kafir itu beri pendapatnya ialah supaya orang Islam tahu bagaimana dan apa yang hendak diperkatakan yang mungkin dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Tetapi jika awal-awal lagi orang kafir itu disekat daripada beri pendapat atau disekat tulisannya dengan alasan vandalisme mengarut, mungkin orang kafir itu akan sakit hati lagi dan menganggap Islam memang karut dan zalim.

Satu petunjuk yang jelas ialah bila sesebuah negara itu tidak mengamalkan sistem politik Islam, ia pasti akan mendorong kesesatan yang lain seperti sistem ekonomi dan sosial yang tidak Islam atau bercampur {sistem Islam diubah-suai mengikut selera pemimpin atau kerajaan atau pihak tertentu lalu dinamakan dengan bunyi-bunyi yang kedengaran dan kelihatan Islam seperti Sistem Perbankan Islam dan lain-lain}. Bidaah sesat pula dapat mendorong kelahiran pelbagai kesesatan yang lain, begitulah seterusnya. Semuanya telah terbukti di mana-mana di dunia ini dan di negara apa pun sejak berabad-abad lamanya hingga kini. Jadi, mengapakah bidaah sesat ini dipertahankan oleh generasi dan generasi seterusnya? Ini contoh faktornya:

1= Pendidikan yang tidak membawa kesedaran bahawa dalam pendidikan itu ada kesesatan . Contohnya tafsiran hadis yang salah di ambil untuk dijadikan dalil atau bukti. Teknik pengumpulan pendapat yang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Jika dikumpulkan semua pendapat daripada semua golongan yang berbeza dan berlawanan pendapat, maka mungkin dapat mengesan pendapat yang terkuat, yang dianggap benar. Mereka yang jadi ulamak asuhan kerajaan yang berbidaah sesat dalam perkhidmatan awam tentulah akan mempertahankan bidaah itu kerana mereka dididik oleh kerajaan melainkan dalam kes-kes yang seperti khas, ulamak itu mungkin menemui sumber lain di luar pendidikan formal yang diasuhkan oleh kerajaan di mana sumber itu lebih shahih atau itulah yang shahih dan benar. Apabila ulamak ini memegang jawatan dalam kategori "pemimpin" atau eksekutif, maka orang akan lebih mempercayai bahawa dalam budaya perkhidmatan awam memang tidak pernah dan tidak akan pernah ada kesesatan atau bidaah sesat. Lebih mengaburi otak, bila ulamak itu berjawatan yang juga bergelar VIP, datok dan diberikan APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).

2= Hati kotor macam najis babi. Bila seseorang ini telah sampai ke peringkat ini, ia bukan lagi tidak sedar diri atau sesat tetapi sudah sampai ke peringkat yang lebih dahsyat daripada sesat iaitu "sengaja mengekalkan kesesatan yang dia sendiri mengakui sesat disebabkan nafsunya tidak dapat dikawal kerana kesukaran mencuci kotoran hatinya". Bila sampai ke peringkat ini, ia akan seronok berbuat dosa dan tidak menyesal. Lihatlah Iblis, raja segala syaitan. Dahulu dia adalah termasuk makhluk yang beragama Islam. Ketika itu wajahnya sangat cantik berseri-seri menjadi ketua dan Imam segala malaikat tetapi bila Allah memerintahkan dia sujud kepada nabi Adam, dia menyombongkan diri dengan alasan dia dicipta daripada api dan baginya api itu lebih mulia daripada tanah. Lihatlah dajal yang akan keluar tak lama lagi dari sebuah pulau rahsia. Dia juga tahu, bahawa dirinya bukan Tuhan tetapi dia akan mengatakan dirinya Tuhan. Bila sesebuah kerajaan atau pihak telah sampai ke peringkat begini, pendapat dan nasihat yang benar daripada rakyat tidak dipedulikan walaupun hujah dan dalil yang diberikan oleh rakyat berserta bukti sangatlah jelas, sangat kuat, sangat meyakinkan dan menang. Jadi, apakah yang dapat menyedarkan pihak yang dah sampai ke peringkat ini? Selalunya yang menyedarkan ialah bala daripada Tuhan akan menimpa mereka dan menghancurkan segala kekuasaan dan kebanggaan mereka. Ketika itu air mata penyesalan berdarah tidak berguna lagi.

Untuk mengatakan sejauh mana bidaah sesat dalam perkhidmatan awam, tidaklah pernah saya buat penyelidikan menyeluruh dan tidaklah saya tahu ada pihak lain yang membuat penyelidikan seperti ini, apa lagi menyeluruh, tidak ada. Jadi, artikel yang dipaparkan di sini hanya untuk memberikan contoh-contoh sahaja untuk mendorong pihak lain membuat kajian yang lebih mendalam tentang sejauh manakah budaya warga perkhidmatan awam bebas dari kesesatan atau bidaah sesat. Lagi pun, untuk membuat penyelidikan yang lebih berkualiti, seseorang itu harus mendalami Islam secara menyeluruh. Masalahnya, untuk ini, memerlukan pula kaedah penyiasatan sama ada sesuatu sumber itu bebas dari kesalahan terjemahan atau sengaja disalah-tafsirkan. Belum lagi peringkat memahaminya.

Mari saya mengajak anda memikiri contoh-contohnya secara falsafah yang amat mendalam:

1= Tidak kira, apa pun aktiviti yang dilakukan dalam perkhidmatan awam, baik atas nama Islam atau bertujuan Islam kononnya atau tidak atau kedua-duanya, tentu ada keadaan bersufur, bertabaruj, berikhtilat. Semua ini adalah jelas haram. Bila situasi ini haram, ia tidak boleh dilakukan. Aktiviti itu sepatutnya dihapuskan atau dihalangi. Tetapi disebabkan telah jadi kebiasaan dan dilakukan secara beramai-ramai sejak zaman "purba", maka, ia kelihatan sentiasanya dipandang sebagai halal dan wajib. Saya tidak mahu menjelaskan mengapa semua ini haram kerana jika dijelaskan, amat panjang dan mungkin membuat anda bosan membacanya. Jadi, saya minta dan cabar anda membeli atau membaca kitab "Wanita Wajib Berpurdah", terbitan Pustaka Syuhada jika anda benar-benar mencintai Allah dan rasulNya. Bukan berarak macam orang bodoh membazir masa, wang, tenaga berarak maulud nabi tetapi dalam kehidupan, masih banyak tindakan yang dianggap tidak mencintai rasul. Kitab ini telah menggunakan salah-satu pencetus atau penderia kebenaran atau the sensor of the truth iaitu teknik Pengumpulan Semua Pendapat. Dengan teknik ini, maka dapat dikenalpasti hujah dan dalil pihak manakah yang terkuat, yang dianggap benar dan menang. Sehingga artikel ini ditulis, saya masih tidak menemukan ada dalil atau pendapat lain, yang secara mantik atau naqli dapat mengalahkannya. Justeru, kitab ini haruslah dianggap sebagai satu ajaran ISLAM sejati, tulin, sebenar dan tidak dianggap sebagai satu ajaran bermazhab kecuali jika kemudiannya ada ditemui pendapat dan dalil serta petunjuk lain yang dapat mengalahkannya. Kitab ini dengan jelas mewajibkan wanita berpurdah iaitu menutup kepala, wajah dan seluruh badan kecuali mata dan akibat tidak berpurdah, diancam siksaan di akhirat.

2=Pernahkah anda membaca kitab berkenaan Nabi Muhammad bersoal-jawab dengan Iblis? Jika anda membacanya, maka, fahamlah banyak kebiasaan masyarakat hari ini, khususnya, budaya kerja atau aktiviti dalam perkhidmatan awam yang tidak kena dengan Islam, atau haram. Contohnya, alat muzik haram, menyanyi lagu cinta itu haram [kecuali lagu cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad], wujudnya pendidikan bercampur [manusia mempelajari sumber yang telah diubahsuai oleh syaitan [jin] dan "syaitan manusia"[manusia] mengikut selera nafsu dan pemahamannya, baik atas nama pendidikan formal atau tidak, baik atas nama pendidikan Islam, falsafah, moral, kaunseling, psikologi atau sivik atau tidak, semuanya tidak mustahil jika ada yang wujud begini. Saya hairan mengapa mereka yang jawatannya ada kaitan dengan kaunseling atau psikologi dibayar gaji begitu banyak pada gaji maksima? Adakah agar mereka boleh dipergunakan untuk menentang sesuatu hujah golongan yang benar yang anti-kerajaan? Kesufianlah yang sebenarnya dapat membentuk personaliti yang baik dan teguh. Psikologi itu boleh juga digunakan tetapi sejauh manakah ia sesuai dan benar dengan Islam atau kesufian? Sila rujuk kitab "Mengenal Diri & Wali Allah"[Walaubagaimanapun, ada juga kandungan dalam kitab ini tidak dapat diambil jadi kepercayaan atau apa kerana tidak disertakan dalil dan hujah yang kuat, misalnya persoalan TAWASUL yang sepatutnya ada bukti dalil naqli kerana tindakan tawasul ini seperti mempertuhankan wali Allah yang telah menjadi mayat. Tidaklah saya tahu apakah sebenarnya pegangan penulis kitab tersebut, apakah dia mempercayai tawasul boleh dilakukan atau tidak atau adakah keterangan yang seperti membolehkan tawasul itu adalah sebenarnya bidaah sesat yang dia tidak pernah tulis tetapi telah disabotaj dalam penerbitan dalam tahun-tahun kemudiannya yang tertentu???].

3= Zaman kita adalah zaman fasa keempat akhir zaman yang diistilahkan sebagai zaman diktator. Pemimpin negara, organisasi atau lainnya suka dan gila memerintah. Yang sedih dan menyakitkan hati, tidak semua perintah itu diredhai Allah atau tidak semuanya sesuai dengan Islam, malah haram dan wajib dibantahi tetapi yang membantahi dianggap penderhaka tetapi sebenarnya bukan penderhaka tetapi pejuang revolusi kebenaran dan Islam. Akan dikenakan tindakan tatatertib atas kedegilannya taat Islam yang sebenar. Perkara yang Allah wajibkan tidak diwajibkan, yang Tuhan halalkan, budaya perkhidmatan awam mengharamkan atau mengekstrimkannya, yang Tuhan haruskan sahaja hukumnya, disunatkan pula, yang Allah haramkan, dimakruhkan atau dihalalkan. Yang Allah tidak wajibkan, diwajibkan tanpa ada reason dalil naqli. Contoh yang jelas, menghisap rokok itu bukan lagi difatwakan makruh. Itu dulu tetapi sekarang diharamkan. Inilah hukum yang benar. Bukan makruh yang benar. Jika sesebuah kerajaan itu jujur, tentu cukai rokok tak diambil, tentu kilang rokok diharamkan beroperasi, tentu ladang tembakau dimusnahkan. Tetapi, di tempat kursus termasuk kursus bina negara, peserta dibenarkan hisap rokok di tempat khas padahal benda haram yang ditelan asapnya itu pastilah menambahkan kekotoran ruh kalbu yang dapat mendatangkan penyakit jiwa dan mental secara sedikit demi sedikit misalnya yang dapat meruntuhkan negara, bukan membina negara tetapi bila ada orang yang tidak mahu hadir majlis makan yang berikhtilat lelaki dan wanita, malah bersufur dan bertabaruj wanita di situ, orang itu dituduh dengan pelbagai fitnah padahal ketidak-hadirannya kerana Allah tidak mewajibkan hadir makan jika tak mahu makan dan juga kerana tidak mahu bersyubahat sama dengan dosa berikhtilat. JUSTERU, makan seseorang itu di tempat yang pelik kerana ini adalah diredhai Allah walaupun perbuatan itu dianggap salah pada peraturan budaya perkhidmatan awam. Allah dan malaikat menjadi saksi atas niat yang tidak mahu hadir itu. Mari melihat secara falsafah mendalam tentang contoh-contoh berikutnya:

3.1= Pendidikan latihan yang dipaksakan, contoh 10 hari kursus setahun dan sebagainya. Biarlah saya jelaskan, pengalaman saya sejak saya dari zaman dahulu lagi mendengar khutbah jumaat, mahu pun ceramah agama dalam video atau tv atau radio atau hadir kursus, menunjukkan banyak daripadanya saya memang telah tahu sebelum diceramahkan. Bukan hendak puji atau membangga diri atau kata diri saya tidak jahil atau bukan nak kata saya lebih pandai. Tetapi itulah pengalaman saya. Bukan sahaja pengalaman saya membuktikan pendidikan hari sebenarnya ada elemen tidak berkualiti juga tetapi jika anda membuat penyelidikan dengan jujur mendalam, pasti anda akan menemui hakikat yang menyedihkan ini. Kualiti kursus tidak berkualiti, malah sebenarnya, banyak tidak perlu atau tidak berkaitan dengan tugas rasmi atau pun aktiviti yang mungkin jadi budayanya dalam perkhidmatan awam. Ini pembaziran. Pembaziran itu haram. Itu belum masuk bab lain seperti berikhtilat, bertabaruj, bersufur. Malah setahu saya Islam tidak pernah kata, kamu kena baca buku atau hadir kursus setahun, sebanyak itu atau sebanyak ini. Dari segi dunia, pada pendapat saya, eloklah tidak diwajibkan melainkan ia ada kaitan dengan tugas rasmi dan memang sebelumnya seseorang itu tidak pernah mempelajarinya dan perlu mengulanginya dan bukan sentiasa dipaksa mengulanginya seumur hidup dalam perkhidmatan awamnya sehingga kerja penceramah kursus itu sudah jadi satu bentuk perniagaan yang merugikan peserta dan menguntungkannya dan pihak-pihak tertentu. Ambil contoh, sebuah kolej komuniti menganjurkan kursus basuh kasut sekolah untuk pelajar tadika. Ini bukanlah satu perkembangan yang baik, malah menjadi petunjuk yang mendukacitakan sebenarnya kerana ia membayangkan banyak keluarga hari ini begitu cinta dunia, lalai dan tamak dunia serta menyibukkan diri dalam urusan dunia dan perniagaan sehingga tiada masa hendak ajar anak basuh kasut. Berapa lamakah tempoh yang diajar di rumah kalau fasal basuh kasut sahaja? Tak perlu alat canggih seperti komputer, untuk ibu bapa mengajar anaknya basuh kasut. Tetapi mungkin kursus basuh kasut itu akan diulang-ulang kepada peserta yang sama pada tahun-tahun berikutnya dengan alasan setiap orang wajib kursus 10 kursus setahun atau apa. Ia jelas mewajibkan yang Allah tak wajibkan, malah menafikan kebebasan seseorang dalam memilih dan menentukan hak dan tindakannya sendiri yang sesuai dengan Islam yang berkaitan pendidikan. Bayangkan, khutbah jumaat, harus dibaca mengikut selera pemimpin atau kerajaan yang disebabkan ini, banyak ilmu Islam yang tidak pernah diketahui atau jarang dipelajari masyarakat tidak diketahui.Islam itu luas ilmunya umpama lautan yang tidak bertepi. Itu belum masuk bab imam yang belum cukup kelayakan jadi Imam sebenarnya tetapi terpaksa ambil orang yang sebenarnya tidak cukup layak sebab tiada orang lagi yang layak. Itu belum masuk bab sejauh manakah bersih hati si Imam solat atau pembaca khutbah itu. Kemudian, diadakan aktiviti meminta staf kerajaan hadir aktiviti di masjid padahal solat patut dilakukan dengan keikhlasan, bukan disebabkan terasa dipaksa hadir solat berjemaah sunat. Padahal Allah telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memilih, iaitu solat sunat itu dibuat jika mahu dan boleh ditinggalkan. Tetapi diktator hari ini, baik atas nama pengarah atau tidak , suka berlagak macam Tuhan, seolah-olah mereka itu maksum dan tak perlu mendengar penjelasan orang yang mengingkari perintahnya. Begitu juga, memaksa orang hadir belajar agama Islam. Katakan kursus fardu ain diwajibkan. Tetapi peserta kursus sebenarnya telah mempelajarinya dari sumber atau dengan cara yang lain. Bukankah ini satu pemaksaan yang tidak wajar?. Sepatutnya jika demikian, diberi kebebasan kepada seseorang itu untuk menilai sama ada dia patut atau sunat sahaja menghadirinya. Kalau ikut Islam seboleh-bolehnya, wajib lelaki sahaja yang mengajar pelajar lelaki, wanita mengajar wanita sebab berikhtilat itu haram. Ambil contoh lain, pembaziran sumber rujukan. Di sekolah-sekolah menengah, selalu buku rujukan syarikat lain pula dibeli. Bila masuk tahun baru, adalah buku lain dibelikan yang jadi hak jabatan sains dan matematik misalnya. Jadi, rak buku penuh dan banyak rujukan lama terbiar tidak digunakan. Ini satu pembaziran keterlaluan seolah-olah ada pakatan kongsi untung secara rahsia antara pihak tertentu dalam perkhidmatan awam dengan syarikat buku tersebut. Sepatutnya, kajian menyeluruh dibuat sama ada perlu atau lebih baik membeli rujukan yang baru yang sepatutnya lebih jelas, lebih ringkas, lebih mudah difahami dan diingati, lebih lengkap.

3.2=Berikhtilat dalam bekerja itu haram. Tetapi ia dibiarkan. Kalau sesebuah kerajaan itu sanggup membina stadium untuk tujuan sukan [=sesuatu yang bukan kecemasan, bukan keperluan dan tidak diwajibkan Allah] yang membazirkan, maka, tiada alasan tiada wang atau tempat atau apa untuk melaksanakan pekerjaan tanpa berikhtilat. Justeru, jika ada kakitangan kerajaan yang enggan bekerja disebabkan berikhtilat, maka itu adalah atas perintah Allah dan kerana ini tidak timbul ia makan gaji buta tetapi sesiapa yang melakukan ini pastilah dianggap salah disisi peraturan bikinan otak manusia yang dipengaruhi oleh sistem, konsep dan kebudayaan bukan Islam, seperti sistem dan budaya barat yang dianggap moden dalam perkhidmatan awam.

3.3= Kita telah menemui banyak bukti bahawa tanda-tanda kiamat kecil telah banyak terjadi, malah ada yang mengatakan semua telah terjadi kecuali alamat besar. Jika begini, apakah kita akan terus menyibukkan diri dengan aktiviti itu dan ini dengan alasan ia diperintahkan atau telah menjadi peraturan awam? Jika hati kita benar-benar tersentuh dengannya, ia akan meresap ke kalbu dan membuat kita seboleh-bolehnya mengelakkan dari menyertai aktiviti atau mencipta aktiviti dan memikiri semula berulangkali apakah sebenarnya aktiviti itu atau adakah aktiviti itu benar-benar perlu atau adakah ia sebenarnya bukanlah kecemasan dan tidak juga keperluan. Jika difikiri secara jujur, Islam dan menasabah serta mendalam, maka banyak dari aktiviti yang jadi budaya dalam perkhidmatan awam tidaklah diperlukan, bahkan tidak kecemasan. Justeru, tidak boleh diwajibkan mengadakan aktiviti atau mencipta aktiviti sedemikian. Mewajibkan secara otomatik seseorang staf menjadi ahli kelab staf. Apakah akan runtuh banggunan jika ada yang enggan jadi ahli? Apakah akan jatuh langit? Apakah akan ada yang kebuluran? Apakah akan ada kemiskinan, malapetaka, merebaknya penyakit atau datang masalah jika tidak jadi ahli kelab staf? Namun walaupun semua itu tiada, diwajibkan juga. Yang ingkar dianggap penderhaka padahal yang menganjurkan dan memaksa itulah penderhaka kepada Allah dan rasulnya kerana tiada dalam Islam mewajibkan jadi ahli kelab staf. Seseorang itu boleh berfungsi tanpa menjadi ahli kelab staf. Bila jadi ahli kelab staf, wangnya dipaksa dipotong untuk yuran kelab, kemudian digunakan untuk tujuan yang tidak berfaedah [melancung,beli suratkhabar UTUSAN MELAYU yang mungkin ada ahli kelab menganggapnya sebagai UTUSAN MELOYA, aktiviti sambut harijadi dan entah apa-apa sebagai misalan]. Jadi, ambil misalan lain, AJK keceriaan. Apakah, umat Islam tidak dididik untuk menjadi orang yang bersih dan suka kemas dan rapi? Apakah tidak boleh seseorang dalam organisasi itu dapat memantau atau menilai dan mengadukan keadaan dalam sesuatu unit sehingga tidak perlu wujud AJK Keceriaan? Jawabnya boleh. Apakah tidak cukup ajaran Islam sehingga konsep 5S harus dipelajari? Apa yang lebih patut diterapkan ialah pembersihan jiwa. Jika diajarkan sahaja, hati tidak akan terubah secara otomatik menuruti budaya sihat dan cemerlang. Justeru, pertandingan keceriaan bukanlah jawapan sebenar pendorongan, malah unsur tidak ikhlas dan konspirasi mungkin ada dalam pertandingan termasuk perebutan gelaran yang berkaitan. Ketidakikhlasan adalah syirik halus. Seseorang tidak akan tahu dosanya yang seberat zarah.Tidak ada saintis yang sanggup mencipta mikroskop kalbu. Jadi, tidak menyertainya adalah lebih baik untuk mengelakkan tragedi ini. Bahkan yang tidak menyertai pun tidak dapat mejamin keikhlasannya, apa lagi jika menyertainya apa juga aktiviti dengan alasan hendak APC. Musuh Islam mengetahui kepentingan keikhlasan dalam Islam dan untuk melemahkan Islam, ada saja budaya yang diperkenalkan dan dipopularkan seperti mewujudkan APC. Pada logiknya, seseorang yang benar-benar ikhlas bekerja cemerlang, tidak akan ingin APC dan tidak melakukan atas tujuan hendak APC. Jadi, jangan salahkan jika seseorang itu enggan hadir majlis anugerah APC untuknya. Demikian juga pemantauan kantin. Kenapa perlu AJK pemantauan kantin? Apa tidak cukupkah saksi yang hadir makan atau sesiapa sahaja boleh melihat dan pantau kantin dan buat aduan bersama bukti seperti rakaman video? Sebenarnya, syaitan telah banyak mengecilkan diri dengan memakai serban dan jubah masuk melalui perjalanan darah, tiba di otak, ia membisikkan ini perlu diwujudkan, AJK, ini perlu diadakan, itu ini juga perlu. Syaitan menggunakan hujah agama juga tetapi ramai yang tewas terpedaya kerana syaitan pandai membuat manusia melihat yang kurang perlu itulah yang lebih perlu, yang tidak perlu itulah yang perlu, yang perlu itulah tidak perlu, yang lebih perlu itulah yang tidak perlu, yang harus itulah wajib, yang wajib itulah yang tidak harus, yang makruh itulah sunat, yang sunat itulah makruh, yang sunat itulah wajib, yang haram itulah halal dan lainnya. Adalah mungkin lebih baik mewujudkan jawatan khas dalam pekhidmatan awam yang bernama "Pemantau Am" yang berkhidmat kekal di sesebuah tempat atau organisasi atau jabatan itu daripada memaksa tambahan tugas sampingan kepada tugas rasmi yang sudah tentu ada impak buruknya juga seperti mengganggu tugas rasminya, menambah tekanan kerja, meletihkan dan lainnya. Demikian juga sambutan hari jadi atau perkahwinan jika ada majlis ini dalam sesebuah jabatan, misalnya di dewan serbaguna jabatan tersebut. Jika Islam tidak memaksa kehadiran kepada yang dijemput, begitu jugalah dalil apakah yang mewajibkan ada AJK yang berkaitan sambutan dan majlis seperti itu? Tahukah majlis perkahwinan itu jadi haram sebab berikhtilat di dalamnya? Pengantin sepatutnya ditontoni atau dilihat oleh muhrimnya sahaja kerana tujuan perkahwinan itu bukan untuk mendedahkan aurat atau berikhtilat tetapi memaklumkan telah berlaku perkahwinan. Malah budaya masyarakat semakin pelik. Sekarang, kalau hadir majlis makan, yang dijemput, sebelum balik, memberi sedekah kepada.....[mungkin ibu atau bapa pengantin]. Bidaah apakah ini? Seolah-olah datang ke majlis makan perkahwinan itu kena bayar, bukan free. Dalam Islam, hendak bersedekah ada syarat keadaannya, seperti kepada siapa boleh disedekahkan dan dalam keadaan yang mana. Demikian juga, tiada orang boleh dipaksa dalam Islam untuk berniaga atau menyertai koperasi. Hak dialah hendak jadi ahli koperasi atau tidak. Jika dipaksa, samalah seperti satu rompakan ke atasnya bila wangnya dipotong [yuran koperasi dan entah apa-apa lagi]. Tuhan memberikan jalan mudah kehidupan melalui kebebasan yang diredhaiNya yang dengan itu manusia menikmati kehidupan tetapi manusialah yang menyempitkan pernafasan kehidupan melalui bidaah-bidaah yang mereka wajibkan ke atas dirinya dan orang lain. Sehingga nilai kemerdekaan itu semakin jatuh. Kehadiran Perhimpunan dan cukai serta sukan. Ini akan saya sentuh juga. Berdasarkan pengalaman, menunjukkan banyak perhimpunan tidak diperlukan sebenarnya, tidak boleh wajib sepatutnya. Sepatutnya mempermudahkan cara seperti melalui emel jabatan, papan notis, atau mensasarkan kepada pihak yang perlu sahaja. Demikian juga mesyuarat. Pengalaman juga menunjukkan seperti itu bertahun-tahun lamanya. Banyak dari mesyuarat tidak diperlukan kerana perbincangan yang bukan dianggap mesyuarat rasmi selalu dapat dan boleh dilakukan, malah lebih menjaga privasi dan menjaga jangan sampai aib seseorang terbuka yang bila terbuka mungkin timbul fitnah, malah perbincangan seperti itu lebih dapat menyuarakan suara hati, lebih tenang, lebih selesa dan lebih cepat selesai. Justeru, mungkin ada masanya tidak boleh memaksa sesiapa bermesyuarat melainkan "dipromosikan" terlebih dahulu sehingga mengetahui seseorang itu yakin bahawa dia tidak perlu hadir mesyuarat kerana tiada masalah dalam dirinya yang berkaitan kerja dan sebagainya terutama seperti masalah yang memerlukan keadaan perbincangan yang lebih privasi tidak dapat dibuat dalam mesyuarat. Sukan adalah satu budaya yang tidak pernah menjadi keperluan dalam masyarakat, apa lagi kecemasan. Jika sukan itu untuk tujuan sihat, orang boleh bersenaman bersendirian. Jika sukan itu hiburan, hiburan yang sebenar adalah yang membersihkan hati kerana hatilah nilai kehidupan yang akan dinilai di akhirat. Jika sukan itu untuk merapatkan perhubungan, banyak cara lain untuk merapatkan hubungan. Sebenarnya sukan adalah pemikiran orang jahil, yang kebaratan, yang dipopularkan oleh musuh-musuh Islam supaya orang Islam lalai dengan permainan, kembali ke alam kanak-kanak, berikhtilat, membuka aurat, bertabaruj, bersufur, membazirkan wang, masa dan tenaga dan lainnya. Alasan yang diberikan untuk sukan sebenarnya rapuh macam keropok.Tabaruj dan sufur telah banyak menyebabkan lelaki dan wanita berikhtilat. Ikhtilat pula terbukti telah banyak mendorong khalwat lelaki dan wanita. Khalwat sebagai pintu perzinaan telah banyak terbukti dibuka menjadi medan perzinaan. Ujian fizikal konon melalui sukan? Ini adalah alasan yang jahil dan bertujuan apa sebenarnya? Apakah seseorang itu tidak boleh menilai fizikalnya sendiri melalui gerakerja seperti latihan fisioterapi yang dia boleh buat sendiri di mana-mana? Tentu boleh. Justeru, pemaksaan dalam aktiviti ujian ini adalah disertai hujah yang mengarut.

3.4= Sesungguhnya budaya pemotongan cukai gaji dan sebagainya adalah budaya haram kerana ada hadis yang melarang pengutipan cukai atas alasan apapun. Anda boleh klik laman web berkaitan untuk keterangan lanjut seperti:

[https://hizbut-tahrir.org.my/2009/12/27/cukai-adalah-sumber-pendapatan-dalam-dunia-kapitalisme-ianya-haram-di-sisi-islam/] [Penting Diingatkan Bahawa Saya Tidaklah Menyokong Semua Perjuangan Hizbut Tahrir kerana saya tidak pernah membuat kajian terhadap keseluruhan kitab dan rujukan yang digunakan oleh pihak Hizbut Tahrir Malaysia, secara khususnya, dan Hizbut Tahrir seluruh dunia, secara amnya. Pendapat pengasas Hizbut Tahrir yang mengatakan wanita boleh dedah wajah adalah ajaran yang salah/sesat. Boleh dedah hanya di hadapan muhrim dan jika di hadapan bukan muhrim boleh dedah dengan syarat tertentu seperti tujuan darurat [perubatan]. WANITA WAJIB BERPURDAH DI HADAPAN BUKAN MUHRIM IAITU MENUTUP WAJAH, KEPALA DAN SELURUH BADAN KECUALI MATA.

3.5= Budaya memfitnah juga telah menjadi perangai macam-macam kerajaan dalam dunia termasuklah warga perkhidmatan awam. Sila rujuk pautan ini juga:

[https://hizbut-tahrir.org.my/wp-content/uploads/2016/06/Jawapan-Fatwa-Kedudukan-Hizbut-Tahrir.pdf]

Setakat ini sahajalah buat masa ini artikel saya ini kerana kalau hendak dijelaskan lebih banyak, saya mampu menulis sebuah buku khas berjudul BIDAAH SESAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI SELURUH DUNIA.

from:

Perintis Kesedaran Falsafah Seven In One

The Founder of One In Seven Philosophy Movement

....----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.....

THIRD ARTICLE FROM HIMALAYA PIG OR 3= PENYELESAIAN MASALAH MAZHAB:-

Editan Isnin 6.2.2017 : Penyelesaian Masalah Mazhab bagi pembentukan Islam tanpa Mazhab melainkan Islam Sebenar Sahaja!!:-

Islam yang sejati ialah yang tiada dinamakan mazhab, yang tepatnya Islam sahaja. Sepatutnya, tiada timbul mazhab kerana segala yang Allah hendak ajar kepada manusia telah disampaikan melalui Nabi Muhammad. Bermakna Islam telah sempurna sebelum kewafatan baginda rasulullah. Apabila timbul mazhab dalam Islam selepas kewafatan nabi Muhammad, bermakna telah timbul semula ijtihad dan fatwa yang berbeza-beza, malah ada yang berlawanan hukumnya. Pada kemenasabahan, ijtihad itu boleh dilakukan sebelum sempurna wahyu diturunkan, sebelum segala wahyu dan sunnah telah diajari. Jika terjadi ijtihad selepas kewafatan baginda, ia adalah petunjuk yang jelas yang menunjukkan:

1= Berlaku kepincangan teks, ada kesalahan tafsiran, maklumat yang benar dan salah bercampuran dalam pendidikan formal atau tidak

2= Pihak atau kerajaan yang menentukan apa yang boleh jadi teks pendidikan itu jahil dan ada yang sengaja menyalah-tafsirkan kerana tujuan jahat

3= Ada sumber Islam Tulin yang jernih 100% tiada mahsyur dan tidak mendapat tempat di pusat pendidikan, malah dianggap sesat walaupun sebenarnya itulah salah-satu sumber Islam yang tulin.

4= Ada sumber Islam Tulin yang hilang. Contohnya, hilangnya Imam Mahdi adalah satu kehilangan sumber tulin kerana Imam Mahdi ialah sumber Islam tulin yang lengkap 100%. Sebenarnya, perbezaan pendapat, khususnya masalah mazhab dapat diselesaikan sebelum kedatangan Imam Mahdi walaupun tiada jaminan semua yang diperselisihkan dapat diselesaikan dengan penyatuan akal atau persetujuan dan keyakinan yang sama bagi setiap orang. Untuk menyelesaikan masalah ini, memerlukan pencetus. Dan akan lebih baik jika masalah bahasa diselesaikan juga.

....------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------...

4= REFORMASI BAHASA MELAYU & KEPENTINGAN BAHASA ARAB- himalaya pig:-

Editan Reformasi Bahasa Melayu & Kepentingan Bahasa Arab pada Isnin 6.2.17:

Saya berpendapat, jika anda seorang melayu, eloklah anda memahirkan diri dengan bahasa melayu, English & Arab. Bahasa Melayu untuk anda memahami English & Arab. English bahasa dunia tetapi untuk penyatuan Islam dalam takrifan Islam tulin dan sejati, bahasa Arablah bahasa antarabangsa Islam atau bahasa Dunia Islam. Ada sumber mengatakan penduduk syurga berbahasa arab. Dengan kemahiran bahasa Arab, anda dapat lebih memahami ajaran Islam dan dapat mengesan kesalahan tafsiran tentang firman atau hadis. Juga, ia membantu anda memahirkan diri dengan tajwid dan menghafal al-Quran. Juga, supaya anda dapat beribadat dengan lebih sempurna dan memperbaiki ibadat atau membetulkannya.

Jarang orang memperkatakan tentang kegilaan mencipta bahasa dan istilah. Terlalu banyak makna yang sinonim atau seerti, adalah memberi impak kehilangan maklumat di otak kerana otak juga mempunyai saiz ia menyimpan ingatan. Bila semakin tua, daya ingatan juga semakin lemah. Terdapat banyak perkataan terutama seperti English yang mempunyai lebih dari satu makna. Yang menyakitkan hati, makna yang lain bagi perkataan yang sama dalam English mempunyai makna yang tidak baik seperti lucah dan jenayah, seolah-olah menggalakkan ingatan tentang semua itu dan mungkin mendorong kejahatan. Perkataan seperti ini elok tidak dijadikan bahasa melayu walaupun hampir sama ejaannya.

Kempen sebutan melayu baku memang sukar dan telah gagal. Sistem baku masih boleh wujud walaupun ia tidak dipraktikkan kerana masalah kebiasaan masyarakat tidak biasa membakukan sebutan yang jadi kebiasaan. Katakanlah jika ada usaha menghapuskan perkataan-perkataan dan mengekalkan dan mencipta perkataan ganti atau baru, apakah ciri-ciri atau syaratnya??

Contoh panduan atau syaratnya:

1= Menghapuskan perkataan yang lebih banyak ejaan atau sukukata dan mengekalkan yang lebih pendek atau terpendek atau mencipta gantian yang lebih sedikit ejaan atau hurufnya atau sukukatanya terutama perkataan yang ringan, selesa dan mudah serta sedap bunyinya bila dituturkan atau dilisankan.

2= Menghapuskan perkataan yang kasar bunyinya seperti "engkau". Hapuskan terus dari kamus, dari penggunaan rasmi [urusan pejabat ] dan dari kebiasaan lain.

3= Mengutamakan bahasa Arab untuk dimelayukan terutama yang berkaitan ibadat seperti konsep perniagaan ala Islam.

Perlaksanaan penghapusan, penyesuaian, penciptaan baru oleh kerajaan, khususnya, oleh Dewan Bahasa & Pustaka, eloklah merujuk panduan seperti di atas. Tambahkan syarat lain yang difikirkan elok dan menasabah atau perlu jika ada. Jika perlaksanaan ini dilakukan, teks-teks pendidikan formal dan tidak formal harus memakai sistem baru Bahasa Melayu ini dan mungkin dinamakan sebagai Bahasa Melayu Baru atau Bahasa Malaysia Baru atau ditulis begini sahaja: "Bahasa Melayu [baru] atau Bahasa Malaysia [baru]".

Bagi menjayakan perlaksanaannya sehingga menjadi kebiasaan, kamus tidak mengandungi perkataan yang telah dihapuskan/dibatalkan kewujudannya, urusan rasmi dan kebiasaan masyarakat harus membiasakan dengan yang baru ini. Usaha kempen begini, mungkin lebih berjaya jika English juga memasuki alam perubahan begini termasuk bahasa Arab [tetapi bahasa Arab yang ada dalam firman dan hadis tidak diubah, malah terus digunakan] berdasarkan syarat-syarat perubahan yang wajar, terbaik dan boleh diterima pakai. Syarikat-syarikat harus mencetak risalah baru seperti risalah penggunaan peralatan yang sesuai dengan konsep reformasi bahasa ini.

<---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->

5>9.17am 7.2.2017:Edit 15/2/17 PENGENALAN HIMALAYA PIG [=BABI HIMALAYA]:

Saya tidak suka dikenali. Saya sangat membenci kemahsyuran. Saya seorang yang suka berfikir secara komplek dan transparensi, menembus hingga ke tahap extra-ordinary. Ada pencerobohan akaun wikipedia saya pada 6 februari 2017. Saya telah log out. Bila saya kembali ke komputer, ia telah log in. Kenapa wikipedia tidak menyediakan menu yang berfungsi untuk tukar password?? Jika anda melihat versi yang berubah-ubah secara tidak menasabah misalnya, seperti versi saya tidak tetap pendirian secara kerap mungkin itu menunjukkan artikel saya itu telah diubah oleh penggodam yang menceroboh akaun wikipedia saya. Walaubagaimanapun, saya minta maaf jika penulisan saya dari yang pertama wujud sampailah yang terakhir pada masa akan datang mengandungi intipati yang menyinggung perasaan, yang tidak atau kurang tepat, yang tidak benar, tidak berkualiti. Saya minta maaf kepada seluruh manusia penghuni planet ini. Anggaplah permohonan ini juga saya lakukan walaupun saya telah tiada lagi di dunia. The Orange Uthank ialah juga nama pena saya.

Saya seorang yang mempunyai banyak falsafah. Falsafah-falsafah saya ada yang diberikan namanya, ada yang tidak. Semua falsafah bernama itu telah digabungkan dengan satu nama iaitu Love Seven In One atau One In Seven. Falsafah dalam hidup saya terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ialah falsafah yang disebarkan kepada dunia, kumpulan kedua ialah falsafah sebagai pengetahuan untuk saya dan keluarga tercinta saya dan yang ketiga ialah falsafah yang khas untuk saya sahaja. Saya telah berfalsafah sehingga ke tahap pemikiran international seperti seorang yang memimpin dunia. Saya telah mengistilahkan kumpulan pertama ini sebagai "Tempat Rahsia Yang Terbuka". Bahagian inilah yang paling banyak berkembang dalam Love Seven In One yang menyentuh pelbagai tema kehidupan yang penting. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berharap agar saya sedaya-upaya tidak akan menulis di wikipedia Rahsia Yang Terbuka ini kerana sebab-sebab privasi dan rahsia. Saya mempunyai pendapat-pendapat saya dan strategi saya yang tersendiri, istimewa dan unik untuk mengubah dunia.

The Himalaya Pig

As The Orange Uthank

As The Love Seven In One Pioneer

As Pengasas Gerakan Kesedaran Falsafah One In Seven

6>10.13am Selasa 7 februari 2017. Edit 10.2.17: LAPAN SUMBER ISLAM

Sumber Pertama ialah Nabi Muhammad. Kedua ialah Khulafa sejati iaitu Ulamak ahlil-bait iaitu ulamak-ulamak yang ada perhubungan kekeluargaan dengan nabi Muhammad yang tersebut nama mereka dalam hadis-hadis shahih bahawa merekalah pengganti nabi Muhammad sebagai pemerintah negara Islam. Justeru, bukan kesemua ulamak yang ada perhubungan kekeluargaan dengan nabi Muhammad layak menjadi Imam [=pemimpin] atau khalifah [=Pengganti Nabi Muhammad sebagai pemerintah negara Islam]. Yang layak ialah yang nabi Muhammad mendapat tahu namanya dari wahyu yang beliau terima. Imam Mahdi ialah ulamak ahlil-bait terakhir yang tersenarai dalam hadis tersebut yang akan memerintah dunia secara sistem Khalifah. Hanya sistem Khalifah diredhai oleh Allah. Hanya sistem khalifah menjadi sistem politik Islam.

Sumber pertama dan kedua ialah sumber ISLAM TULIN YANG LENGKAP. Sumber ketiga ialah sahabat nabi, keempat ialah Ulamak Tabi'in [=Golongan manusia yang mempelajari Islam melalui sahabat nabi sehingga layak menjadi ulamak], kelima ialah Tabit Tabi'in [Golongan manusia yang mempelajari Islam melalui Tabi'in sebagai gurunya sehingga layak menjadi ulamak]. Sumber ketiga hingga kelima ialah SUMBER RUJUKAN ISLAM. Oleh kerana ia adalah sumber rujukan ia belum tentu memberikan nilai yang jelas dan diyakini dalam persoalan-persoalan tertentu kerana pelbagai faktor seperti pengetahuan ulamak-ulamak ini tidak sama tinggi dan daya ingatannya juga tidak sama kuat. Apa yang pasti sumber rujukan ini tiada jaminan daripada Allah dan Rasulnya dari segi kemaksuman ilmu dan kesempurnaan Ilmu Islam. Sebab itu ada sumber-sumber rujukan yang berbalah pendapat atau berbeza pendapat dengan sumber rujukan Islam yang lain. Tidaklah mustahil, jika keadaan ini adalah juga menjadi faktor kewujudan mazhab-mazhab dalam Islam.

Sumber keenam ialah Ulamak-ulamak kutubussittah [Kutub al-Sittah] yang dianggap sebagai pakar hadis. Sumber keenam ialah sumber penyelidikan Islam. Ini bermakna mereka melakukan kajian terhadap sumber rujukan Islam melalui kaedah-kaedah seperti kaedah yang dirintis oleh Imam Bukhari. Majoriti umat Islam menganggap mereka adalah pakar hadis shahih kerana menggunakan kaedah penapisan hadis yang dianggap betul dan menasabah.

Walaubagaimanapun, lebih ramai yang tidak tahu bahawa Imam Bukhari yang dianggap sebagai sumber paling shahih berbanding dengan sumber keenam yang lain melakukan solat istiharah sebelum menulis sesuatu hadis. Justeru, ini menunjukkan bahawa kaedah penapisan sahaja tidak memadai bagi Imam Bukhari, malah untuk memuaskan hati beliau mengerjakan solat sunat istiharah sebelum membuat keputusan muktamad hendak menulis sesuatu hadis itu dalam bukunya. Secara tersirat, ini jelas menunjukkan bahawa Imam Kutub al-Sittah tiada jaminan mempunyai ilmu yang maksum dan tiada jaminan memiliki ilmu Islam yang lengkap 100%. Tetapi, oleh kerana umat Islam tidak banyak pilihan lain,barangkali, maka sumber keenam ini dianggap sebagai SHAHIH. Tidak mengapalah begitu. Saya juga mengganggap sumber keenam ini sebagai sumber ISLAM TULIN kecuali jika berlaku pada masa akan datang, ada sumber yang dapat melawannya, iaitu satu sumber yang lebih kuat, lebih dipercayai, lebih berkualiti.

SUMBER ketujuh ialah Ulamak Penentang Mazhab[=SUMBER PENYARINGAN SEMULA ISLAM] iaitu mereka yang jadi sumber penyiasatan semula Islam, yang tidak hanya menggunakan sumber rujukan Islam, sumber keenam,sumber mazhab dan malah segala sumber lain termasuk sumber ilmu dunia yang boleh dikaitkan atau kena dikaitkan dengan ISLAM. Jangan salah faham. Ulamak penentang mazhab ini tidaklah menentang ajaran empat mazhab secara terus tetapi mereka mempelajari dan menyiasat semula nilai atau tahap kebolehpercayaan ajaran mazhab dan mengambil ajaran mazhab tetapi sebahagian yang lain mungkin ditolak atau dibantah selepas kaedah penyaringan semula ajaran Islam dan mazhab dilakukan sehingga menemui sesuatu keputusan penilaian. Mereka mungkin menilai semula yang menyebabkan pegangan/sikap mereka berubah.Justeru, sumber ketujuh ini sebenarnya tidaklah boleh dikatakan menentang mazhab secara tepat dan tidak juga boleh dikatakan menerima mazhab secara tepat.

Sumber kelapan ialah Sumber bermazhab. Ini ialah sumber Islam Perlu/boleh dikaji semula. Sumber bermazhab yang paling mahsyur dan paling banyak pengikut di dunia ialah sumber 4 mazhab [Imam Hanafi, Hambali, Maliki, Syafie]. Ada seorang mengatakan ada ajaran mazhab yang dalam empat mazhab ini yang aneh dan tidak dibenarkan disebarkan. ANEH BUNYINYA. Jika benar, kenapa tidak dibenarkan disebarkan? Sumber bermazhab tiada jaminan maksum. Sebab itu pengasas 4 mazhab tidak pernah menjamin ajaran mereka bebas dari kesalahan atau bidaah sesat. Salah-seorang dari 4 mazhab itu pernah berkata bahawa dia adalah insan biasa dan jika ada hadis shahih yang menyalahkan ajaran beliau, maka hendaklah ikut ajaran hadis itu. Bila sebut insan biasa, bermakna 4 mazhab itu bukanlah wali Allah dan memang tiada nabi, rasul yang menjamin mereka itu maksum ilmu dan maksum perbuatan. Tuhan pun tak berfirman begitu.

JUSTERU, SIAPAKAH YANG BOLEH MENJADI BINTANG KEPADA MANUSIA SEKARANG SEBELUM KEDATANGAN IMAM MAHDI DAN NABI ISA??? MEREKA YANG BOLEH MENJADI BINTANG SEKARANG IALAH SUMBER PENYIASATAN SEMULA ISLAM IAITU SUMBER KETUJUH [ULAMAK PENENTANG MAZHAB]!!! Mereka inilah yang layak menjadi pemimpin keluarga, organisasi, pejabat, jabatan, unit, masjid, desa, kampung, mukim, daerah, negeri, negara. PILIHLAH YANG TERBAIK AKHLAK DAN TERBAIK ILMUNYA DIKALANGAN SUMBER KETUJUH UNTUK MENJADI BINTANG KEPADA MANUSIA SEKARANG DALAM USAHA MENYATUKAN ISLAM DENGAN MEMBUANG MAZHAB DENGAN MENGGANTIKANNYA DENGAN AJARAN ISLAM YANG DISEPAKATI SEMUA UMAT ISLAM KERANA TIADA HUJAH MANTIK DAN NAQLI DAN BUKTI YANG DAPAT MENGALAHKANNYA. Sumber Penyaringan Semula Islam Yang benar dan yang boleh dianggap bersifat penyaring semula yang boleh dipilih memiliki ciri-ciri khas seperti berikut:>👇 ✔Tujuan penyaringan memang ikhlas kerana Allah, bukan bertujuan lain seperti bertujuan politik, wang, seks dan lain-lain tetapi benar-benar kerana mencintai Ajaran Islam Yang sejati dan asli ✔Memiliki banyak pencetus yang boleh digunakan dan berkualiti. The sensor of the truth ini termasuklah kaedah pembelajaran kendiri yang dipertingkatkan kualitinya ✔Mempercayai bahawa pendidikan dan kebudayaan di seluruh dunia, yang formal atau bukan, tidaklah mempunyai ada kejujuran 100%. Kebenaran dan batil telah bercampur. ✔Mempunyai kaedah penapisan yang berkualiti terutama dapat mempertingkatkan kualitinya ✔Dirinya tak dapat diperalatkan oleh kerajaan jahil lagi fasik atau oleh pihak lain yang cuba merasuahnya agar tidak jujur dalam kerja penyaringan semula Islam ✔Dirinya tetap mempertahankan kebenaran walaupun diugut dan disiksa oleh musuh-musuh Islam

Kualiti sumber ketujuh akan dilihat lebih baik jika sumber ketujuh dapat bekerjasama dan sepakat dengan sumber ketujuh yang lain di dunia. Lagi ramai sumber ketujuh yang bersatu di dunia, lagi nampak berkualiti hasil penyaringan mereka, in shaa Allah. ____😃😆😂 ____________________________________________________________________________________________________

7> SUARA MERDU 08022017.Edit 10.2.17:

Artikel ini berdasarkan sebuah blog lain:

Suara merdu terletak di dalam tempayan besar. Masukkan kepala anda ke dalam tempayan dan menyanyilah dalam keadaan begitu. Suara anda ketika dalam tempayan tidak sama dengan suara anda ketika di luar tempayan [ketika menyanyi di luar tempayan]. Inilah salah-satu ciri suara merdu. Mungkin ciri ini paling bermakna kerana ia mampu memberi kesan kewujudan ciri merdu yang lain tetapi ciri ini dirasakan jarang ada pada penyanyi atau sukar mencari penyanyi yang mempunyai ciri tempayan ini.

Suara merdu mempunyai tenaga bertahan yang tinggi atau panjang. Tidak terputus atau terputus-putus atau jarang demikian pada lagu yang iramanya memerlukan tenaga yang tinggi. Ini satu lagi ciri suara merdu.

Suara merdu mempunyai kejelasan bunyi setiap sukukata yang tinggi. Bunyinya sangat serius, tidak seperti orang yang tidak bermaya.

Suara merdu menghasilkan getaran bunyi seakan-akan bunyi peralatan letrik yang bergesel. Ini selalu berlaku pada tekanan irama yang tertentu walaupun tidak sering terjadi. Bunyinya sangat halus dan hanya didengari oleh penyanyi pada pergeseran dekat gigi/gusinya

Suara merdu mempunyai daya sedutan tinggi seperti vacum cleaner. Justeru, penyanyi kena berjaga-jaga, jangan sampai pasir masuk ke tekak masa nyanyi!!

Suara merdu mampu menyembuhkan penyakit. Ada sumber menyatakan di luar negara, ada hospital yang menggunakan penyanyi suara merdu atau lagu penyanyi bersuara merdu untuk membantu penyembuhan.

Suara merdu mudah memberikan gambaran perasaan penyanyi kepada pendengar.

Suara merdu dapat menyebabkan jatuh cinta merindu sehingga sakit. Hal ini pernah terjadi dalam sejarah seorang penyanyi rakyat Malaysia yang dirindui oleh seorang yang sakit di Indonesia.

Tidak kesemua suara merdu mempunyai semua ciri suara merdu. Mereka yang cuba meniru suara penyanyi merdu diingatkan bahawa jika tidak berhati-hati, tekak anda boleh terluka atau berlaku pendarahan dalaman pada peti suara. Pendarahan ini dapat menyebabkan jangkitan yang mungkin menyebabkan kanser peti suara.

Nilai dan tahap kemerduan berkurangan disebabkan faktor seperti usia semakin meningkat, sakit, lagu yang iramanya kurang merdu atau tidak merdu atau penyanyi kurang bersemangat menyanyi.

8> BAGAIMANA MALAYSIA BOLEH DAN DAPAT MELIMPAHKAN KASIH-SAYANGNYA KEPADA BANGSA ROHINGYA???. [ Jumaat 24 Februari 2017]

Saya banyak melihat video tentang nasib umat Islam Suriah dan Rohingya. Tontonan saya ini akhirnya mendorong saya berfikir lebih jauh dan luarbiasa. Di artikel ini, saya akan mempamerkan pandangan tersebut.

Mereka [pelarian] bukanlah pendatang Tanpa Izin & bukan pendatang haram. Kerana mereka dihalau oleh kerajaan mereka atau dianiayai hingga perlu mereka melarikan diri dan mendapatkan pertolongan di negara lain. Mendapatkan bantuan ini adalah hak mereka yang wajib dilakukan oleh penyelamat dan orang yang simpati, orang yang sesaudara mereka, saudara seagama ISLAM. Bila sebut Bantuan, ia haruslah dapat memberikan erti kepada kehidupan mereka sebagai manusia, supaya mereka merasa diri mereka dihargai dan kemanusiaannya bermakna. Supaya mereka rasa dihargai kemanusiaannya, bermakna mereka seharusnya diberikan taraf warganegara di mana negara yang mereka ingin menjadi warganegaranya. Bagi lebih menjamin nasib mereka, negara Islam hendaklah menjadi keutamaan pilihan. Jika mereka dilihat perlu atau harus duduk atau hendak duduk di Malaysia atau negara yang melindungi mereka dalam jangka tempoh yang tidak boleh ditentukan, tetapi di rasakan akan lama seperti berpuluh-puluh tahun [terutama kerana tidak ada jaminan Burma akan mengotakan janji membela nasib rohingya jika rohingya kembali ke burma jika Myanmar membuat janji dan juga jika mengotakan janji, tiada jaminan mereka kekal membela nasib sebab Kerajaan Myanmar dan majoriti penduduknya ialah Buddha. Maka, ini bukan masalah tak kuat iman tetapi lebih buruk daripada tak kuat iman iaitu TIADA KEIMANAN KEPADA ALLAH],tidaklah salah memberikan mereka taraf warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap. Persoalannya, sama ada diberikan taraf warganegara atau setakat penduduk tetap sahaja, eloklah memberikan bantuan yang membuat mereka merasa kemanusiaan mereka bermakna. Supaya mereka merasa kemanusiaan mereka bermakna, hendaklah memberikan mereka pekerjaan, boleh berjalan di mana-mana di negara Malaysia [ada video yang menunjukkan orang Rohingya tidak senang hati diperlakukan seperti Burma menyekat kebebasan mereka bergerak iaitu bila di Indonesia, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan mereka tinggal]. Memberikan mereka pekerjaan, bermakna pendidikan juga harus percuma diberikan kepada mereka. Bila sebut bantuan wang, selalu yang terdengar ialah derma wang. Tidak pernah saya BACA atau dengar bahawa wang bantuan zakat setiap bulan diberikan kepada pelarian. Alangkah baiknya jika ini diberikan? Dan zakat setiap bulan itu bukankah boleh ditambahkan jika kerajaan mampu dan bukannya "statik" beku tiap bulan?

Selain daripada badan bukan kerajaan, persatuan yang berbentuk sukarela dan kerajaan dan agensinya, eloklah dan malah saya rasa harus digalakkan rohingya dan suriah menubuhkan persatuan dan organisasi mereka sendiri yang bertujuan membela nasib mereka berkaitan semua keperluan hidup, pendidikan, perubatan, pekerjaan dan lain-lain. Pusat pendidikan asas untuk pelarian di Malaysia, eloklah dinaikkan taraf sama seperti sekolah rendah. Bahasa berikut eloklah diajarkan kepada pelarian, khususnya, rohingya iaitu ARAB, ENGLISH DAN MELAYU. Peperiksaan di sekolah rendah Rohingya , yang lulus [syarat kelulusan diberikan kelonggaran] boleh melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan, sama ada sekolah menengah rohingya [elok diwujudkan] atau tidak. Demikian juga peluang mereka ke maktab, kolej, universiti atau lainnya.

Tulisan saya ini bila dibaca, mungkin ada yang bertanya, jika demikian, apa bezanya taraf warganegara dan penduduk tetap dan pelarian yang tidak diberikan taraf penduduk tetap. Yang ini saya tidak dapat memperincikan tetapi saya rasa masih ada perbezaan, seperti hak-hak keistimewaan orang melayu yang jadi warganegara dan mungkin juga dari segi had peluang yang adil bagi setiap bangsa berkaitan lainnya yang mungkin boleh ada penghadnya. Walaubagaimanapun, untuk bantuan[ semua bantuan tentulah percuma untuk pelarian, khususnya Rohingya] yang lebih bermakna, saya cadangkan perkara-perkara seperti berikut:

1= Melatih Rohingya berniaga dengan memberikan latihan secara amali iaitu meletakkan mereka di keadaan bekerja [bidang perniagaan tidaklah terhad kepada perniagaan tertentu sahaja], kemudian jika mereka mahu iaitu bila mereka telah mahir dan bersedia, bolehlah mereka diberikan bantuan modal untuk mereka memulakan perniagaan sendiri dan modal ini pula bukanlah pinjaman yang perlu dibayar balik. Ia adalah dari percuma. Memang peranan pelbagai tabung-tabung yang sumbernya dari pihak kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia dan dari luarnegara sangatlah besar ertinya untuk bantuan yang berterusan. Ada saya lihat satu video seorang bangsa bangladesh yang dulunya bekerja sebagai pembantu am di syarikat perabot dan kabinet di MALAYSIA, kini telah memiliki perniagaan perabot dan kabinet di Malaysia. Memiliki kilangnya. Saya rasa malu, bila merasakan ramai Bangladesh seperti lebih pandai berniaga daripada orang melayu.

2. Mewujudkan zon khas perniagaan Rohingya. Bukan bermakna hanya orang Rohingya datang membeli di sini, sesiapa juga boleh tetapi yang berniaga hanyalah pelarian, khususnya Rohingya sahaja jika zon itu zon perniagaan Rohingya. Kerana tidak semua bernasib baik dapat bekerja dalam swasta atau pun kerajaan. Sebahagian besar penduduk dunia, bukankah yang bekerja sendiri??? Mewujudkan zon khas perniagaan Rohingya juga untuk tidak mengganggu perniagaan bangsa lain, mengurangkan keperluan mereka dalam pekerjaan swasta dan kerajaan supaya rakyat Malaysia, terutama yang bukan ISLAM tidak terasa sangat kesan kehilangan sumber peluang pekerjaan disebabkan kebanjiran kedatangan pelarian ke MALAYSIA.

Hendaklah juga diadakan kaedah penapisan, contohnya seperti mengesan niat sebenar orang yang hendak masuk Islam kerana ada orang india di Malaysia mengatakan ramai India masuk Islam sebab hendak bantuan wang zakat. Zakat ini sepatutnya tepat pada sasarannya termasuk pelarian rohingya.

3. Pemberian hakmilik kedaulatan Malaysia, misalnya, beberapa pulau yang sesuai dan memadai untuk diberikan percuma kepada Rohingya untuk dijadikan sebagai negara mereka. Kalau kita lihat you tube, memang ada billionaire mesir yang pendapatannya setahun RM3 bilion memberi idea seperti hendak membeli sebuah pulau untuk dijadikan tempat pelarian Suriah. Dia ingin membangunkan bandar di pulau yang ingin dibeli untuk orang Suriah. Masalahnya, jika dia yang membeli, apakah dia akan menjadi pemerintah pulau itu atau tidak??? Pada pendapat saya, jika dia memang layak memerintah sebab ada ciri-ciri pemerintah dan orang Suriah setuju, bolehlah tetapi tidak boleh jika tidak ada sebab itu kerana walaupun dia yang membeli pulau itu dan membangunkan kemajuan, tetapi jika dia memerintah, di manakah keikhlasan membantu pelarian? Bukankah elok sahaja jadi amal jariah sahaja? Berbalik kepada hal pulau di Malaysia di jadikan negara Rohingya, maka, pelarian rohingya yang telah jadi warganegara Malaysia atau bertaraf penduduk tetap atau pelarian sahaja, bolehlah jadi rakyat pulau itu pula jika mereka mahu. Katakan Pulau atau negara itu dinamakan sebagai Pulau Rohingya. Malaysia haruslah jadikan PULAU ROHINGYA/PR sebagai naungannya, bukan jajahan naungannya. Kita lihat Brunei, rakyatnya tidak sampai 500 ribu. Bila rakyat sedikit, biasanya tentulah tentera juga sedikit dan kekuatan ketenteraan juga amat lemah. Malah tiada rekod rasmi dan pasti tentang jumlah dan kekuatan tentera Brunei. Mungkin untuk mencegah ada negara yang ingin menjajah Brunei. Rakyat PR juga sedikit, bertambah sedikit kerana pembunuhan beramai-ramai yang juga disebutkan sebagai pembersihan ethnik Rohingya di Mynmar masih boleh dianggap masih berlangsung ketika artikel ini ditulis. Jadi, fakta rakyat Rohingya sejuta lebih tidaklah boleh dipakai lagi. Jumlah sebenar yang masih hidup dari semasa ke semasa tidak diketahui. Malah kubur-kubur pembunuhan beramai-ramai ethnik Rohingya dikatakan ditemui oleh polis Malaysia. Justeru, jika PR wujud, jika ada tentera PR, tentulah logik jika tenteranya sedikit dan tidak kuat. Bagi membantu pertahanan PR, PR hendaklah bersetuju membenarkan Malaysia menjadikan PR sebagai PANGKALAN TENTERA MALAYSIA. Kita lihat Singapura membenarkan AMERIKA menjadikan pangkalan tentera juga sebagai pangkalan tentera Amerika. Secara simboliknya, Singapura menjadikan dirinya naungan Amerika. Sebarang serangan terhadap Singapura, akan melibatkan AMERIKA atau bermakna menyerang juga Amerika. Dicadangkan juga jika PR ini wujud, bukan sahaja jambatan yang jadi lebuh raya menghubungkan PR dengan Malaysia dibuat, malah juga lebuh raya terowong dasar laut juga menghubungkannya dengan MALAYSIA. Kerajaan Pulau PINANG juga telah merancang untuk membuat lebuhraya terowong dasar laut [Klik pautan ini di bawah]. Katakan jika PR itu wujud dan kemudian ada masalah pertambahan penduduknya, maka teknologi petambakan boleh dibuat bagi membesarluaskan negara PR itu. Demikian juga bagi memudahkan interaksi yang lebih rapat antara MALAYSIA DENGAN PULAU ROHINGYA, maka, digalakkan kewujudan kapal-kapal yang boleh membawa pemilik-pemilik kenderaan empat roda bersama kenderaan empat rodanya.

[2]