Penguat audio atau alat penguat bunyi ialah sejenis penguat elektonik yang digunakan untuk menguatkan bunyi isyarat berkuasa rendah( frekuensi dalam linkungan pendengaran manusia iaitu antara 20 Hertz hingga 20,000 Hertz) hingga ke peringkat yang bersesuaian untuk menggerakkan pembesar suara dan ini adalah peringakat terakhir dalam rangkaian tipikal ulangan bunyi. Keutamaan dalam rangkaian ini adalah alat penguat bunyi berkuasa rendah yang boleh melakukan pengawalan nada, campuran/efek, atau sumber audio seperti pemain cakera padat dan pemain kaset. Kebanyakan alat penguat bunyi ini memerlukan isyarat berkuasa rendah untuk sokongan bagi penyelarasan garisan. Sementara isyarat masuk alat penguat bunyi ini mungkin hanya boleh membaca bacaan pada kadar 10 mikrowatt, isyarat keluarnya mungkin di antara sepuluh,seratus atau seribu watts.

Penguat audio bersepadu Mission Cyrus 1 Hi Fi

Latar belakang sunting

Alat penguat bunyi mulanya dicipta pada tahun 1906 oleh Lee De Forest,yang kemudiannya mencipta trio tiub vakum. Trio vakum itu adalah suatu alat terminal dengan kawalan grid yang boleh menyesuaikan aliran elektron daripada filamen kepada logam. Alat ciptaan beliau telah digunakan untuk menciptakan radio AM yang pertama. Pada awalnya, alat penguat bunyi dicipta berdasarkan tiub vakum dan ada di antaranya mencapai kualiti yang tinggi (contoh: Alat penguat bunyi William 1947-9). Kebanyakan alat penguat bunyi moden berdasarkan penggunaan transistor (BJT, FET dan MOSFET) namun terdapat segelintir yang masih menggunakan alat penguat vakum memandangkan merasai injap bunyi yang `hangat`. Alat penguat bunyi berdasarkan transistor menjadi praktikal kerana terdapat penggunaan yang luas dan harga transistor yang berpatutan pada lewat tahun 1960-an.

Rekaan parameter sunting

Kunci utama dalam rekaan parameter adalah respon frekeunsi, perolehan, bunyi bising dan keherotan (distortion). Terdapat peningkatan perolehan yang membawa peningkatan bunyi bising dan keherotan yang tidak diingini. Sementara maklim balas negatif mengurangkan peningkatan, hal ini juga mengurangkan keherotan. Kebanyakan alat penguat bunyi adalah alat penguat linear yang beroperasi dalam kelas AB.

Penyaring dan peralatan penguat bunyi sunting

Majoriti alat penguat bunyi komersil yang dibuat mempunyai penyaring litar yang rumit untuk penyamaan dan penyesuaian nada kerana jauh daripada kualiti ideal berkaitan rakaman, teknologi 'playback' dan pembesar suara masa kini. Kini, penggunaan sumber material, pembesar suara dan lain-lain yang berkualiti tinggi (berkaitan digital) seperti penyaring litar tidak lagi diperlukan. Kebanyakan juruaudio berpendapat bahawa pengunaan penyaring litar perlu dielakkan. Alat penguat bunyi juru audio tidak lagi menggunakan pengawalan nada atau penyaring pada masa kini. Sejak penggunaan alat digital moden, termasuk pemain cakera padat, penerima radio dan pita sudah menyediakan isyarat 'mendatar' pada baris garisan.

Aplikasi sunting

Kepentingan aplikasi alat ini termasuk sistem alamat awam, berkenaan peneguhan bunyi konsert atau pawagam dan sistem bunyi domestik. Kad bunyi dalam komputer peribadi mengandungi beberapa alat penguat bunyi (bergantung kepada bilangan saluran) seperti dalam setiap stereo atau set teater rumah.