Buka menu utama
Cara JVM membuat pengkompilan sempat.

Pengkompilan sempat (bahasa Inggerisnya just-in-time compilation, JIT) atau penterjemahan dinamik, ialah pengkompilan semasa sesebuah atur cara sedang berjalan berbanding sebelum dilakuan. Selalunya, proses ini melibatkan penterjemahan blok kod yang ingin dilakukan kepada kod mesin yang kemudiannya terus dilakukan, namun, kadang kala kepada format lain juga.

JIT menggabungkan dua pendekatan penterjemahan kepada kod mesin – pengkompilan AOT, dan pentafsiran – lantas mewarisi kelebihan serta kekurangan kedua-duanya. Secara kasar, pengkompilan JIT menggabungkan kepantasan kod terkompil dengan kelonggaran pentafsiran, dengan bayaran masa tafsir dan masa kompil. Pengkompilan JIT adalah satu bentuk pengkompilan dinamik yang membolehkan pengoptimuman suai seperti pengkompilan semula dinamik — lantas secara prinsip, pengkompilan JIT dapat menghasilkan lakuan yang lebih cepat berbanding pengkompilan statik. Pentafsiran dan pengkompilan JIT sesuai khususnya untuk bahasa-bahasa pengaturcaraan dinamik, kerana sistem masa jalan mampu mengendalikan jenis-jenis data lambat terikat dan meningkatkan jaminan keselamatan.