Penghabluran

proses pembentukan pepejal hablur

Penghabluran ialah suatu proses pemejalan - secara semulajadi mahupun buatan - di mana molekul-molekul disusun rapi menjadi suatu struktur hablur atau kristal, sama ada melalui pemendapan daripada suatu larutan, pembekuan atau pengenapan langsung daripada suatu gas. Ciri hablur akhir yang terhasil bergantung banyaknya kepada faktor tertentu seperti suhu, tekanan udara dan masa penyejatan cecair bagi hablur cecair.

Pandangan dekat kristal garam natrium klorida yang terkumpul dalam suatu gelung besi.

Banyak mineral dan molekul organik menghablur dengan senangnya lalu menghasilkan kristal berkualiti tinggi tanpa sebarang cela yang kelihatan, jika dibandingkan dengan partikel biokimia seperti protein. Kebolehan menghablur ini bergantung kepada kekuatan sama ada pada daya atom (dalam bahan galian) mahupun daya-daya antara dalaman dan luaran molekul.

Langkah pembentukan sunting

Proses ini terdiri daripada dua kejadian besar dorongan sifat termodinamik dan kimia iaitu:

  • Penukleatan - molekul atau atom pelarut tersebar dalam larutan berkumpul dalam kelompok mikroskopik yang menjadi "nukleus" stabil. Kestabilan kelompok sebegini bergantung kepada faktor yang berbeza (misalnya suhu, penepuan lampau dan sebagainya). Pada tahap ini, atom atau molekul tersusun rapi dan berkala lalu menetapkan struktur hablur akhir.
  • Tumbesaran hablur - pembesaran saiz nukleus yang berterusan sehingga mencapai saiz kelompok yang kritikal. Proses ini berlaku secara dinamik dan setara di mana atom atau molekul pelarut memendap keluar dari larutan dan terlarut kembali.

Dua kejadian ini boleh bersaing menonjol antara satu sama lain lalu mennetukan saiz kristal akhir.

Penghabluran boleh dilihat pada banyak sebatian dengan struktur berbeza (yakni "polimorfisme") yang barangkalinya boleh memaparkan sifat fizikal yang berbeza termasuk kadar pelarutan, bentuk struktur, takat lebur dan sebagainya. Aspek ini sangat penting dalam penghasilan kristal untuk tujuan peringkat industri. Fasa-fasa hablur turut boleh dipengaruhi faktor yang berubah seperti suhu.