Pengiran Muda Abdul Qawi

Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (lahir 27 Januari 1974) ialah ahli kerabat diraja Brunei. Beliau merupakan anakanda saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Pengiran Muda Abdul Qawi
Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja
Tengku Sri Utama Raja
TempohApril 2022 - kini
Pelantikan12 November 2022
Didahului olehTengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
KeputeraanPengiran Muda Abdul Qawi ibni Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
(1974-01-27) 27 Januari 1974 (umur 49)
Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganYAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra
AnakandaYAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
YAM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
Nama penuh
Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
KerabatBrunei Darussalam
AyahandaPaduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
BondaPengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaSunni Islam
Pengiran Muda Abdul Qawi
Sukan
NegaraBrunei
SukanPolo
Rekod pingat
Polo
Mewakili  Brunei
Sukan SEA
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kejohanan lelaki

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Pengiran Muda Abdul Qawi diputerakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 27 Januari 1974. Beliau merupakan putera sulung daripada 10 orang adik-beradik kepada Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.[1]

Pengiran Muda Abdul Qawi menerima pendidikan awal di St Andrews School, Bandar Seri Begawan. Beliau meneruskan pendidkan menengah di Kolej Sekolah Sains Paduka Seri Begawan sehingga menamatkan pendidikan menegahnya dan berjaya mendapat GCEO Level. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di St Andrew's College, United Kingdom dan berjaya mendapat GCE A Level dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di Queen Mary and Westfield College, University of London, United Kingdom. Beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Politik dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

KerjayaSunting

Selepas tamat pengajian pada tahun 1998, Pengiran Muda Abdul Qawi mula berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 2000 dan menceburi bidang perniagaan. Beliau dilantik sebagai Timbalan dan Pengerusi Eksekutif QAF Brunei, ahli Kumpulan Baiduri dan Pengarah Bank Baiduri dari tahun 2000 hingga 2010. Beliau juga menganggotai Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau menyertai Lembaga Pengarah KLW Holdings Limited pada 30 September 2014 sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Beliau juga merupakan Pengerusi The Brunei Hotel, National Insurance Bhd, QOS Sdn Bhd, Everon Sdn Bhd dan Supremo Management Services Sdn Bhd di Brunei. Beliau telah menjadi ahli aktif: Majlis Perniagaan Asia Timur INSEAD sejak 2005; Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Asia-Pasifik sejak 2004; dan Penaung Persatuan Usahawan Muda Brunei sejak 2010.[2]

Perkahwinan dan anak-anakSunting

Pada 27 Jun 2013, Pengiran Muda Abdul Qawi berkahwin dengan Tengku Amalin A’ishah Putri (lahir 26 Jun 1984) iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis.[3]

Mereka dikurniakan dengan tiga orang puteri dan seorang putera: Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri, Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri, Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri dan Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra.

Nama Dilahirkan Tempat Lahir Umur
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri (2014-04-13)13 April 2014 Singapura 9 tahun, 1 bulan dan 28 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri (2016-06-24)24 Jun 2016 Singapura 6 tahun, 11 bulan dan 17 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri (2020-02-12)12 Februari 2020 Kelantan, Malaysia 3 tahun, 3 bulan dan 29 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra (2022-06-26)26 Jun 2022 Brunei 11 bulan dan 15 hari

Gelaran dirajaSunting

Pada April 2022, dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengurniakan gelaran kerabat bergelar kepada Pengiran Muda Abdul Qawi iaitu dengan gelaran Tengku Sri Utama Raja.[4] Gelaran ini telah disandang oleh Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah yang mangkat pada tahun 2020.[5]

KurniaanSunting

Kurniaan MalaysiaSunting

  Kelantan :

RujukanSunting

  1. ^ "Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri".
  2. ^ "Prince Abdul Qawi".
  3. ^ "Lulusan Undang-Undang… Adinda Sultan Kelantan, TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI Pernah Bergelar Majistret!".
  4. ^ Siti Rohana Idris (12 November 2022) [1]. Harian Metro.
  5. ^ Rosmiza Kasim. (20 September 2020). [2]. Sinar Harian.
  6. ^ Muiz Matdani (25 Oktober 2022) [3]. Media Permata.

Pautan luarSunting