Penguasa Kewangan Singapura

Penguasa Kewangan Singapura (bahasa Inggeris: Monetary Authority of Singapore, singkatan: MAS; Cina: 新加坡金融管理局) merupakan bank pusat dan pihak berkuasa kewangan bagi Republik Singapura. Ia menguruskan pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan wang, perbankan, insurans, sekuriti dan sektor kewangan pada umumnya, serta mata wang Singapura.

Penguasa Kewangan Singapura
Intisari agensi
Dibentuk1971
Agensi terdahulu
  • Lembaga Suruhanjaya Mata Wang
Bidang kuasa
Singapura Pemerintah Singapura
Ibu pejabat10 Shenton Way MAS Building, Singapore 079117
Menteri bertanggungjawab
  • Tharman Shanmugaratnam, Timbalan Perdana Menteri
Eksekutif Agensi
  • Ravi Menon, Pengarah Pengurusan
Agensi induk
Pejabat Perdana Menteri
Laman sesawang
www.mas.gov.sg
Penguasa Kewangan Singapura
Wang kertas dan duit syiling Dolar Singapura
Wang kertas dan duit syiling Dolar Singapura
Ibu pejabat
10 Shenton Way MAS Building, Singapore 079117
Ditubuhkan1971
PengerusiTharman Shanmugaratnam
Bank pusat bagi
Republik Singapura
Mata wangDolar Singapura
SGD (ISO 4217)
RizabAS$273.1 bilion[1]
Kadar bank5.35%[2]
Laman webhttp://www.mas.gov.sg
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

MAS ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawasi fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan. Sebelum ditubuhkan, fungsi kewangan dilakukan oleh agensi dan kementerian pemerintah.

Ketika Singapura membangun, persekitaran perbankan dan kewangan yang rumit meningkat, di mana pentadbiran berkenaan hal-hal kewangan yang lebih dinamik dan koheren diperlukan. Oleh sebab itu, pada tahun 1970, Parlimen Singapura meluluskan Akta Penguasa Kewangan Singapura, yang membawa kepada pembentukan MAS pada 1 Januari 1971. Akta tersebut memberikan kuasa kepada MAS untuk mengawal atur segala dasar, perbankan dan kewangan di Singapura.

Tanggungjawab sunting

Pada bulan April 1977, pihak pemerintah memutuskan untuk membawa keseimbangan industri insurans di bawah sayap MAS dan pada September 1984, fungsi Akta Industri Sekuriti (1973) juga dipindahkan ke MAS. Ini bermakna bahawa tidak seperti kebanyakkan bank pusat yang lain, MAS juga merupakan pihak berkuasa yang mengawal atur kewangan Singapura.

MAS telah diberikan kuasa untuk bertindak sebagai jurubank dan ejen kewangan Kerajaan. Ia juga telah diamanahkan untuk memperkenalkan kestabilan kewangan dan kredit serta pertukaran dasar kondusif bagi pertumbuhan ekonomi.

Alat sunting

Tidak seperti bank pusat lain seperti Sistem Simpanan Persekutuan atau Bank England, MAS tidak mengawal atur sistem kewangan melalui kadar faedah untuk mempengaruhi kecairan dalam sistem. Sebaliknya, ia memilih untuk melakukannya melalui mekanisme tukaran asing. Ia dilakukan dengan campur tangan dalam pasaran Dolar Singapura (SGD).[3]

Penerbitan wang kertas dan duit syiling sunting

Setelah digabungkan dengan Lembaga Suruhanjaya Mata Wang pada 1 Oktober 2002, MAS dianggap berfungsi dalam penerbitan mata wang.

MAS mempunyai hak eksklusif untuk mengeluarkan wang kertas dan duit syiling di Singapura. Reka bentuk, matra dan denominasi mata wang terebut ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Kewangan dengan persetujuan pihak pemerintah. Wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan mempunyai status yang diperlakukan di dalam negeri untuk semua urus niaga, sama ada oleh pihak awam atau swasta, tanpa batasan.

Rujukan sunting

  1. ^ "The World Fact Book - Singapore". Agensi Perisikan Pusat. Dicapai pada 17 September 2014.
  2. ^ "Singapore Domestic Interest Rate". Penguasa Kewangan Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada 17 September 2014.
  3. ^ "Singapore's Exchange Rate Policy". Penguasa Kewangan Singapura. Dicapai pada 1 Januari 2016.

Pautan luar sunting