Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah[1] (lahir 16 Mac 1976) merupakan anakanda keempat kepada Hassanal Bolkiah dan isterinya, Pengiran Anak Saleha.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah
Anak Ke-4 Sultan Hassanal Bolkiah
KeputeraanMajeedah Nuurul Bolkiah
(1976-03-16)16 Mac 1976 (Umur 48 tahun, 3 bulan dan 8 hari)
Istana Nurul Iman, Brunei
PasanganYang Mulia Pengiran Khairul Khalil (k. 2007; c. 2023)
AnakandaYAM Pengiran Anak Abdul Hafeez
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
Nama penuh
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
KerabatIstana Nurul Iman, Brunei
AyahandaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
BondaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaIslam

Puteri Majeedah mempunyai a BA (Hons) Administration and Public Policy daripada Universiti Brunei Darussalam. Beliau turut memiliki Master dalam Pembangunan Persekitaran daripada King’s College of the Universiti London.

Puteri Majeedah kini merupakan Pegawai Persekitaran Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan dan Perancangan, Taman dan Rehlah, satu agensi dalam Kementerian Pembangunan. Salah satu tugas Jabatan Pengurusan dan Perancangan adalah bagi menilai Lapuran Penilaian Kesan Persekitaran bagi Pembanginan Tapak Industri Sungai Liang. Majeedah telah menyelia beberapa projek yang berjaya, termasuk Forum Pemuda ASEAN berkenaan Alam Semulajadi, yang diadakan 8 Januari, 2007.

Majeedah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tugas Khas di unit Alam Semulajadi (Environmental Unit), satu seksyen bagi Kementerian Pembangunan bertanggung jawab bagi hal-ehwal strategi dan polisi alam sekitar, pada 11 Februari, 2002. Antara hasil penulisan beliau termasuk: Environmental Management Guidelines for Quarry Activity; dan Position Paper on Brunei’s Accession to the Basel Convention to Control the Disposal and Transboundary Movement of Hazardous Wastes.

Perkahwinan

sunting

Pada 10 Jun 2007, Puteri Majeedah berkahwin dengan Khairul Khalil.

Pasangan diraja ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez (2008-03-18)18 Mac 2008 Istana Nurul Iman, Brunei 16 tahun, 3 bulan dan 6 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah (2010-01-06)6 Januari 2010 Istana Nurul Iman, Brunei 14 tahun, 5 bulan dan 18 hari

Rujukan

sunting

1Brunei Princess Weds in Lavish Ceremony