Pengiran Khairul Khalil

(Dilencongkan dari Pengiran Anak Khairul Khalil)

Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari (dilhirkan pada (1975-02-28) 28 Februari 1975 (umur 49) di Bandar Seri Begawan, Brunei) merupakan anakanda pertama kepada Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari dan Yang Mulia Haji Dayang Sarabanum.

Pengiran Khairul Khalil
Keputeraan(1975-02-28)28 Februari 1975 (Umur 49 tahun, 1 bulan dan 26 hari)
Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganYTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah (k. 2007; c. 2023)
AnakandaYAM Pengiran Anak Abdul Hafeez
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
Nama penuh
Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari
KerabatIstana Nurul Iman, Brunei
AyahandaYang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari Bin Pengiran Syed Haji Mashor
BondaYang Mulia Hajah Dayang Sarabanum Binti Haji Abdi Manaf
AgamaIslam

Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil berkelulusan Diploma Kebangsaan Tinggi dari Universiti Teesside, United Kingdom, England. Beliau kini merupakan Penolong Pengawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Hobi beliau ialah mereka bentuk grafik multimedia dan video pengeluaran, pereka bentuk hiasan dalaman dan bermain sukan bola sepak.

Perkahwinan sunting

Pada 10 Jun 2007, Khairul Kahlil berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah.

Pasangan diraja ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang putera, Yang Amat Mulia Anak Abdul Hafeez yang diputerakan pada 18 Mac 2008 dan seorang puteri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah yang diputerikan pada 6 Januari 2010.

Gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak, yang dikurniakan kepada Pengiran Khairul Khalil pada 11 Jun 2007, bekas suami kepada Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah, telah ditarik balik dengan serta-merta, Grand Chamberlain, Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, mengumumkan pada 7 Disember 2023, atas titah Sultan Hassanal Bolkiah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting