Pengontang ialah kepungan bolehkedap yang mengandungi kekontang yang digunakan untuk memelihara barang-barang sensitif lengas seperti kertas kobalt klorida untuk kegunaan lain. Kegunaan biasa pengontang adalah untuk melindungi bahan kimia yang higroskopik atau yang bertindakbalas dengan air daripada kelembapan.

Pengontang hampagas (kiri - perhatikan pilihenti yang membenarkan hampagas digunakan), dan pengontang (kanan). Gel silika biru di ruang bawah pelantar digunakan sebagai kekontang.

Kandungan pengontang terdedah kepada kelengasan atmosfera apabila pengontang dibuka. Ia juga memerlukan sedikit masa untuk mencapai kelembapan yang rendah. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk menyimpan bahan kimia yang bertindakbalas dengan cepat atau ganas dengan kelengasan atmosfera seperti logam alkali; peti sarung tangan atau radas jenis Schlenk mungkin lebih sesuai untuk tujuan ini.

Pengontang kadangkala digunakan untuk mengeluarkan kesan air daripada sampel yang hampir kering. Jika kehadiran pengontang sahaja tidak mencukupi, sampel boleh dikeringkan pada suhu tinggi menggunakan pistol pengering Abderhalden.

Juzuk sunting

Bahagian bawah pengontang mengandungi ketulan gel silika, kapur tohor baru terkalsin, Drierit atau kalsium klorida kontang (yang kurang berkesan) untuk menyerap wap air. Bahan yang memerlukan pengontangan dimasukkan ke dalam petak atas, biasanya pada plat seramik berlapis berlubang. Rim kaca tanah penutup pengontang mesti digris dengan lapisan nipis gris hampagas, jeli petroleum, atau pelincir lain untuk memastikan penutupan yang kedap udara.

Untuk mengelakkan kerosakan pada pengontang, penutup hendaklah digelangsar buka dan tutup dengan berhati-hati dan bukannya diletakkan terus ke pangkalnya.[1]

Pengendalian sunting

Dalam penggunaan makmal, pengontang yang paling biasa berbentuk bulat dan diperbuat daripada kaca berat. Biasanya terdapat pelantar alih di mana barang yang akan disimpan boleh diletakkan. Kekontang, biasanya pepejal yang tidak lengai seperti gel silika, memenuhi ruang di bawah pelantar. Silika yang bertukar warna boleh digunakan untuk menunjukkan bila ia perlu dilangsegarkan. Gel penunjuk biasanya berubah daripada biru kepada jambu kerana ia menyerap lengasan tetapi warna lain boleh digunakan.

Pili henti boleh dimasukkan untuk membenarkan pengontang dipindahkan. Model sedemikian biasanya dikenali sebagai pengontang hampagas. Apabila hampagas hendak digunakan, adalah amalan biasa untuk silang-menyilangkan pengontang hampagas dengan pita, atau meletakkannya di belakang layar untuk meminimumkan kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh ledukan. Untuk mengekalkan penutupan yang baik, gris hampagas biasanya digunakan pada bebibir.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Alexeyev, V. Quantitative Analysis. Lightning source Inc. ISBN 0-89875-034-2.

Templat:Containers