Pengudaraan hidroterma

Pengudaraan hidroterma (bahasa Inggeris: hydrothermal vents) ialah retakan di permukaan planet yang secara geoterma memanaskan perairan. Pengudaraan hidroterma biasanya ditemui di berdekatan daerah yang aktif secara vulkanik, kawasan di mana plat tektonik bergerak. Ciri-ciri ini ditemui di rabung tengah lautan (kedalaman 3000 meter) namun ada juga yang berada di laut cetek, Rentang suhu lubang berkisar 5-100 °C, Pancaran asap hitam panasnya berkisar 250-400 °C, sedang suhu sekitar lubang berkisar 8-35 °C. Ekosistem pengudaraan hidroterma memiliki produktiviti yang cukup tinggi kerana terdapat aktiviti kemosintesis bakteria yang hidup bersimbiosis dengan cacing tabung Riftia pachyptila. Karbohidrat yang dihasilkan bakteria berfungsi bagi haiwan agar dapat hidup di persekitaran yang bersuhu ekstrem. Kemosintesis yang dilakukan memanfaatkan H2S yang tersedia melimpah dari lubang dengan persamaan kimia[1]:

CO2 + 2H2S —> (CH2O) + H2O + 2S

Pengudaraan hidroterma biasanya ditemui di bumi kerana bumi secara geologi cukup aktif dan perairan berada di atasnya. Di daratan, pengudaraan hidroterma dapat berupa fumarol, mata air panas, dan geiser. Di bawah laut, ia biasanya disebut asap hitam. Di sebajagian besar laut dalam, kawasan sekitar pengudaraan hidroterma secara biologi amat subur bagi kehidupan sekitarnya dan menjadi perumah bagi pelbagai makhluk hidup yang memanfaatkan bahan kimia terlarut dari pengudaraan ini. Archaea kemosintesis membentuk dasar rantai makanan, menyokong pelbagai organisme seperti cacing (tabung) raksasa, udang, dan juga kerang.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting