Pengurus (bola sepak)

Dalam bola sepak, seorang pengurus bertanggungjawab untuk mengurus kelab bola sepak atau pasukan kebangsaan. Pengurus juga boleh berperanan sebagai jurulatih pasukan.

Sir Alex Ferguson CBE, pemenang terbanyak anugerah Pengurus Inggeris Tahunan

Pengurus sebuah kelab profesional adalah bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi kelab.

Tanggungjawab sunting

Tanggungjawab pengurus kelab bola sepak profesional biasanya adalah seperti berikut:

  • Memilih pemain untuk perlawanan dan formasi mereka.
  • Merangka strategi dan memberi arahan di atas padang.
  • Memberi motivasi kepada pemain sebelum dan semasa perlawanan.
  • Menyerahkan tugas kepada jurulatih pasukan utama, kakitangan kejurulatihan dan kakitangan perubatan.
  • Mencarai bakat pemain muda tetapi berbakat untuk latihan dalam akademi belia atau pasukan simpanan dan menggalakkan perkembangan dan peningkatan mereka.
  • Membeli dan menjual pemain semasa tingkap perpindahan termasuk meminjam pemain.
  • Berdepan media semasa temu bual sebelum perlawanan dan selepas perlawanan.

Sesetengah daripada tanggungjawab diatas adalah dikongsi bersama pengarah bola sepak atau pengarah sukan dan pada masa-masa yang diwakilkan kepada pengurus atau penolong jurulatih.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting