Penghormatan perang

Penghormatan Perang (battle honour) adalah suatu pengurniaan hak oleh kerajaan atau raja kepada unit tentera bagi menandai atau menyulami nama sesuatu pertempuran atau operasi di atas bendera ("panji-panji"), pakaian seragam atau pelengkapan lain yang berkaitan.

Panji-panji rejimen Pengawal Ke-5 Dragoon Inniskilling Diraja, memaparkan tanda penghormatan perang yang dikurniakan pada rejimen itu.

Dalam tradisi ketenteraan Eropah, unit-unit tentera boleh diiktiraf untuk pencapaian mereka dalam peperangan tertentu atau operasi dari kempen ketenteraan. Di Great Britain dan negara-negara Komanwel yang berkongsi legasi tentera bersama dengan British, penghormatan perang dikurniakan kepada unit-unit tentera terpilih sebagai pengiktirafan rasmi untuk pencapaian mereka dalam perang-perang tertentu atau operasi dari kempen ketenteraan. Penghormatan ini biasanya mengambil bentuk tempat dan tarikh (contohnya "Cambrai 1917").

Penghormatan kancah perang (theatre honours), sejenis pengiktirafan dalam tradisi British yang bersekutu dengan penghormatan perang, telah diperkenalkan untuk menghormati unit yang menyediakan perkhidmatan sterling dalam suatu kempen tetapi bukan sebahagian daripada pertempuran khusus di mana penghormatan perang yang berlainan telah dikurniakan. Penghormatan kancah boleh disenaraikan dan dipaparkan pada harta rejimen tetapi tidak ditandai pada panji-panji.

Memandangkan penghormatan perang lazimnya disulam pada panji-panji, unit artileri, yang tidak mempunyai panji-panji dalam tradisi ketenteraan British, sebaliknya telah dikurniakan gelaran penghormatan (honour titles) . Gelaran penghormatan ini dibenarkan kegunaannya sebagai sebahagian daripada tatanama rasmi mereka, sebagai contoh 13 Rejimen Medan (Chushul).

Penghormatan serupa dalam cara yang sama termasuklah surat penghargaan unit (unit citations).

Penghormatan perang, penghormatan kancah, gelaran penghormatan dan kategori mereka membentuk sebahagian daripada perbezaan yang lebih luas yang dapat membezakan dengan unit tentera antara satu sama lain.

Rujukan sunting

  • Cassells, Vic (2000). The Destroyers: their battles and their badges. East Roseville, NSW: Simon & Schuster. ISBN 0-7318-0893-2. OCLC 46829686.
  • Cook, Hugh. 1987. The Battle Honours of the British and Indian Armies, 1662–1982, Leo Cooper. ISBN 0-85052-082-7
  • Rodger, Alexander. 2003 Battle Honours of the British Empire and Commonwealth Land Forces 1662–1991, The Crowood Press. ISBN 1-86126-637-5
  • Singh, Sarbans Battle Honours of the Indian Army 1757 – 1971.(1993) Vision Books (New Delhi) ISBN 81-7094-115-6

Pautan luar sunting